The Black Book (review)

Aku rasa aku saja, seorang mahasiswa mempunyai buku ‘keramat’ ni. Sebab buku ni ber’toksik’. Mereka yang ‘open minded tahap dewa’ dan bakal pengamal saja berani memegangnya (faham sendiri maksud aku). Harap mahasiswa lain ada memilikinya dalam diam (mungkin berapa kerat ja).

The Black Book, lebih senang bermaksud Anarkisma Bagi Pemula. Buku ini pengenalan tentang anarkisma dari penulis anarki sendiri, Raja Otek(kau tanya dia siapa Raja Otek tu). Secara peribadi dia menulis selok belok anarkisma dan isu-isu semasa dari kaca mata anarkis.

Secara umumnya, anarkisma mengajar penentangan secara terus, tanpa diplomasi, terhadap para atasan yang biasanya suka memerintah sesuka hati dan menindas para pekerja khususnya. Memang ideologi ini adalah ideologi melawan yang radikal, sanggup turun padang, tapi mereka cuma ‘memaki’ bangunan-bangunan dan figura yang menyokong kapitalisma dan merompak duit rakyat, semata-mata sayangkan para marhaen.

Pokoknya, anarkis membenci gila akan para kapitalis termasuk para penguasa yang korup sehingga tahap wajib menggulingkan kerajaan yang korup, demi rakyat. Jika rakyat disengsarakan, anarkis datang menikam.

Buku ni makan masa hadam. Boleh saja aku hadam habis dalam tempoh yang singkat. Memandangkan aku jenis kuat menganalisis, buku ni ada rujukan terpenting untuk memahami anarkisma dari kaca mata anarkis. Dan aku masih dalam tahap penganalisaan terhadap pemikiran ini.

Selain buku ni, aku ada simpan zine beliau yang lebih kepada isu semasa di Malaysia, iaitu:

1. SCPB 1: The Motherfucking One
2. SCPB 2: Two Shits

Kalau kau mahu pergi Page Cukong Press. Order ja dari mereka. Mereka mesti ada punya.

Aku tak sarankan kepada kau untuk memilikinya terutamanya kau yang konservatif yang ekstrem (tak kisahlah kau penganut agama apa sekalipun). Tapi kalau kau cukup berani untuk memilikinya, kau punya hal lah! Jangan salahkan aku kalau kau tiba-tiba kena ‘rasuk’ oleh ajaran Raja Otek pula. Kah!

“Pergi mampus dengan kamu borjuah. Aku datang untuk menyembelih leher-leher kamu. Aku pergi dan tinggalkan molotov untuk kau tidur di atasnya.”

-Raja Otek-

:: Sebab buku ni laku di pasaran underground, aku promote kawan punya buku. Nah, ini bukunya dengan tema hitam, tema perlawanan anarki. ::12042948_1691335787747210_5050354261377162403_n

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s