P. Ramlee – KL, Lagenda Urban Yang Telah Digelapkan.

Lagenda terkenal Malaysia. P.Ramlee, yang pada hujung jangka hayatnya mengalami tekanan kerana pembelotan dan masalah dalaman antara dia dan syarikat rakamannya yang tidak mahu memperbaharui kontrak mereka. Walaupun pada hari ini nama P.Ramlee diangkat sehingga diberi gelaran Tan Sri, namun bagi kami di Team Cukong ianya tidak memberi apa-apa makna kepada seniman yang sudah tiada lagi di muka bumi ini.

P.Ramlee, Seorang pejuang seni kelahiran Pulau Pinang yang berjaya menerpa nama di Singapura. Setelah dikhianati Shaw Brothers, P.Ramlee membawa diri pulang ke negara kelahirannya dan berhasrat untuk menyambung legasi seninya di Kuala Lumpur. Namun malang bagi P.Ramlee, beliau tidak diterima oleh masyarakat Tanah Melayu pada ketika itu. Di sinilah bermulanya era kejatuhan Seniman ini hingga akhirnya beliau meninggalkan kita semua pada 25.4.1983.

Selepas kematiannya, baru lah kesemua karya-karya beliau diangkat semula dan dinamakan sebuah jalan bersempena dengan namanya sebagai tanda penghargaan sebagai seniman negara.

Bagi penduduk Kuala Lumpur, pastinya sudah sinonim dengan cerita-cerita mistik tentang P.Ramlee. Pada 1998, Pengangkutan Rel Transit Kapasiti Sederhana yang dikenali sebagai PUTRA LRT (“PUTRA” ialah singkatan bagi Projek Usahasama Transit Ringan Automatik Sdn Bhd, syarikat yang membina sistem ini) siap di bina sepenuhnya. Walaupun sebelum itu, Aliran Wangsa Maju telahpun beroperasi awal pada tahun 1996. Laluan LRT ini bermula dari Gombak sehingga lah ke Kelana Jaya melalui Masjid Jamek, KLCC, Ampang Park dan lain-lain stesyen lagi.
Dikhabarkan, roh dan semangat P.Ramlee telah menggagu sewaktu pembinaan LRT pada ketika itu.

Team Cukong telah menemui Hisham, salah seorang engineer junior yang bersama-sama terlibat dengan pembinaan LRT.
“Memang ada mengamuk dulu semangat P.Ramlee tu. Habis diganggunya guard yang bertugas menjaga kawasan tapak pembinaan sewaktu malam.” Cerita Hisham. “Malam-malam, kau boleh dengar suara dia menyanyi-nyanyi. Kadang-kadang tu, habis dia selerakkan barang-barang. Mungkin dia tak suka. Kan LRT ni akan lalu bersebelahan kawasan kubur dia. “ Tambah Hisham.

Kami terus mendapatkan maklumat dengan menemubual seorang lelaki yang tidak mahu dikenali identitinya. Lelaki itu mengatakan ketika dia sedang berjalan kaki di satu tempat yang berdekatan kubur P.Ramlee, dia terdengar suara yang merayu-rayu dari kubur P.Ramlee . Suara itu meminta masyarakat jangan memainkan lagu-lagunya. Tapi, bagi kami sendiri di Cukong masih lagi sangsi dengan kedua-dua kenyataan tersebut. Betul ke ada hantu?

Setelah meneruskan penyelidikan, kami dapati tidak ada bukti kukuh tentang ganguan hantu P.Ramlee. Yang ada hanya cerita mulut ke mulut dan beberapa tulisan blog yang menceritakan pengalaman mereka sendiri. Adapun cerita lain yang mengaitkan roh P.Ramlee adalah dikatakan penutupan Stesyen LRT Sri Rampai adalah kerana mengalami gangguan yang teruk.
Walauapapun cerita-cerita lagenda yang ditinggalkan seniman ini, kami dari Team Cukong melahirkan pengahargaan di atas setiap karya agung beliau. Semoga semua karya-karyanya dapat memberi inspirasi kepada seniman-seniman yang punya jiwa yang sama untuk berkarya dengan lebih baik.

Dalam memori.
P.Ramlee

pramlee

KL, Lagenda Urban Yang Telah Digelapkan, kini sudah dijual oleh Cukong Press. Ada satu hari lagi harga promosi (RM20) sebelum hari promosi tamat dan sudah menjadi hari tak promosi (RM25).

*harga pos mengikut jumlah(berat) buku. Sila maki Pos Malaysia pukimak.
*TPPA pun nak datang, lagi bertambah celaka dia

Order di Whatsapp 019-3243296

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s