Penganiayaan – Hikayat Perang Lipas

Jam enam setengah petang Bob dan John yang sedang tinggal berdua dirumah sewa mereka dan hisap ganja bersama-sama.

“mana si Najib ni tak balik-balik lagi, biasa pukul enam dah sampai rumah” kata John

“overtime la tu” sampuk Bob

John, Bob dan Najib adalah tiga orang pemuda yang duduk bersama satu rumah sewa flat di kawasan Ampang Selangor, Flat Dato Ahmad Razali. Hampir setahun mereka tinggal bersama, Najib bekerja disebuah kilang pembuatan besi sebagai seorang designer manakala bob adalah penulis bebas dan hanya melakukan kerja dirumah begitu juga John yang bekerja sebagai researcher untuk salah satu parti politik di tanah air.

“Assalammualaikum!” suara nyaring Najib dimuka pintu.

“woi! Lambat ko balik hari ni Jib?” soal John yang berpaling melihat Najib di muka pintu.

“aku tertidur sial, tu yang lambat, dari pagi aku tidur, satu hari tak buat kerja apa pun kat kilang” Najib

Kedengaran John dan Bob ketawa mendengar jawapan yang keluar dari mulut Najib

“apa sial la tak buat kerja, ko pergi kerja ambik attendant jela? Bapak senang sial” Bob.

“mampos la, aku pun dah malas nak kerja sial” Najib membalas.

Najib terus duduk dihadapan John dan mencapai tabung bong ganja yang ada dihadapan John, Najib meminta ganja yang telah di “cai” diletakkan kedalam mangkuk pembakaran bong dan menyalakan api lighter kedalam mangkuk kecil berisi daun ganja tersebut sambal menyedut asap ganja yang keluar dari muncung bong tersebut.

“mandi la doh, bau busuk badan kau peluh” John

“sabar la sial, aku tau la bila nak mandi, baru balik kerja ni, penat” Balas Najib

Selang sejam kemudian mereka berbual, John secara tiba-tiba bangun dari kedudukkannya dan melangkah ke muka pintu.

“mana John?” soal Bob.

“beli rokok” balas John ringkas

Najib juga bergegas bangun dan mengambil tuala untuk mandi, manakala Bob masih duduk menghadap handphonenya melayan twitter dan sesekali menulis sesuatu di aplikasi Wattpadnya.

Jam sudah menunjukkan pukul Sembilan malam pada hari itu.

“wey lapar doh” kata Bob

“kau ni lapar je keje kau Bob, patut la badan macam gajah” maki Najib

“aku satu hari tak makan bodoh” balas Bob

“Memang la ko tak makan, tapi kau tidur dari pagi sampai pukul lima baru bangun sial” kata John

Bob hanya tersengih mendengar kata-kata John, itu memang kebiasaan Bob, hampir setiap harinya bermula jam antara lapan ke Sembilan malam, Bob akan berjalan kaki dari Flat Dato Ahmad Razali menuju ke Taman Dagang untuk ke Cyber Café, kerana Bob lebih selesa menaip di Cyber Café berbanding menggunakan laptop atau handphone, termasuk juga suasana Cyber Café yang memberangsangkan bagi Bob. Kemudian jam tiga hingga lima pagi kebiasaan barulah dia pulang kerumah dan tidur hingga ke lewat petang, begitulah rutinnya.

Mereka bertiga akhirnya turun bersama ke warung bawah rumah yang dikenali sebagai warung Pak Tam.

“Pak Tam, Nasi goring biasa satu” Najib

“saya pun sama paktam” John

“bob nak makan apa” soal Pak Tam

“saya bagi mee goreng la Pak Tam” Bob

“nak minum apa?” soal pak tam lagi

“nescafe ais” John

“sirap bandung” Bob

“teh ais” Najib

Hampir satu jam mereka bertiga menghabiskan makan malam dan melepak sambal berborak dengan Pak Tam yang mereka sudah kenali sejak mereka duduk di flat ini. Kemudian barulah mereka bertiga naik keatas rumah untuk sambung beristirehat.

“wey bukak la lagu Jib” John

“sabar la, baru nak bukak ni, ko tak Nampak ke sial?” Najib

Beberapa minit kemudian terdengar berkumandang lagu dari The Disemberist – The Mariner’s Revenge. Najib berpaling kearah John

“wey apa tu belakang kau?” Najib

John menoleh kearah dinding dibelakangnya dan terlihat seekor anak lipas sedang bergerak perlahan

“wey” john terperanjat dan bergegas bangun dari tempat duduknya. John semangnya seorang yang takut dengan lipas.

“tangkap la doh” kata bob

“jap, jap, biar aku tangkap” Najib

Najib bangun menuju ke dapur rumah mereka untuk mencari botol kosong, dengan botol kosong itu Najib menangkap anak lipas tersebut masuk kedalam botol.

“haaa! Kita kurung dia, kita bela lipas pulak sekarang” Najib berkata sambal ketawa

“mati la bodoh, dah la kau tutup terus lipas tu dalam botol taka da udara” Bob

“lipas kuat bodoh bob, dia mana boleh mati, seminggu dalam tempat tak da udara pun dia boleh hidup, lipas la satu-satunya benda hidup yang boleh survive dengan reactor nuclear” kata John

“ooo…” bob

“wey balut ganja John, aku nak masukkan asap ni dalam botol, kita kasi lipas ni stone sama-sama, yaaa!” Najib

“Boleh stone ke?” soal Bob

“try la, dulu aku penah la sial, tangkap lipas masuk dalam botol lepas tu bagi asap ganja, stone la sial cicak tu, slow je jalan, hahahaha” Najib sambal ketawa.

“suka hati kau lah Jib” kata John yang malas nak melayan perangai Najib

Berkali-kali Najib membuka dan tutup tudung botol yang terdapat seekor anak lipas didalamnya dengan menghembuskan asap ganja yang dihisap oleh Najib.

“kau tengok! Kau tengok! Dia dah stone, slow je, gerak haha” Najib

“Bodoh sial Jib” John

“wey! Kau tengok! Tersandar lah sial” Najib

Sambil Najib menunjukkan botol ditangan kearah rakan-rakannya. Memang kelihatan anak lipas itu dalam keadaan tersandar tanpa bergerak langsung melainkan sesungutnya sahaja. Pada malam itu Najib meletakkan anak lipas itu diatas meja dan membiarkan anak lipas tersebut terkurung dalam botol bertutup yang dipenuhi asap ganja yang dihembus oleh Najib sebentar tadi.

Keesokkan tengaharinya, John bangun dulu seperti biasa.

“wey bob bangun, nak pergi balai ni” John

“aduh, menyusahkan betul la, babi la polis ni” keluh Bob

John dan Bob perlu melaporkan diri di balai polis Cheras pada setiap bulan sebab pernah kantoi urine test hampir setahun yang lepas, ketika itu mereka duduk dirumah sewa lama mereka, dan polis membuat serbuan keatas rumah mereka.

Jam lima petang mereka telah sampai kerumah semula setelah pergi melaporkan diri dibalai dank e kampung baru untuk mendapatkan stok bekalan ganja daripada pembekal ganja Aceh di Kampung baru, Kuala Lumpur. Sedang Bob dan John berbual.

“Assalammualaikum!” suara nyaring Najib

Tanpa menoleh Bob dan John sudah tahu bahawa yang bersuara nyaring dan bising itu adalah suara Najib yang baru pulang dari kerja.

“awal pulak kau balik Jib” John

“kau ni aku balik awal kau bising, aku balik lewat kau bising!” jerit najib kearah John

“bukan bising, cakap je bodoh”

Bob hanya ketawa melihat gelagat mereka berdua.

“wey lipas tu hidup lagi?” soal najib pada John

“mana aku tau, kitorang pun baru balik ni, tadi pergi lapor diri kat balai”

Najib bergegas kearah meja dimana dia letakkan botol berisi anak lipas malam tadi

“wey hidup lagi la sial” kata Najib sambal mengoyang-goyangkan botol tersebut sambal melihat kedalam botol bagi memerhatikan bahawa anak lipas tersebut masih bergerak ataupun tidak.

“balut lagi ganja John aku nak bagi lipas ni stone lagi” arah Najib pada John yang memang paling pandai membalut ganja dengan kemas diatara mereka bertiga

“dah la bodoh, kesian kau seksa lipas tu” kata John sambal memegang kertas balut ganja dan bersedia untuk membalut ganja.

“seksa pale butoh kau, aku nak bagi dia sihat bodoh, bagi ganja sihat la”

John dan Bob hanya ketawa kecil. Selang beberapa minit kemudian John menghulurkan ganja yang sudah siap dibalut kearah Najib, kemudian dicucuh ganja tersebut dan Najib menyedut asap ganja tersebut, dibuka semula tudung botol berisi anak lipas itu dan menghembuskan lagi asap ganja yang dikemam didalam mulutnya. berulang kali Najib melakukan hal yang sama seperti malam sebelumnya dan digoncang-goncang lagi botol tersebut untuk memerhatikan tindak balas anak lipas tersebut. Kelihatan anak lipas tersebut masih bergerak-gerak secara perlahan.

“stone lagi la kau sial, siap bersandar, kepala kau dah sedap, bukan main kau kan” kata Najib sambil bersuara menghadap anak lipas tersebut seolah-olah sedang bercakap dengan anak lipas itu.

Hari berganti hari, dari hari Ahad anak lipas itu dikurung didalam sebuah botol kosong yang ditutup dan dipenuhkan dengan asap ganja oleh Najib hingga membawa kehari Khamis malam, Khamis malam adalah kali terakhir Najib menghembuskan asap ganja kedalam botol terkandung anak lipas itu.

“esok aku ingat balik kerja nak balik kampung terus la” kata Najib pada Bob dan John sedang mereka balik dari makan malam di warung Pak tam.

“berapa hari kau balik?” soal John

“Sampai ahad la, Isnin aku kerja dah bodoh, takkan tu pun nak tanya” Najib menjawab dengan nada loya buruk seperti biasa

“aku tanya jela babi” John

“eh, tanya pun biar la soalan bernas sikit, sedap sikit aku nak menjawab, ada la faedah sikit, ini tanya soalan yang kau sendiri boleh agak, apa ke sial?” Najib cuba mengenakan John lagidengn gurau kasarnya

“malas aku nak layan kau sial” John fed up

Najib dan Bob ketawa melihat kegagalan John yang gagal menjawab hujah gurau Najib.

Begitulah kehidupan mereka yang saling memaki hamun dan bergurau kasar semenjak hidup bersama menyewa rumah.

Sabtu malam, ketika Bob dan John sedang berbual berdua dirumah, Najib pula sudah berada di kampungnya.

“Assalamualaikum!” suara seseorang dimuka pintu sambil pintu rumah mereka yang tak pernah berkunci itu ditolak

Kelihatan rakan mereka Denial dimuka pintu, Denial pelajar ASWARA, sebuah akedemi seni negara. Denial akan datang melepak dirumah mereka setiap hujung minggu kerana menurut Denial, kehidupannya di ASWARA sangat membosankan.

“wey Denial, masuk-masuk” kata Bob yang melihat Denial di muka pintu

“wey” sahut John

“wey, apa cerita korang? Ok?” tanya Denial yang bertanya khabar

“ok je” jawab John dan Bob serentak

“ko dari mana Denial?” soal Bob

“Aku dari ASWARA la” balas Denial

Mereka bertiga mula berborakkan tentang kehidupan masing-masing, tentang falsafah, seni, drama melayu, filem dan pelbagai lagi, banyak perkara yang dikongsikan jika mereka bertiga melepak, sedikit berbeza dengan melepak dengan Najib yang lebih santai dan tidak terlalu untuk berborak tentang perkara-perkara yang perlukan daya berfikir seperti seni, politik,ideology, falsafah dan sains.

“apa dalam botol atas meja tu?” soal Denial

“anak lipas” Bob

“kenapa dalam botol tu?” Denial

“Najib bodoh tu la dia seksa lipas tu dalam botol” celah John

“habis dia hembus ganja dekat anak lipas tu tiap hari sebab nak tengok anak lipas tu stone” Bob

Denial yang mendengar penjelasan mereka berdua bergegas bangun menuju kearah botol yang mengandungi anak lipas tersebut.

“asal buat camni doh, kesian dia” Denial

“entah Najib, dia memang macam tu la, semua benda nak main” John

Denial menggoncang-goncang botol tersebut untuk melihat tindak balas anak lipas tersebut. Tiba-tiba Denial berjalan menuju kemuka pintu dan membuka pintu, turut diputarkan tudung botol tersebut untuk membuka tudung botol tersebut, kemudian diletakkan dilantai.

“wey dia lompat doh” Denial

Bob dan John memandang Denial serentak

“apa yang lompat?” soal John

“lipas tu tadi, dia excited la doh dapat keluar, kesian dia” Denial

“marah Najib nanti doh kau lepaskan” John

“kesian bodoh” Denial

Mereka bertiga sambung berbual dan membiarkan perkara yang telah berlalu tadi.  Malah mereka bertiga juga sudah melupakan tentang hal anak lipas tersebut seolah-olah peristiwa itu tidak pernah berlaku.

Hikayat Perang Lipas, karya Mat Travolta, dalam buku Hikayat Pemberontakan Maha. Harga tak promosi RM20. 

*harga pos mengikut jumlah(berat) buku. Sila maki Pos Malaysia pukimak.
*TPPA pun nak datang, lagi bertambah celaka dia

Order di Whatsapp 019-3243296

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s