TPPA dan GST dendam kesumat rakyat.

TPPA_PARLIAMENT_270116_TMISETH_01_najib_zahid_mustapa

 

by-  ( Aepool Kojack )

Sekarang belum heboh lagi tentang kesan TPPA terhadap rakyat,belum terasa lagi kesan-kesan TPPA,dan ianya baru khabar-khabar , serupalah masa GST awal-awal dulu. Yang bising-bising kebanyakkan aktivis, dan beberapa orang yang sudah memahami. Beberapa orang?.. ye, beberapa orang, lihatlah kepada demo bantah TPPA sebelum ni der, berapa kerat je yang turun, dan beberapa kerat tu lah, sering memegang kata-kata soekarno lah, che guevera lah,wiji thukul lah. Paling akhir ianya akan selesai di meja makan.  Kata-kata soekarno 10 Orang  Pemuda sudah tidak relevan lagi buat aktivis penentang di muka bumi Malaya ni, Ayat itu sudah dipakai UMNO ketika Perhimpunan Agung UMNO 2015. Dan Himpunan Bantah TPPA yang lepas melebihi 10 orang pemuda yang diam dan membiarkan berjuta lainnya terkesan akan permasalahan masadepan

Ini bukan revolusi, dan benarlah revolusi itu satu ilusi buat masa sekarang, Peranan rakyat itu bukan lagi kuasa besar untuk melawan penindasan. Rakyat sudah terlebih biasa menjadi kebiasaan menjadi manusia yang perlu kerja untuk hidup. Rakyat sudah terbiasa untuk menghargai keamanan walaupun kehidupan semakin terbeban.

Dah berpuluh-puluh artikel mengkritik rakyat sendiri berbanding mengajak rakyat itu bersama untuk melawan. Sekarang untuk ajak rakyat turun ke jalan adalah amat sukar, dan tidak dapat dijangkakan. TPPA adalah satu contoh, bagaimana TPPA itu tidak dapat memahami apa yang rakyat perlu tahu ? dimana kekurangan aktivis, gerakan dan beberapa NGO yang memahami kesan TPPA dalam membantu untuk menentang usul TPPA tersebut ?, Pergerakkan mereka akan lebih terancang dan teratur apabila kempen pilihanraya. Segala gerak kerja untuk meraih undi tersusun rapi, sanggup masuk pendalaman untuk meraih undi. Kenapa tidak kempen untuk TPPA mengikut cara kempen PRU ?

Sememangnya Parti Politik sudah tidak boleh dipercayai atau sudah tidak boleh di harap untuk menjaga kebajikan rakyat. Rakyat adalah harapan untuk merobohkan segala harapan-harapan kekayaan mereka. Mereka di Undi untuk mempertahankan kehidupan rakyat, menjaga segala kebajikan rakyat, jika TPPA itu adalah kebaikkan untuk rakyat? GST itu antara bukti kepentingan rakyat bukan lagi satu hal yang perlu di titik beratkan buat mereka. Jika mereka rasa sengsara seperti apa yang rakyat lalui pada hari ini, seharusnya pada logik akal, merekalah lebih awal akan menentang segala bentuk yang boleh mengugat kebajikkan rakyat.tetapi..ia tidak sama sekali. Kerana itu adalah perniagaan.

Ekonomi adalah kepentingan negara,Rakyat yang mengerakkan ekonomi.Tetapi,Pemerintah merasa keuntungannya. Ia ibarat, santan adalah rakyat,pemerah adalah pemerintah.

Tulisan ini bukan sahaja  cuba mengajak kesedaran, tetapi membetulkan kembali apa yang perlu kita betulkan melalui konsep kesedaran yang sebenar. Ini adalah realiti kehidupan manusia untuk melawan apa yang tidak perlu ada dalam kehidupan. Rakyat harus menyedarkan orang lain, membantu sesama lain dalam menyedarkan orang lain untuk melawan penindasan. TPPA masih sempat untuk ditentang jika para intelektual atau pun orang-orang penting bersama mengunakan peranan mereka untuk bersama menyedarkan orang lain dengan lebih tegas. Konsep melawan sudah tidak relevan jika kesedaran masyarakat masih ditahap acuh tak acuh. Itu antara sebab pemerintah mula bermain macam-macam propaganda untuk mempertahankan tindakan mereka daripada di tentang.

Masalah paling besar adalah ingin menyedarkan orang-orang yang merasakan melawan itu tidak perlu,Melawan itu di anggap rusuh, dan rusuh itu dianggap merosakkan kedamaian. walaupun orang itu sendiri adalah mangsa sistem yang korup. Dan sekarang dimana berita-berita panas berkenaan mengaibkan manusia lebih relevan untuk proses kesedaran berbanding menyedarkan orang berkenaan kesan-kesan masa akan datang apabila TPPA berkuatkuasa. Sebab itu, menteri-menteri sendiri sanggup mengaibkan diri sendiri demi menjaga kestabilan pemerintahan.

” SEKARANG,melawan kebijaksanaan itu bodoh,TERKINI,menjadi bodoh itu adalah kebijaksanaan.”-BELEK

Lihat kepada propaganda GST yang lepas, media dikawal, artis-artis digunakan untuk menerangkan rakyat, kempen mereka berulang-ulang kali keluar di media,ayat paling berkesan untuk memujuk rakyat yang sedang berfikir adalah dengan mengatakan ini untuk kebaikkan negara. Berapa ramai rakyat diluar sana sudah terdoktrin dengan keamanan dan bersyukur.

Agamawan pula sudah tidak lagi berperanan dalam sistem pemerintahan. Dimana ulama-ulamak ketika GST dilaksanakan? begitu juga dengan TPPA, Ulama sama seperti rakyat biasa yang masih tidak mengerti susur galur pemerintahan demokrasi yang sebenar. Mereka diajar dan belajar untuk membetulkan manusia,tetapi tidak belajar untuk membetulkan kepimpinan, Ulama lebih gemar mengumpul pahala-pahala kecil, berbanding melawan dosa besar.

Begitu juga dengan Artis-artis yang sibuk berkempen dan menyokong pelaksanaan GST pada awal-awal dulu. barangkali Mereka juga terkesan dan membebel didalam hati.siapa tahu kan?

kembali kepada Himpunan bantah TPPA, 84 undi bantah adalah terlalu sedikit jika berbanding berjuta-juta suara atau tindakan yang tegas berlaku pada himpunan yang lalu.Lihat..himpunan itu adalah satu desakan yang gagal.Ahli politik tidak bekerja keras untuk bersama kempen dalam himpunan bantah, Parti politik masih memilih isu dan memilih untuk berbalah dalam isu dalaman sendiri. Lihatlah, himpunan bantah itu sendiri mempunyai kebenaran Pihak Polis, dan perserta himpunan terpaksa mematuhi peraturan yang ditetapkan.

” Tiada lagi protes yang di panggil protes,Protes yang ada kini hanyalah sebuah perjumpaan dan program mengasah bakat.”-BELEK

GST dahulu, sebelumnya kurang pendedahan, pihak pemerintah lebih dahulu telah mengawal segala bentuk-bentuk kempen pendedahan awal. Sehingga pada hari ini, rakyat masih mengeluh dengan cukai yang dikenakan. Itu adalah kesan kepada masa lepas yang tidak berbuat apa-apa. Begitu juga dengan TPPA pada hari ini, begitu ramai orang diluar sana tidak memahami, dan akan terkesan apabila TPPA telah menguasai pasaran. Tunggu dan lihat atau bertindak dan sebar

Pemerintah melihat kepada kebaikkan untuk negara dan kepentingan ekonomi semata-mata. Pemerintah tidak melihat kesan atau kebaikkan untuk rakyat dimasa akan datang. Kerana itu adalah KEUNTUNGAN dan PERNIAGAAN.

Rakyat sudah tidak perlu tunggu Pilihanraya ke-14, ini adalah masa untuk mendesak dengan keras, apa cara sekali pun, melalui pencerahan,perlawanan atau protes besar-besaran untuk mengugut  127 perwakilan-perwakilan yang telah mengkhianati rakyat. Ini adalah waktu membalas dendam terhadap GST.

Jika terus diam..ANDA adalah Generasi yang gagal buat generasi masa depan.

Advertisements

Logo Cukong Press

Mula-mula aku nak mintak maaf lambat tulis benda ni. Da seminggu (mungkin lebih sikit) dari yang dijanji. Sebab kurang sihat + malas.

Seingat aku dalam bulan pertama kelahiran Cukong Press, kitorang belum ada logo. Tiba-tiba satu malam tu kitorang semua mimpi serentak. Semua mimpi sama – logo Cukong sekarang ni. Tu la dia kisahnya.

Tu versi malas nak cerita panjang.

Tapi memandangkan aku da cukup malas da sepanjang minggu ni, dengan jiwa yang kontang semangat kebangsaan, meh aku story panjang sikit.

Ada satu malam di awal bulan Februari 2015, kitorang actively tengah usha gugel imej, dsbnya untuk ilham buat logo.

Kitorang usha la logo-logo yang anarkis terutamanya, pakai. Banyak gila. Kitorang tertarik dengan yang ni:

image

Familiar tak logo atas tu?

Kitorang modify sikit dan jadilah logo Cukong Press yang korang kenal dan sayang. Rasanya korang pun sayang Cukong macam para penggerak kot. Sebab dia? Lebih 2.6 ribu likes, busuk-busuk pun ada la seribu yang serius kot? Thanks korang. Tapi jumlah yang beli… Haha. Tapi takpe. Mungkin ada yang tertunggu benda yang betul-betul korang minat dan Cukong belum buat lagi.

Jadi berbalik kat simbol squatters (setinggan) tu. Dia banyak dipakai (spray) kat bangunan-bangunan yang dioccupy  anarkis dan sosialis serta bermacam jenis orang miskin kat Eropah.

Maaf, kitorang bukan squatting kat mana-mana pun. Kitorg bayar sewa rumah kolektif kitorg. Mungkin sebab ada di antara kitorang biasa da fight untuk setinggan yang dirampas dan dirobohkan, jadi logo squatting tu rasa dekat di hati. Tapi teori aku jela, aku tak tanya pun Team Cukong yang lain nape masing-masing terus nak pakai logo ni masa tahun lepas tu.

Ok,  nak tahu lebih lanjut pasal simbol squatting tu dan simbol-simbol anarkis lain boleh la gugel sendiri.

-J

BAHAYA BAUKSIT

DSC_3442Kawasan  bauksit didapati tercemar dengan logam berat terutamanya kromium, arsenik dan raksa. bahan lain seperti nikel, zink dan lain-lain turut hadir tetapi dalam kepekatan rendah.

Mari kita tinjau satu persatu bahaya kandungan bahan yang disebutkan di atas.

Aluminium Hidroksida
Bahan ini adalah kandungan utama semujadi bijih bauksit, antara 32-52 peratus dari kandungan bijih. Dos dedahan berlebihan bahan ini akan memberikan kesan terhadap kesihatan.

Semua masyarakat perlu elakkan daripada terdedah kepada aluminium hidroksida yang terampai dalam debu merah bauksit. Dedahan selama berbulan-bulan amatlah tidak sihat. Kesan ketara terdedah kepada debu merah ini ialah pedih hidung, batuk-batuk serta kulit mengalami kemerah-merahan, menggelupas dan gatal mata.

Ia bukanlah bahan yang boleh menyebabkan kanser, tetapi terdapat beberapa kajian yang mengaitkan bahan ini dengan masalah saraf otak kronik seperti mudah berasa bimbang tanpa sebab, masalah pelupa mahupun penyakit Alzheimer dan Parkinson di kalangan orang dewasa.

Ferum Oksida
Bahan ini hadir dalam kuantiti yang lebih kecil berbanding aluminium hidroksida. sekitar 15-34%. Bahan inilah yang menyebabkan warna tanah, jalan, sungai dan laut menjadi kemerahan. Unsur ini adalah penting dalam hemoglobin, pembawa oksigen dalam sistem hematologi manusia.

Sekiranya terdedah dalam dos yang tinggi, bahan ini berkait rapat dengan kegatalan mata dan koroidatis. Pendedahan ferum melalui sistem pernafasan pada jangka masa panjang menyebabkan himpunan  ferum dalam tisu hati lalu menjejaskan fungsi sistem hati. Keadaan ini lebih teruk kepada penghidap talasemia dan hemofilia atau mereka yang mengalami pembengkakan hati dan limpa.

Kajian lain pula mendapati bahan ini menyebabkan peluang mendapat kanser respiratori adalah lebih tinggi sekiranya seseorang itu terdedah kepada bahan seperti asbestos, kadmium ataupun formaldehid.

Titanium Oksida
Bahan ini adalah yang ketiga paling sedikit dalam bijih bauksit sekitar 3-6% dari kandungan bijih.MenurutAgensi Antarabangsa Untuk Kajian dan Kanser (IARC), bahan ini diletakkan dalam kumpulan 2B (mungkin penyebab kanser) bagi kanser paru-paru. Namun, Persidangan Amerika bagi Pengamal Industri Kebersihan (ACGIH) mengklasifikasikan bahan ini sebagai bukan penyebab kanser (Kumpulan 4).

Pun begitu, dedahan akut boleh menyebabkan iritasi pada hidung dan tekak, radang mata dan kegatalan kulit. Golongan yang mengalami ekzema kulit, masalah jantung dan hati dan perokok akan mengalami gejala kesan dedahan yang lebih serius. Ibu hamil dan ibu menyusu perlu elakkan diri dari mengalami dedahan bahan ini.

Silika Reaktif
Silika reaktif hanya 1-8% dari kandungan berat bijih bauksit. Bijih yang bermutu tinggi seharusnya mempunyai nisbah aluminium:silika melebihi 10. Bauksit dari Indonesia dan Malaysia mempunyai kualiti yang lebih tinggi berbanding China dan Vietnam dengan kandungan silika yang rendah. Silika reaktif ini sangat berguna dalam industri pemprosesan air minuman dan sisa limbah. Proses osmosis balikan (reverse osmosis) juga menggunakan bahan ini.

Debu silika ini mempunyai ciri yang hampir sama dengan silika dari lombong kuari. Dedahan akut pada kepekatan tinggi boleh menyebabkan sesak nafas, sakit dada, keletihan, pengsan mahupun kematian. Jangka masa dedahan yang lebih lama akan menyebabkan keradangan paru-paru. Selanjutnya ia akan menjadi teruk dan menyebabkan masalah seperti bronkitis kronik silikosis mahupun jangkitan sistem respiratori.

Kajian juga mendapati mereka yang terdedah kepada bahan ini mempunyai potensi tinggi untuk mudah dijangkiti batuk kering. Selain itu, bahan ini juga didapati berkait rapat dengan kanser paru-paru.

Kromium (Chromium)
Kajian geologi oleh UKM pada tahun 1996, mengenalpasti beberapa unsur semulajadi di Kuantan selain bauksit. Bahan tersebut adalah kromium pada kepekatan beratus kali ganda dari biasa.

Dari segi kesihatan, Chromium heksavelan (hexavalen) menjadi fokus perbincangan kerana ia lebih toksik dan boleh menyebabkan kanser. Pendedahan akut melalui sistem pernafasan akan menyebabkan sesak nafas, batuk-batuk dan nafas berbunyi seperti lelah. Pada kepekatan yang lebih tinggi, kulit menjadi kemerah-merahan, perut sakit dan muntah-muntah.

Kajian lain menunjukkan dedahan pernafasan kronik menyebabkan bahan ini terkumpul di dalam tisu badan seperti paru-paru dan buah pinggang, hati, sum-sum tulang dan salur darah utama. Akibatnya fungsi organ-organ ini terjejas menyebabkan masalah hidung dan sistem pernafasan, kerosakan buah pinggang, anemia dan gangren. Kromium juga boleh mengganggu kehamilan dan menyebabkan masalah semasa kelahiran.

Arsenik
Bahan ini tidak perlu diperkenalkan lagi. Ia merupakan logam berat utama yang hadir secara semulajadi di dalam tanah. Ia hadir bersama-sama di dalam bijih timah yang banyak terdapat di negara ini di samping kedudukan geografi yang berdekatan dengan pantai.

Kajian tempatan pada 2012 mendapati kandungan semulajadi arsenik di Semenanjung Malaysia adalah empat kali ganda dari tahap yang dibenarkan. Pendedahan kepada bahan ini sering berlaku melalui bekalan air dan rantaian makanan yang tercemar. Ini terjadi samada secara semulajadi atau akibat aktiviti pertanian dan lelehan sisa industri yang tidak terkawal. Dedahan akut bahan ini menyebabkan masalah kulit yang menebal dan kekeringan terutamanya pada tapak tangan dan kaki. Ini akan diikuti dengan kegagalan buah pinggang, gangguan saraf otak, hati serta sum sum tulang. Dedahan kronik didapati berkaitan dengan pelbagai maslaah semasa kehamilan dan kelahiran.

Debu Ternafas PM10
Ini adalah masalah estetik dan kesihatan yang menarik perhatian masyarakat. Kebanyakan bahan cemar dan bahan kanser yang dibincangkan di atas bersifat suka melekat atau bergabung dengan debu ternafas 10 mikron (PM10) – (Particulate Matter up to 10 Micron) ini. Yang menjadi masalah besar adalah keadaan halus PM10 yang mampu tersedut bersama udara nafas setiap kali seseorang itu menarik nafas.

Seseorang yang biasa akan bernafas sebanyak 20-25 liter sejam. Dan dari sejumlah PM10 itu, hampir 50% hingga 60% adalah debu ternafas yang lebih halus, bersaiz kurang dari 2.5 hingga 5.0 mikron. Saiz yang amat halus ini, mampu melintasi paru-paru lantas memasuki kapilari halus untuk terus tersebar bersama sistem peredaran darah badan.

Semua bahan akan menyebabkan kesan toksik spesifik mengikut oragn tersebut ataupun akan berkumpul di dalam organ itu dan menyebabkan masalah kesihatan. Beberapa kajian luar mengaitkan PM10 dengan kematian pramatang.

Penutup
Pelbagai pihak sedang menjalankan kajian bagi menilai kesan persekitaran akibat aktiviti perlombongan bauksit yang berleluasa di Kuantan Pahang. Namun amat sedikit berita mengenai kesan kesihatan.

( COPY /PASTE )

BLOG / Majalah Sains – Prof Madya Dr. Mohd Hasni Jaafar Pakar Perunding Kesihatan Awam dan Toksikologi, Pusat Perubatan UKM

 

JPJ SIAL (kes pertukaran nama pemilik kenderaan)

Hari ni admin nak buat pertukaran nama pemilik kenderaan. Dah empat hari aku call JPJ dengan puspakom, memang macam pukimak tak angkat LANGSONG!! kalau kau rasa aku tipu kau try la, lepas tu tadi pagi JPJ pukimak ni angkat call(terangkat kot), aku pun tanya boleh tak nak tukar nama tak pergi puspakom dulu sebab owner nak balik Iran dah esok, so takut tak sempat puspakom sebab puspakom kene booking dulu, kalau tak booking lepas kul 5 baru kau pergi beratur(macam pukimak) lepas tu operator JPJ tu kata BOLEH! Bagi thumb print owner asal dulu.. So aku biar la owner kenderaan pegi .. Lepas tu aku dapat call dari owner kata JPJ kaunter kata tak boleh, kene puspakom gak dulu.

Ok aku dah mula panas dah…aku pun terus turun hadap jem petang ni pergi JPJ petaling jaya, aku pun tanya benda yang sama, sambil lewa dorang cakap sambil gelak2 “tak boleh cik, tak boleh cik, tak boleh cik, tak boleh cik”, geram lah aku, aku cakap kenapa aku kata boleh sbb call center kata boleh, aku pertikaikan call center dorang macam pukimak, dorang masih gelak2 kata “tu salah call center bukan salah kita” sambil gelak2 lagi dengan kawan sebelah dia, oleh sebab dah tak tahan aku sound la terus, “abes call center tu buat sial apa kalau tak guna? Dah la 4 hari call ta berangkat” sambil aku cabar sorang gemok kat kaunter yg suka gelak tu call dorang punya call centre sekarang jugak aku nak tgok dorang angkat tak angkat?? Muka dia dah berubah dan ta jawab pun semua soalan aku, balik2 cakap tak boleh tak boleh tak boleh, dua tiga orang lelaki dari kaunter lain dah mula bngun dtg kat kaunter yang aku tanya.

Dan last aku tanya memang dah tak boleh langsung ??? Dorang pun jawab tak boleh. Terus aku bangun aku pandang owner kereta aku cakap translate dari english “dah tade jalan lain la, rasuah jela yang boleh” lepas tu si gemok yang rupa hodoh pakai spek mata putih2 kaunter 2 tu cakap “jangan cakap macam tu cik”, aku dengar aku terus tinggikan suara lagi “rasuah konfem boleh punya, tak payah susah2, bukan tak pernah jadi(sambil tepuk tangan menganjing) terus semua dkt kaunter pandang aku, pastu musibat yg dekat belakang dari kaunter lain pun acah2 hero tengking aku “woi! Kau sini!” Sambil aku berjalan keluar pintu bertepuk tangan dan tunggu mamat acah hero depan pintu.. Tak keluar pun, yg peliknya aku sebut perkataan rasuah banyak kali semua melenting tuuuuuu! Terasa ke JPJ?

Kalau korang nak kan kepastian pergi la minta tgok cctv JPJ petaling jaya jalan sultan tu, ada tak staff dorang yang tengking customer? Kih kih kih… Nak berurusan dengan jabatan awam ni 3 benda je laju, bayar saman, bayar cukai, bayar bill… Lain semua susah….kih kih kih

Betul ke Typo ni Masalah Sangat?

image

Jnagan trekejut kau boelh fhaam tuliasn pnuh tpyos kat dlaam gmabar kat aats. Tkade maslah snagat gak nka fhaam apa auk tluis ni kan? Plaing-palnig pun kau bcaa solw, tpi fhaam gak

Sbeab dia mcaam ditluis daalm gmabar tu – asaklan hruuf petrmaa dan treakihr tak berailh. Oatk ktia tak proess tiap huurf, tapi kesleuruhan perktaaan.

Jdi tpyo-tpyo ynag tak dieidt daalm trebitan-terbtian Ckuong bkuan msalah bsear kan? LEL

Tkade nait nak justfiy tpyos pun, treutama ynaag mcaam ni. Cmua mngkin tpyos ni kdaang-kadnag mnearik, mcaam mennujukkan sttae of mnid kektia tu cnotohnya.

-J

Perdagangan Pemerdagangan Dagang

Kecoh sekarang pasal orang kene buang kerja,tapi kekecohan ini hanya dapat dirasai sekiranya melibatkan pengelibatan jumlah duit yang banyak dan  mampu menguntungkan kapitalis yang memegang tali diatas.

Ok, kat sini aku nk kongsikan sedikit cerita dari orang yang terlibat dalam pembuangan pekerja MAS.Mereka mengatakan sebenarnya MAS sendiri memang nk mengurangkan tanggungan menyara pekerja yg berlambak hasil dari kesalahan pengurusan proksi manetah. Akhirnya, pekerja menjadi mangsa kerana mereka tidak sedar akan perkara ini berlaku sejak dari awal wujud Umno..Hahahahaha, ok silap…itu terlalu umum sangat, tp punca ini didorang oleh ketamakan Bapak2 Cukong@Kapitalis  yang menyusunatur pergerakan ekonomi negara dan mereka jugalah yang mengatur sosio budaya,pemikiran dan kehidupan para pekerja.

MAS bertindak dengan mengagihkan beban memjaga pekerja itu kepada memberikan Sub Kontrak kepada syarikat2 yang sedia menawarkan diri utk berkhidmat.Ini lagi satu cibai,yang kalot nak dapat kerja dgn harga tak cantik itu adalah kontraktor sub, akhirnya pekerja yang ditindas untuk memberi untung kpd kontraktor.

Ok…aku kasi kaedah matematik sikit kat bawah ni

image

Aku cube buat matematik mudah ni agar penggunaan ini menjadi kebiasaan kepada aku juga.

Kisah pembuangan pekerja ini bukanlah bende baru sebenarnya, asal ade je kuasa dunia makin tamak, takde lain akhirnya pekerja juga yang terpaksa jadi kambing hitam yang sering menjadi korban.

Pengambilan pekerja asing di malaysia ni adalah sebagai langkah penjualan manusia itu yang dibuat perjanjian antara negara yang terlibat.Dimalaysia warga bangladesh antara golongan yang menjadi sasaran oleh pemerintah untuk diperdagangkan.Mereka sengaja dibiarkan berpeleseran hidup bersusahan dan menjadi mangsa buruan dari polis pada yang lari dari majikan dan tidak bepermit.Akhirnya cara nak pantau, mereka akan tiba masanya secara sendiri akan menjadi golongan yang bersaing dgn org tempatan.Aku bukan nak rasis bagai..aku nk bgtau yang sikap ketidak puashati org tempatan pada mereka ini adalah kerana kiasu.Kiasu ni bukan datang dengan sendiri atau naluri, tapi berhati-hati itu ya dari naluri.Semua manusia berhak memiliki berhati-hati untuk keselamatan diri.

Akhirnya pekerja O&G menjadi sasaran baru dari cukong minyak dunia untuk mendapat perkhidmatan yang murah punye gaji tetapi memberikan keuntungan yang lebih berganda-ganda.Cukong -cukong ini bukannya mengalami kerugian pon, tapi sebab sikap tamak itu adalah sikap yang takkan pernah untuk merasakan cukup kerana hati dah itam.Mereka dh mula melantik pekerjaan sub O&G pada warga asing yang mengambil upah murah berganda-ganda dari org tempatan.

Apepon kemarahan yang berlaku dalam hati kita bila merasakan warga asing itu seolah menindas hak org tempatan, kita harus sedar yang lawan kita adalah kapitalis yang telah mengkambing hitamkan orang tempatan dan kini warga asing pula.So kita sebagai pekerja harus bersatu.Tak kirelah apa warna kulit pon…litu bukan penghalang untuk kita bersatu, melainkan mereka orang yang kafir jahat.
-T.K-

Burung Hering – satu pertanyaan

image

Asyik-asyik kita orang yang sebar ilmu, info dalam buku, zines, kat sini,etc. Sekarang ni apa kata korang lak kasi sekolah kitorang. Kitorang bukan perasan tahu semua benda pun. Ada satu soalan ni.

Khao Dinsor, Thailand adalah tempat yang cun untuk tengok migrasi burung-burung pemangsa (raptors).  Kalau tak silap, tempat ni macam titik pertengahan laluan migrasi burung pemangsa. Macam-macam burung pemangsa kita boleh perhati kat sana. Contoh macam hawks, helang, falkon, hering, etc. Ada yang terbang ke selatan  tanah semenanjung tapi kebanyakannya arah barat-timur dan sebaliknya.

Ok ni nak tanya korang ni.

Kenapa burung hering TIDAK akan terbang migrasi ke selatan ke arah semenanjung Malaysia ni? Soalan serius.

P/s Burung hering adalah simbol kematian dalam beberapa budaya.

P/p/s Cukong Press ada buku koleksi cerpen MATI. Beli sekarang weh. RM20. Whatsapp 0193243296. Hahaha

image

-J

Ekstremisme dan Hipokrasi Bukan Hanya Pada Agama

Aku dilahirkan dan membesar di negeri yang mula-mula sekali sampainya agama Kristian mazhab Katholik di tanah semenanjung pada abad ke-16 ketika Portugis menjajah.

Aku mungkin agak bernasib baik sebab keluarga aku sangat non-religious. Dan aku sendiri mula berfikir yang ada sesuatu yang tak kena dengan agama bila aku nampak dengan mata aku sendiri seorang paderi dari gereja kami ketika itu sedang membeli nombor di kedai Toto. Bukan ke Katholik mengharamkan judi, aku agak terkejut masa tu.

Macam semua non-Muslims yang masuk sekolah kebangsaan, telinga aku dihidangkan setiap pagi dengan doa yang bukan untuk orang-orang macam aku. Luar sekolah, terpaksa dengar azan 5 waktu yang jugak eksklusif bukan untuk aku. Lewat petang pulak, antara Maghrib dengan Isyak, kadang-kadang dengar suara maki-hamun dari speaker masjid. Tentang memerangi “musuh Islam”. Yahudi macam tu, Kristian begini, kapir semua laknat, bla, bla, bla.

Tingkatan 1 ke 3, masuk SBP Sains. Atas kuota 10% non-Bumiputra. Apa aku rasa masa itu, korang boleh faham-faham lah kot. Tulisan ni bukan pasal aku, jadi tak perlu aku cerita panjang lagi.

Semua kat atas tu buat aku membenci agama. Kemudian bila aku dewasa, aku kenal dan mentelaah atheisme. Sebenarnya aku geli nak letak ‘isme’ sebab ia berdasarkan lojik sains dan alam. Ia bukan ideologi atau anutan. Ia tak ajar aku membenci.

Iklim sosiopolitikal dunia sekarang sangat depressing. Kalau kau reti berfikir, dah tentu kau pun rasa benda ni. Dengan ISIS, serangan dan kekacauan kat Eropah sekarang malah kat Malaysia pun banyak benda-benda mengarut yang dihalalkan atas nama agama.

Kemudian ada orang-orang yang digelar New Atheist. Mereka ini pun ekstremis. Kalau tak percaya, cuba baca twitter feed Richard Dawkins. Malaon ni sebenarnya banyak jasa dia dalam menerangkan evolusi dalam buku-buku dia. Tapi perangai mangkuk ini sebenarnya sejak dulu lagi sangat ekstremis dan antagonistik.

Para pendokong New Atheism percaya agama patut diperangi habis-habisan. Dan salah satu sebabnya pandangan agama terlalu simplistik. Ini kelakar. Memerangi agama itu pun satu langkah sangat simplistik dan kebudak-budakan.

Macam ini sampai bila-bila pun bergaduh sesama sendiri dan musuh kita yakni sistem kapitalis terus kukuh.

Poin aku senang saja : kalau yang minoriti pun dah ekstremis, macam mana kalau mereka ni jadi majoriti nanti? Akan ada tirani majoriti (tyranny of the majority) jugak.

Updated 09:07. Betukan fakta.

(sambung bahagian 2 nanti)

-J

Ops Seludup Wartawan ke Tapak penyimpanan bauksit.

 

OPS Seludup Wartawan  ChannelNewsAsia ke Tapak Perlombongan Bauksit.

12509685_905585032844396_882542106717802102_n

Gila babi viral, membuak-buak perasaan bila tengok polis pun beriya-iya nak back up dan melakukan tugasnya dengan garang.

IMG-20160108-WA0002

Aku di tawar lagi, untuk menyeludup wartawan masuk ke Tapak perlombongan bauksit, atau tapak projek atau tempat-tempat panas.ha..kali ni mencabar..

Pagi, macam biasa terlewat bangun lagi, wartawan dah pun berada di Kuantan menunggu kitorang. Wartawan kali ini 2 orang, dari Channel News Asia, dan Syabab tak dapat join kali ini, aku dengan kimi yang bertanggungjawab sepenuhnya terhadap keselamatan wartawan tersebut,macam hero pulak.

Kitorang terus ke Felda Bukit Goh, ikut pada perancangan wartawan, mereka nak buat liputan tentang pencemaran sungai dan operasi yang akan dihentikan selama 3 bulan.OK..point dah dapat, kitorang terus ke Felda bukit goh mencari salah seorang aktivis setempat yang kebetulan tinggal di berdekatan dengan tapak projek.

Cari punya cari, tak jumpa, sebab kampung macam tak ada orang, semua duduk dalam rumah, line pulak sangkut-sangkut tak berapa nak ada.

Kebetulan, nampak kereta TV3 tengah baik punya parking dekat depan kedai, rupanya wartawan tv3 dah pun interview beberapa peniaga sekitar. Jadi, tak berapa heranlah sebab ada lain wartawan lain, jadi tak risau keselamatan sangat.

ronda-ronda punya ronda nak cari aktivis tu tak jumpa, yang jumpa benda lain, terlihat ramai tonto,( Gangster jaga lori ) hilux,pickup 4×4 penuh  didepan pintu keluar tapak projek.Wartawan pun minta berhenti, mereka nak buat liputan disitu, mula rasa gigil jugak.tapi,salah seorang wartawan tu kata, dia ada nampak polis dalam kelompok tu, jadi tak perlu takut.

Aku pun keluar escort wartawan ala-ala bodyguard. Kimi standby dalam kereta, mata tak pandang kiri kanan, pandang bawah je.dalam kawasan parking lori tu, rupanya beberapa orang dari PTG ( Pejabat Tanah dan Galian ) sedang dikepung oleh pemandu-pemandu lori bauksit.menurut dari cerita asal, PTG datang telah menghalang hilux didepan pintu keluar lori bauksit untuk menghentikan sebarang aktiviti penghantaran ke pelabuhan,Kerana hari tersebut dimana berkuatkuasanya sebarang aktiviti berkenaan bauksit harus dihentikan selama 3 bulan.

ketika wartawan merakam macam-macam hinaan diberikan, mereka mempersenda wartawan dengan mengumpamakan kami sedang mencari nyamuk,saudara karam sikh walia,dan sebagainya.

Ketika menuju keluar dari kawasan tersebut setelah selesai shoot beberapa tempat , wartawan sempat menegur beberapa pegawai PTG tetapi mereka tidak berani mengeluarkan sebarang kenyataan selagi Polis tidak datang.ketika kami sampai memang ada 2 orang Polis, tetapi Polis ronda, Polis ronda itu sendiri sedang tunggu Pegawai berpangkat datang untuk selesaikan masalah Pegawai PTG yang dikepung ini.

Wartawan sekali lagi diusik dengan kata-kata herdik ketika menuju keluar dari tapak tersebut, dengan beraninya wartawan pergi menuju ke salah seorang yang mengusiknya. ” Saya wartawan, dan sedang mengumpul data serta berita untuk dikongsi diluarsana, ini adalah medium untuk saudara luahkan.” Wartawan itu menghulurkan Michrophone kepada lelaki tersebut, lelaki itu tidak mahu berkata apa-apa, lalu memberitahu tonto yang sedang duduk didalam hilux. Lelaki itu keluar dari Hiluxnya, Lelaki itu bertanya adakah kami dari TV3..Sah,, mereka jarang tengok tv, michrophone tu punyalah besar logo Channelnewsasia dorang boleh tanya lagi dari TV3 ke apa..

Jadi, pada asalnya Tonto itu tak nak berkata apa-apa, tetapi kenyataannya lebih kepada luahan hati yang terpendam.Tidak mahu ditemuramah tetapi mulut masih membebel.Dalam tidak sedar, dia sedang dirakam.Tonto itu membebel, mereka hanya pekerja kontrak, cari makan, kenapa ganggu periuk nasi mereka, tidak mahu undi PKR selepas ini..itulah kata-kata luahan hati yang amat sedih dari Tonto tersebut.

Luahan hatinya semakin panas, mula menjerit-jerit dan membuatkan suasana tegang, beberapa pemandu lori yang sedang mengepung PTG mula kearah kami, lalu mengepung kami, Suara tonto tadi semakin meninggi seperti sedang menghasut untuk melakukan provokasi.Salah seorang pemandu lori mula berkata kepada kami, lebih baik beredar kerana beberapa orang sudah mula marah.

kami terus keluar dari kawasan tersebut lalu menuju ke pekan kecil Bukit Goh, singgah sebentar di tempat cuci kereta untuk menemuramah pelanggan tempat cuci kereta tersebut, tetapi, pelanggan tersebut enggan memberi kerjasama.Sebaliknya, Tokey tempat cuci kereta itu pulak yang mahu ditemuramah.Mereka meluahkan, rezekinya bertambah apabila ada bauksit ini, kerana pada asalnya beliau hanya menjual kuih, kini buka tempat cuci kereta depan rumah semakin laris, tidak perlu membuat kuih lagi, satu hari dekat 20 buah kereta mereka cuci. Sebuah kereta RM12 pergh..mahu tak kaya….

Kami patah balik ke Felda Bukit Goh, menemui peniaga gerai makan,  temuramah pula dilakukan didapur bukan diruang depan atas faktor keselamatan. Aku hanya duduk didepan berbual-bual dengan seorang pelanggan didalam kedai tersebut, beberapa pelanggan  memberitahu, kenapa tak datang,belum ada wartawan datang malam.. , kalau waktu siang lori sedikit keluar masuk, lori aktif keluar masuk waktu malam katanya.Selesai menemuramah, Peniaga tersebut memberitahu kepada kami, keluar dari kedai mesti ada Tonto diluar.Menurut,peniaga tersebut sebelum ini kedainya didatangi wartawan dari Astro Awani, selepas Wartawan Astro Awani beredar, tonto tersebut mengambil gambar kedainya, seluruh sudut kiri dan kanan kedainya.Ternyata benar..ketika kami keluar, 100 meter dari kedai tersebut sudah pun terdapat Hilux berwarna hitam,cermin gelap seperti sedang memerhati kami.

Kami merasakan keadaan semakin merbahaya, kami terus keluar dari Bukit Goh secepatnya, Tonto tersebut telah mengekori kami sehingga simpang menuju kejalan besar.

Tempat seterusnya, kami mahu menuju ke Pelabuhan.Ketika dalam perjalanan, wartawan minta diberhentikan, kerana terdapat laluan belakang bekas lombong bauksit yang ditinggalkan, kami memasuki laluan itu dan ternyata benar, lombong itu tidak aktif, beberapa jentera di parkir, tiada orang sekitar tersebut.Wartawan membuat beberapa shoot sekitar tapak tersebut.

Selesai dari itu, kami menuju ke Pelabuhan.Ketika di pelabuhan, kami hanya membuat liputan dari dalam kereta, atas faktor kesihatan dan keselamatan. Tetapi,di ingkari cameraman, cameraman keluar dari kereta untuk mengambil shoot jentera sedang memindahkan bauksit ke dalam kapal.Sedang cameraman mengambil shoot, driver lori mula hon dan menunjukkan isyarat jari tengah, pemandu-pemandu lori yang ulang alik didalam pelabuhan mula tidak senang kehadiran kami.Selang beberapa minit, kehadiran kami dihidu oleh pihak polis.Pihak polis menghalau kami keluar dari  kawasan pelabuhan.

Tempat seterusnya, kami menuju ke Pantai Balok, pantai peranginan satu masa dahulu berdekatan pelabuhan kuantan.Belum sempat kami sampai ke Pantai Balok, Ahli Parlimen menawarkan diri untuk membawa kami masuk semula kedalam Kawasan pelabuhan melalui jalan lain, dan sedia untuk ditemuramah.hmmm..Ternyata memang ada jalan lain untuk masuk ke dalam pelabuhan, viewnya juga betul-betul sebelah tempat penyimpanan bauksit.

10411869_905608029508763_5357243384833256556_n

Ketika wartawan sedang menemuramah, sekali lagi Polis datang, dan kali ini lebih santun dan ketat.

YB sempat melarikan diri.

Aku dan rombongan terperangkap, Pihak Polis meminta surat kebenaran, dan bukti kad Media. Aku ditahan oleh salah seorang Polis, salah seorang polis lagi menahan kad media wartawan, cameraman dah masuk kereta, Kimi aku suruh standby dalam kereta untuk pecut.Polis yang tahan aku itu, bercakap sopan santun giler, dia tidak mahu wajahnya direkod katanya, sebab semalam kawan sekerjanya malu,dicaci dalam media sosial akibat tindakannya sendiri.Jadi,kononnya dengan sycho baiknya itu,dia harap video semalam jika kenal siapa yang upload tolong delete semula,kerana mereka cari makan kat pelabuhan tu,mereka juga mangsa bauksit.Tapi,jangan babitkan mereka,viral dan memalukan keluarga mereka..hmm itulah luahan sedih Polis tersebut mewakili kawan sekerjanya yang bercuti pada hari tersebut.Aku dilepaskan,setelah dengan rela mendengar luahan hati Polis tadi.

12510261_905608672842032_8641186354584012482_n

Rupanya tak selesai lagi,Salah seorang wartawan kad medianya masih ditangan polis, Wartawan sudah masuk didalam kereta, wartawan itu nekad nak tinggalkan kad medianya, tetapi belum sempat nak tutup pintu, polis yang lagi sorang tu tahan tak bagi pintu tutup.Polis tu seboleh-boleh nak detail peribadi,number telefon dan apa-apa yang boleh dihubungi untuk rujukan.Sedangkan wartwan sudah memberikan Number HQ ChannelNewsAsia, tetapi seboleh-boleh Polis tu cakap ini prosedur, dan menerangkan kesalahan kami adalah menceroboh dan jika kami dilepaskan, apa polis tu nak jawab dengan orang atasannya nanti..itu aja kata-katanya berulang–berulang…berulang..sedangkan dah bagi number ChannelNewsAsia.Dengan nekad, aku suruh wartawan tu rampas kad media, pastu aku cakap kat Polis tu, Kami dibawa masuk oleh YB Fuziah, Ahli Parlimen Kuantan, Jadi apa-apahal cari YB. Polis sempat jawap, YB belum sempat nak bincang dah lari macam mana ?, kitorang dah mula rimas, nekad lagi,paksa tutup pintu,sambil cakap apa-apa cari YB.

Kami terus pecut keluar dari Kawasan pelabuhan,Dan Polis tu pun tak kejar.Mungkin letih sangat kot..hmm

IMAG1023

Ketika menuju ke Pantai Balok, terserempak dengan Kereta YB yang sedang menuju kembali ke pelabuhan, selang beberapa saat, YB call Wartawan, kononnya…Dia patah balik nak tolong keluarkan kita dari kawasan tu semula, sebab dia tengok kitorang tak ada belakang dia masa keluar tadi.Kitorang tak pergi dekat YB tu semula, kami terus pecut ke Pantai Balok, sampai dipantai, wartawan buat shoot sikit dekat pantai warna merah, aku gi jalan-jalan cari kulit kerang.Setelah selesai, wartawan sudah letih dan mereka trauma dengan kejadian di Pelabuhan tadi. Mereka tidak mahu bergaduh dengan Polis sebenarnya, tetapi hairan Polis bertindak sedemikian, itu seperti memaksa bukan SOP.

Ketika menuju ke bandar Kuantan,  jangan ingat KL je jem.Wartawan dapat panggilan dari teman media lain, mereka baru lepas PC dekat UTC Kuantan, berkenaan 4 pegawai PTG ditahan terbabit scandal Rasuah Bauksit.

Dan kami ketika itu 500 meter sahaja mahu sampai ke UTC,tetapi jalan sesak kerana 4 pegawai TERSEBUT.

  • Kejadian tidak semua dapat direkod, kerana atas faktor leselamtan ketika itu.
  • Ak

Operasi seludup wartawan luar negara ke tempat operasi bauksit

Pada 05/01/2o16 malam yang santai, tengah lepak-lepak mesej pun masuk, ada tugasan sukarela yang mencabar hari esok.

Tugasannya adalah, escort atau iring wartawan AL-Jazeera pergi ke kawasan yang terjejas bauksit. Waktu itu, bila ditawar untuk ke Tapak Bauksit, semangat berkobar-kobar, kepala otak pikir nak bertumbuk jer.

Pagi 06/01/2016, Mengikut perancangan, 3 Orang akan pergi mengambil wartawan Al-Jazeera di Airport Kerteh jam 6 pagi, Aku, syabab, dan kimi ( semua bukan nama sebenar ), tapi, aku dan kimi bangun lewat, maka, syabab pergi airport sorang-sorang.

Jam- 9 Pagi, krew wartawan sudah bersama syabab, mereka bersarapan di Tanjung api sementara menunggu kitorang sampai.Yang kecewanya, ketika aku dan kimi sampai. Kereta ALZA yang membawa rombongan krew telah pun penuh, hanya boleh naik seorang sahaja, iaitu kimi, bukan faktor aku gemuk, tapi, aku mengalah terlebih dahulu. Wartawan Al-Jazeera seramai 3 orang,dari England,Portugal dan Korea..( krik..krik..) cameraman, wartawan dan produser pun ikut sekali, jika ikut logik memang muat sebab kereta ALZA. tapi, kerana  alat-alat rakaman mereka pun canggih dan besar-besar belaka tempat duduk belakang dipenuhi alatan mereka sahaja.Aku pun pulang dengan hampa, sebab tak dapat pergi bertumbuk.

Malam 06/01/2016

Perkhabaran dari kimi setelah pulang, tiada sebarang gangguan, sebab wartawan pun hanya nak buat rakaman di kampung dan pelabuhan.cuma ketika di pelabuhan ada gangguan dari Polis, yang menyuruh rakaman serta temuramah dihentikan.video ketika polis datang ketika temuramah dijalankan.>https://www.youtube.com/watch?v=Ys1dC6TPnQc  dan..dan bukan setakat video aja yang ada, gambar pun dah viral, Polis yang garang ala-ala comey tu.

Jadi kejayaannya, Wartawan Al-Jazeera berjaya melaporkan sedikit dan merasai suasana seperti Marikh.

  • AK