Ops Seludup Wartawan ke Tapak penyimpanan bauksit.

 

OPS Seludup Wartawan  ChannelNewsAsia ke Tapak Perlombongan Bauksit.

12509685_905585032844396_882542106717802102_n

Gila babi viral, membuak-buak perasaan bila tengok polis pun beriya-iya nak back up dan melakukan tugasnya dengan garang.

IMG-20160108-WA0002

Aku di tawar lagi, untuk menyeludup wartawan masuk ke Tapak perlombongan bauksit, atau tapak projek atau tempat-tempat panas.ha..kali ni mencabar..

Pagi, macam biasa terlewat bangun lagi, wartawan dah pun berada di Kuantan menunggu kitorang. Wartawan kali ini 2 orang, dari Channel News Asia, dan Syabab tak dapat join kali ini, aku dengan kimi yang bertanggungjawab sepenuhnya terhadap keselamatan wartawan tersebut,macam hero pulak.

Kitorang terus ke Felda Bukit Goh, ikut pada perancangan wartawan, mereka nak buat liputan tentang pencemaran sungai dan operasi yang akan dihentikan selama 3 bulan.OK..point dah dapat, kitorang terus ke Felda bukit goh mencari salah seorang aktivis setempat yang kebetulan tinggal di berdekatan dengan tapak projek.

Cari punya cari, tak jumpa, sebab kampung macam tak ada orang, semua duduk dalam rumah, line pulak sangkut-sangkut tak berapa nak ada.

Kebetulan, nampak kereta TV3 tengah baik punya parking dekat depan kedai, rupanya wartawan tv3 dah pun interview beberapa peniaga sekitar. Jadi, tak berapa heranlah sebab ada lain wartawan lain, jadi tak risau keselamatan sangat.

ronda-ronda punya ronda nak cari aktivis tu tak jumpa, yang jumpa benda lain, terlihat ramai tonto,( Gangster jaga lori ) hilux,pickup 4×4 penuh  didepan pintu keluar tapak projek.Wartawan pun minta berhenti, mereka nak buat liputan disitu, mula rasa gigil jugak.tapi,salah seorang wartawan tu kata, dia ada nampak polis dalam kelompok tu, jadi tak perlu takut.

Aku pun keluar escort wartawan ala-ala bodyguard. Kimi standby dalam kereta, mata tak pandang kiri kanan, pandang bawah je.dalam kawasan parking lori tu, rupanya beberapa orang dari PTG ( Pejabat Tanah dan Galian ) sedang dikepung oleh pemandu-pemandu lori bauksit.menurut dari cerita asal, PTG datang telah menghalang hilux didepan pintu keluar lori bauksit untuk menghentikan sebarang aktiviti penghantaran ke pelabuhan,Kerana hari tersebut dimana berkuatkuasanya sebarang aktiviti berkenaan bauksit harus dihentikan selama 3 bulan.

ketika wartawan merakam macam-macam hinaan diberikan, mereka mempersenda wartawan dengan mengumpamakan kami sedang mencari nyamuk,saudara karam sikh walia,dan sebagainya.

Ketika menuju keluar dari kawasan tersebut setelah selesai shoot beberapa tempat , wartawan sempat menegur beberapa pegawai PTG tetapi mereka tidak berani mengeluarkan sebarang kenyataan selagi Polis tidak datang.ketika kami sampai memang ada 2 orang Polis, tetapi Polis ronda, Polis ronda itu sendiri sedang tunggu Pegawai berpangkat datang untuk selesaikan masalah Pegawai PTG yang dikepung ini.

Wartawan sekali lagi diusik dengan kata-kata herdik ketika menuju keluar dari tapak tersebut, dengan beraninya wartawan pergi menuju ke salah seorang yang mengusiknya. ” Saya wartawan, dan sedang mengumpul data serta berita untuk dikongsi diluarsana, ini adalah medium untuk saudara luahkan.” Wartawan itu menghulurkan Michrophone kepada lelaki tersebut, lelaki itu tidak mahu berkata apa-apa, lalu memberitahu tonto yang sedang duduk didalam hilux. Lelaki itu keluar dari Hiluxnya, Lelaki itu bertanya adakah kami dari TV3..Sah,, mereka jarang tengok tv, michrophone tu punyalah besar logo Channelnewsasia dorang boleh tanya lagi dari TV3 ke apa..

Jadi, pada asalnya Tonto itu tak nak berkata apa-apa, tetapi kenyataannya lebih kepada luahan hati yang terpendam.Tidak mahu ditemuramah tetapi mulut masih membebel.Dalam tidak sedar, dia sedang dirakam.Tonto itu membebel, mereka hanya pekerja kontrak, cari makan, kenapa ganggu periuk nasi mereka, tidak mahu undi PKR selepas ini..itulah kata-kata luahan hati yang amat sedih dari Tonto tersebut.

Luahan hatinya semakin panas, mula menjerit-jerit dan membuatkan suasana tegang, beberapa pemandu lori yang sedang mengepung PTG mula kearah kami, lalu mengepung kami, Suara tonto tadi semakin meninggi seperti sedang menghasut untuk melakukan provokasi.Salah seorang pemandu lori mula berkata kepada kami, lebih baik beredar kerana beberapa orang sudah mula marah.

kami terus keluar dari kawasan tersebut lalu menuju ke pekan kecil Bukit Goh, singgah sebentar di tempat cuci kereta untuk menemuramah pelanggan tempat cuci kereta tersebut, tetapi, pelanggan tersebut enggan memberi kerjasama.Sebaliknya, Tokey tempat cuci kereta itu pulak yang mahu ditemuramah.Mereka meluahkan, rezekinya bertambah apabila ada bauksit ini, kerana pada asalnya beliau hanya menjual kuih, kini buka tempat cuci kereta depan rumah semakin laris, tidak perlu membuat kuih lagi, satu hari dekat 20 buah kereta mereka cuci. Sebuah kereta RM12 pergh..mahu tak kaya….

Kami patah balik ke Felda Bukit Goh, menemui peniaga gerai makan,  temuramah pula dilakukan didapur bukan diruang depan atas faktor keselamatan. Aku hanya duduk didepan berbual-bual dengan seorang pelanggan didalam kedai tersebut, beberapa pelanggan  memberitahu, kenapa tak datang,belum ada wartawan datang malam.. , kalau waktu siang lori sedikit keluar masuk, lori aktif keluar masuk waktu malam katanya.Selesai menemuramah, Peniaga tersebut memberitahu kepada kami, keluar dari kedai mesti ada Tonto diluar.Menurut,peniaga tersebut sebelum ini kedainya didatangi wartawan dari Astro Awani, selepas Wartawan Astro Awani beredar, tonto tersebut mengambil gambar kedainya, seluruh sudut kiri dan kanan kedainya.Ternyata benar..ketika kami keluar, 100 meter dari kedai tersebut sudah pun terdapat Hilux berwarna hitam,cermin gelap seperti sedang memerhati kami.

Kami merasakan keadaan semakin merbahaya, kami terus keluar dari Bukit Goh secepatnya, Tonto tersebut telah mengekori kami sehingga simpang menuju kejalan besar.

Tempat seterusnya, kami mahu menuju ke Pelabuhan.Ketika dalam perjalanan, wartawan minta diberhentikan, kerana terdapat laluan belakang bekas lombong bauksit yang ditinggalkan, kami memasuki laluan itu dan ternyata benar, lombong itu tidak aktif, beberapa jentera di parkir, tiada orang sekitar tersebut.Wartawan membuat beberapa shoot sekitar tapak tersebut.

Selesai dari itu, kami menuju ke Pelabuhan.Ketika di pelabuhan, kami hanya membuat liputan dari dalam kereta, atas faktor kesihatan dan keselamatan. Tetapi,di ingkari cameraman, cameraman keluar dari kereta untuk mengambil shoot jentera sedang memindahkan bauksit ke dalam kapal.Sedang cameraman mengambil shoot, driver lori mula hon dan menunjukkan isyarat jari tengah, pemandu-pemandu lori yang ulang alik didalam pelabuhan mula tidak senang kehadiran kami.Selang beberapa minit, kehadiran kami dihidu oleh pihak polis.Pihak polis menghalau kami keluar dari  kawasan pelabuhan.

Tempat seterusnya, kami menuju ke Pantai Balok, pantai peranginan satu masa dahulu berdekatan pelabuhan kuantan.Belum sempat kami sampai ke Pantai Balok, Ahli Parlimen menawarkan diri untuk membawa kami masuk semula kedalam Kawasan pelabuhan melalui jalan lain, dan sedia untuk ditemuramah.hmmm..Ternyata memang ada jalan lain untuk masuk ke dalam pelabuhan, viewnya juga betul-betul sebelah tempat penyimpanan bauksit.

10411869_905608029508763_5357243384833256556_n

Ketika wartawan sedang menemuramah, sekali lagi Polis datang, dan kali ini lebih santun dan ketat.

YB sempat melarikan diri.

Aku dan rombongan terperangkap, Pihak Polis meminta surat kebenaran, dan bukti kad Media. Aku ditahan oleh salah seorang Polis, salah seorang polis lagi menahan kad media wartawan, cameraman dah masuk kereta, Kimi aku suruh standby dalam kereta untuk pecut.Polis yang tahan aku itu, bercakap sopan santun giler, dia tidak mahu wajahnya direkod katanya, sebab semalam kawan sekerjanya malu,dicaci dalam media sosial akibat tindakannya sendiri.Jadi,kononnya dengan sycho baiknya itu,dia harap video semalam jika kenal siapa yang upload tolong delete semula,kerana mereka cari makan kat pelabuhan tu,mereka juga mangsa bauksit.Tapi,jangan babitkan mereka,viral dan memalukan keluarga mereka..hmm itulah luahan sedih Polis tersebut mewakili kawan sekerjanya yang bercuti pada hari tersebut.Aku dilepaskan,setelah dengan rela mendengar luahan hati Polis tadi.

12510261_905608672842032_8641186354584012482_n

Rupanya tak selesai lagi,Salah seorang wartawan kad medianya masih ditangan polis, Wartawan sudah masuk didalam kereta, wartawan itu nekad nak tinggalkan kad medianya, tetapi belum sempat nak tutup pintu, polis yang lagi sorang tu tahan tak bagi pintu tutup.Polis tu seboleh-boleh nak detail peribadi,number telefon dan apa-apa yang boleh dihubungi untuk rujukan.Sedangkan wartwan sudah memberikan Number HQ ChannelNewsAsia, tetapi seboleh-boleh Polis tu cakap ini prosedur, dan menerangkan kesalahan kami adalah menceroboh dan jika kami dilepaskan, apa polis tu nak jawab dengan orang atasannya nanti..itu aja kata-katanya berulang–berulang…berulang..sedangkan dah bagi number ChannelNewsAsia.Dengan nekad, aku suruh wartawan tu rampas kad media, pastu aku cakap kat Polis tu, Kami dibawa masuk oleh YB Fuziah, Ahli Parlimen Kuantan, Jadi apa-apahal cari YB. Polis sempat jawap, YB belum sempat nak bincang dah lari macam mana ?, kitorang dah mula rimas, nekad lagi,paksa tutup pintu,sambil cakap apa-apa cari YB.

Kami terus pecut keluar dari Kawasan pelabuhan,Dan Polis tu pun tak kejar.Mungkin letih sangat kot..hmm

IMAG1023

Ketika menuju ke Pantai Balok, terserempak dengan Kereta YB yang sedang menuju kembali ke pelabuhan, selang beberapa saat, YB call Wartawan, kononnya…Dia patah balik nak tolong keluarkan kita dari kawasan tu semula, sebab dia tengok kitorang tak ada belakang dia masa keluar tadi.Kitorang tak pergi dekat YB tu semula, kami terus pecut ke Pantai Balok, sampai dipantai, wartawan buat shoot sikit dekat pantai warna merah, aku gi jalan-jalan cari kulit kerang.Setelah selesai, wartawan sudah letih dan mereka trauma dengan kejadian di Pelabuhan tadi. Mereka tidak mahu bergaduh dengan Polis sebenarnya, tetapi hairan Polis bertindak sedemikian, itu seperti memaksa bukan SOP.

Ketika menuju ke bandar Kuantan,  jangan ingat KL je jem.Wartawan dapat panggilan dari teman media lain, mereka baru lepas PC dekat UTC Kuantan, berkenaan 4 pegawai PTG ditahan terbabit scandal Rasuah Bauksit.

Dan kami ketika itu 500 meter sahaja mahu sampai ke UTC,tetapi jalan sesak kerana 4 pegawai TERSEBUT.

  • Kejadian tidak semua dapat direkod, kerana atas faktor leselamtan ketika itu.
  • Ak
Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s