Ekstremisme dan Hipokrasi Bukan Hanya Pada Agama

Aku dilahirkan dan membesar di negeri yang mula-mula sekali sampainya agama Kristian mazhab Katholik di tanah semenanjung pada abad ke-16 ketika Portugis menjajah.

Aku mungkin agak bernasib baik sebab keluarga aku sangat non-religious. Dan aku sendiri mula berfikir yang ada sesuatu yang tak kena dengan agama bila aku nampak dengan mata aku sendiri seorang paderi dari gereja kami ketika itu sedang membeli nombor di kedai Toto. Bukan ke Katholik mengharamkan judi, aku agak terkejut masa tu.

Macam semua non-Muslims yang masuk sekolah kebangsaan, telinga aku dihidangkan setiap pagi dengan doa yang bukan untuk orang-orang macam aku. Luar sekolah, terpaksa dengar azan 5 waktu yang jugak eksklusif bukan untuk aku. Lewat petang pulak, antara Maghrib dengan Isyak, kadang-kadang dengar suara maki-hamun dari speaker masjid. Tentang memerangi “musuh Islam”. Yahudi macam tu, Kristian begini, kapir semua laknat, bla, bla, bla.

Tingkatan 1 ke 3, masuk SBP Sains. Atas kuota 10% non-Bumiputra. Apa aku rasa masa itu, korang boleh faham-faham lah kot. Tulisan ni bukan pasal aku, jadi tak perlu aku cerita panjang lagi.

Semua kat atas tu buat aku membenci agama. Kemudian bila aku dewasa, aku kenal dan mentelaah atheisme. Sebenarnya aku geli nak letak ‘isme’ sebab ia berdasarkan lojik sains dan alam. Ia bukan ideologi atau anutan. Ia tak ajar aku membenci.

Iklim sosiopolitikal dunia sekarang sangat depressing. Kalau kau reti berfikir, dah tentu kau pun rasa benda ni. Dengan ISIS, serangan dan kekacauan kat Eropah sekarang malah kat Malaysia pun banyak benda-benda mengarut yang dihalalkan atas nama agama.

Kemudian ada orang-orang yang digelar New Atheist. Mereka ini pun ekstremis. Kalau tak percaya, cuba baca twitter feed Richard Dawkins. Malaon ni sebenarnya banyak jasa dia dalam menerangkan evolusi dalam buku-buku dia. Tapi perangai mangkuk ini sebenarnya sejak dulu lagi sangat ekstremis dan antagonistik.

Para pendokong New Atheism percaya agama patut diperangi habis-habisan. Dan salah satu sebabnya pandangan agama terlalu simplistik. Ini kelakar. Memerangi agama itu pun satu langkah sangat simplistik dan kebudak-budakan.

Macam ini sampai bila-bila pun bergaduh sesama sendiri dan musuh kita yakni sistem kapitalis terus kukuh.

Poin aku senang saja : kalau yang minoriti pun dah ekstremis, macam mana kalau mereka ni jadi majoriti nanti? Akan ada tirani majoriti (tyranny of the majority) jugak.

Updated 09:07. Betukan fakta.

(sambung bahagian 2 nanti)

-J

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s