Logo Cukong Press

Mula-mula aku nak mintak maaf lambat tulis benda ni. Da seminggu (mungkin lebih sikit) dari yang dijanji. Sebab kurang sihat + malas.

Seingat aku dalam bulan pertama kelahiran Cukong Press, kitorang belum ada logo. Tiba-tiba satu malam tu kitorang semua mimpi serentak. Semua mimpi sama – logo Cukong sekarang ni. Tu la dia kisahnya.

Tu versi malas nak cerita panjang.

Tapi memandangkan aku da cukup malas da sepanjang minggu ni, dengan jiwa yang kontang semangat kebangsaan, meh aku story panjang sikit.

Ada satu malam di awal bulan Februari 2015, kitorang actively tengah usha gugel imej, dsbnya untuk ilham buat logo.

Kitorang usha la logo-logo yang anarkis terutamanya, pakai. Banyak gila. Kitorang tertarik dengan yang ni:

image

Familiar tak logo atas tu?

Kitorang modify sikit dan jadilah logo Cukong Press yang korang kenal dan sayang. Rasanya korang pun sayang Cukong macam para penggerak kot. Sebab dia? Lebih 2.6 ribu likes, busuk-busuk pun ada la seribu yang serius kot? Thanks korang. Tapi jumlah yang beli… Haha. Tapi takpe. Mungkin ada yang tertunggu benda yang betul-betul korang minat dan Cukong belum buat lagi.

Jadi berbalik kat simbol squatters (setinggan) tu. Dia banyak dipakai (spray) kat bangunan-bangunan yang dioccupy  anarkis dan sosialis serta bermacam jenis orang miskin kat Eropah.

Maaf, kitorang bukan squatting kat mana-mana pun. Kitorg bayar sewa rumah kolektif kitorg. Mungkin sebab ada di antara kitorang biasa da fight untuk setinggan yang dirampas dan dirobohkan, jadi logo squatting tu rasa dekat di hati. Tapi teori aku jela, aku tak tanya pun Team Cukong yang lain nape masing-masing terus nak pakai logo ni masa tahun lepas tu.

Ok,  nak tahu lebih lanjut pasal simbol squatting tu dan simbol-simbol anarkis lain boleh la gugel sendiri.

-J

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s