TPPA dan GST dendam kesumat rakyat.

TPPA_PARLIAMENT_270116_TMISETH_01_najib_zahid_mustapa

 

by-  ( Aepool Kojack )

Sekarang belum heboh lagi tentang kesan TPPA terhadap rakyat,belum terasa lagi kesan-kesan TPPA,dan ianya baru khabar-khabar , serupalah masa GST awal-awal dulu. Yang bising-bising kebanyakkan aktivis, dan beberapa orang yang sudah memahami. Beberapa orang?.. ye, beberapa orang, lihatlah kepada demo bantah TPPA sebelum ni der, berapa kerat je yang turun, dan beberapa kerat tu lah, sering memegang kata-kata soekarno lah, che guevera lah,wiji thukul lah. Paling akhir ianya akan selesai di meja makan.  Kata-kata soekarno 10 Orang  Pemuda sudah tidak relevan lagi buat aktivis penentang di muka bumi Malaya ni, Ayat itu sudah dipakai UMNO ketika Perhimpunan Agung UMNO 2015. Dan Himpunan Bantah TPPA yang lepas melebihi 10 orang pemuda yang diam dan membiarkan berjuta lainnya terkesan akan permasalahan masadepan

Ini bukan revolusi, dan benarlah revolusi itu satu ilusi buat masa sekarang, Peranan rakyat itu bukan lagi kuasa besar untuk melawan penindasan. Rakyat sudah terlebih biasa menjadi kebiasaan menjadi manusia yang perlu kerja untuk hidup. Rakyat sudah terbiasa untuk menghargai keamanan walaupun kehidupan semakin terbeban.

Dah berpuluh-puluh artikel mengkritik rakyat sendiri berbanding mengajak rakyat itu bersama untuk melawan. Sekarang untuk ajak rakyat turun ke jalan adalah amat sukar, dan tidak dapat dijangkakan. TPPA adalah satu contoh, bagaimana TPPA itu tidak dapat memahami apa yang rakyat perlu tahu ? dimana kekurangan aktivis, gerakan dan beberapa NGO yang memahami kesan TPPA dalam membantu untuk menentang usul TPPA tersebut ?, Pergerakkan mereka akan lebih terancang dan teratur apabila kempen pilihanraya. Segala gerak kerja untuk meraih undi tersusun rapi, sanggup masuk pendalaman untuk meraih undi. Kenapa tidak kempen untuk TPPA mengikut cara kempen PRU ?

Sememangnya Parti Politik sudah tidak boleh dipercayai atau sudah tidak boleh di harap untuk menjaga kebajikan rakyat. Rakyat adalah harapan untuk merobohkan segala harapan-harapan kekayaan mereka. Mereka di Undi untuk mempertahankan kehidupan rakyat, menjaga segala kebajikan rakyat, jika TPPA itu adalah kebaikkan untuk rakyat? GST itu antara bukti kepentingan rakyat bukan lagi satu hal yang perlu di titik beratkan buat mereka. Jika mereka rasa sengsara seperti apa yang rakyat lalui pada hari ini, seharusnya pada logik akal, merekalah lebih awal akan menentang segala bentuk yang boleh mengugat kebajikkan rakyat.tetapi..ia tidak sama sekali. Kerana itu adalah perniagaan.

Ekonomi adalah kepentingan negara,Rakyat yang mengerakkan ekonomi.Tetapi,Pemerintah merasa keuntungannya. Ia ibarat, santan adalah rakyat,pemerah adalah pemerintah.

Tulisan ini bukan sahaja  cuba mengajak kesedaran, tetapi membetulkan kembali apa yang perlu kita betulkan melalui konsep kesedaran yang sebenar. Ini adalah realiti kehidupan manusia untuk melawan apa yang tidak perlu ada dalam kehidupan. Rakyat harus menyedarkan orang lain, membantu sesama lain dalam menyedarkan orang lain untuk melawan penindasan. TPPA masih sempat untuk ditentang jika para intelektual atau pun orang-orang penting bersama mengunakan peranan mereka untuk bersama menyedarkan orang lain dengan lebih tegas. Konsep melawan sudah tidak relevan jika kesedaran masyarakat masih ditahap acuh tak acuh. Itu antara sebab pemerintah mula bermain macam-macam propaganda untuk mempertahankan tindakan mereka daripada di tentang.

Masalah paling besar adalah ingin menyedarkan orang-orang yang merasakan melawan itu tidak perlu,Melawan itu di anggap rusuh, dan rusuh itu dianggap merosakkan kedamaian. walaupun orang itu sendiri adalah mangsa sistem yang korup. Dan sekarang dimana berita-berita panas berkenaan mengaibkan manusia lebih relevan untuk proses kesedaran berbanding menyedarkan orang berkenaan kesan-kesan masa akan datang apabila TPPA berkuatkuasa. Sebab itu, menteri-menteri sendiri sanggup mengaibkan diri sendiri demi menjaga kestabilan pemerintahan.

” SEKARANG,melawan kebijaksanaan itu bodoh,TERKINI,menjadi bodoh itu adalah kebijaksanaan.”-BELEK

Lihat kepada propaganda GST yang lepas, media dikawal, artis-artis digunakan untuk menerangkan rakyat, kempen mereka berulang-ulang kali keluar di media,ayat paling berkesan untuk memujuk rakyat yang sedang berfikir adalah dengan mengatakan ini untuk kebaikkan negara. Berapa ramai rakyat diluar sana sudah terdoktrin dengan keamanan dan bersyukur.

Agamawan pula sudah tidak lagi berperanan dalam sistem pemerintahan. Dimana ulama-ulamak ketika GST dilaksanakan? begitu juga dengan TPPA, Ulama sama seperti rakyat biasa yang masih tidak mengerti susur galur pemerintahan demokrasi yang sebenar. Mereka diajar dan belajar untuk membetulkan manusia,tetapi tidak belajar untuk membetulkan kepimpinan, Ulama lebih gemar mengumpul pahala-pahala kecil, berbanding melawan dosa besar.

Begitu juga dengan Artis-artis yang sibuk berkempen dan menyokong pelaksanaan GST pada awal-awal dulu. barangkali Mereka juga terkesan dan membebel didalam hati.siapa tahu kan?

kembali kepada Himpunan bantah TPPA, 84 undi bantah adalah terlalu sedikit jika berbanding berjuta-juta suara atau tindakan yang tegas berlaku pada himpunan yang lalu.Lihat..himpunan itu adalah satu desakan yang gagal.Ahli politik tidak bekerja keras untuk bersama kempen dalam himpunan bantah, Parti politik masih memilih isu dan memilih untuk berbalah dalam isu dalaman sendiri. Lihatlah, himpunan bantah itu sendiri mempunyai kebenaran Pihak Polis, dan perserta himpunan terpaksa mematuhi peraturan yang ditetapkan.

” Tiada lagi protes yang di panggil protes,Protes yang ada kini hanyalah sebuah perjumpaan dan program mengasah bakat.”-BELEK

GST dahulu, sebelumnya kurang pendedahan, pihak pemerintah lebih dahulu telah mengawal segala bentuk-bentuk kempen pendedahan awal. Sehingga pada hari ini, rakyat masih mengeluh dengan cukai yang dikenakan. Itu adalah kesan kepada masa lepas yang tidak berbuat apa-apa. Begitu juga dengan TPPA pada hari ini, begitu ramai orang diluar sana tidak memahami, dan akan terkesan apabila TPPA telah menguasai pasaran. Tunggu dan lihat atau bertindak dan sebar

Pemerintah melihat kepada kebaikkan untuk negara dan kepentingan ekonomi semata-mata. Pemerintah tidak melihat kesan atau kebaikkan untuk rakyat dimasa akan datang. Kerana itu adalah KEUNTUNGAN dan PERNIAGAAN.

Rakyat sudah tidak perlu tunggu Pilihanraya ke-14, ini adalah masa untuk mendesak dengan keras, apa cara sekali pun, melalui pencerahan,perlawanan atau protes besar-besaran untuk mengugut  127 perwakilan-perwakilan yang telah mengkhianati rakyat. Ini adalah waktu membalas dendam terhadap GST.

Jika terus diam..ANDA adalah Generasi yang gagal buat generasi masa depan.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s