Inside the invisible government: John Pilger on War, Propaganda, Clinton and Trump (bahagian 1)

[Diterjemah ke BM]

Wartawan Amerika, Edward Bernays sering disebut sebagai pencipta propaganda moden.

Dia yang merupakan anak saudara Sigmund Freud peneraju psycho-analysis, adalah pencipta terma “public relations” sebagai ayat sopan untuk kegiatan spin dan tipu-muslihat korporat.

Pada 1929, Bernays berjaya meyakinkan para feminis untuk mempromosi rokok untuk wanita dengan merokok di khalayak ramai di Perarakan Hari Easter New York. Satu perbuatan yang dianggap melampau ketika itu. Seorang feminis, Ruth Booth melaungkan, “Wanita, nyalakan api pembebasan! Lawan taboo jantina!”.

Pengaruh Bernays melangkaui dunia pengiklanan. Pencapaian terhebatnya adalah mempengaruhi rakyat Amerika untuk menyokong pembabitan dalam Perang Dunia Pertama. Menurut Bernays sendiri, rahsianya adalah “mengolah persetujuan” (engineering consent) rakyat demi “mengawal dan menundukkan [mereka] menurut kemahuan kami tanpa mereka sedar”.

Dia menerangkan ianya “pengawal sebenar  masyarakat” dan menggelarkannya sebagai “daulah/kerajaan terpendam” (invisible government).

Hari ini, daulah terpendam ini dalam keadaan sangat berkuasa dam kurang difahami. Dalam kareer saya sebagai wartawan dan pembikin filem, belum pernah saya alami propaganda yg begitu terpauh di dalam kehidupan kita seperti pada hari ini.

Bayangkan 2 buah bandar. Kedua-dua dibawah kuasa pihak tentera kerajaan negara masing-masing. Kedua buah negara ditawan oleh puak fanatik, yang melakukan kekejaman dasyat, seperti memenggal kepala.

Tetapi ada perbezaan yang ketara. Dalam salah satu serangan, tentera pihak kerajan digelar pembebas oleh wartawan media Barat yang berkobar-kobar melaporkan tiap serangan. Terpampang wajah askar dengan V-sign untuk kemenangan. Laporan kematian orang awam tidak dihebohkan betul-betul.

Dalam bandar kedua – keadaan yang hampir sama berlaku. Tentera kerajaan menyerang bandar yang dikuasai para fanatik yang sama.

Bezanya, puak fanatik yang ini disokong, dibiaya dan dibekalkan senjata oleh “kita” – Amerika Syarikat dan Britain. Hinggakan ada pusat media yang dibiayai Britain dan Amerika.

Satu lagi perbezaan, tentera kerajaan yang menyerang bandar kedua digambarkan sebagai pihak yang bersalah, dikecam kerana menyerang dan mengebom bandar tersebut. Bukan kah ini yang dilakukan tentera pengaman di bandar pertama?

Mengelirukan? Tidak berapa. Ini adalah double standards/hipokrasi asas yang merupakan inti kepada propaganda. Saya merujuk kepada serangan ke atas Mosul oleh tentera kerajaan Iraq, yang dibantu Amerika Syarikat dan Britain dan membandingkan dengan serangan ke atas Aleppo oleh tentera kerajaan Syria yang dibantu Rusia. Propaganda media memberitahu kita yang pertama itu baik manakala yang kedua tidak.

Jarang disebut media adalah hakikat yang kedua-dua bandar tersebut tidak akan ditakluk para fanatik agama jika Britain dan Amerika Syarikat tidak menyerang Iraq 2003. Jenayah perang itu dilancarkan atas penipuan yang sama dengan propaganda yang kini mengaburi pemahaman kita terhadap perang saudara di Syria.

Tanpa paluan gendang propaganda yang bertopengkan berita, ISIS dan Al-Qaeda dan Al-Nusra dan geng jihadis yang lain mungkin tidak akan wujud hari ini, dan rakyat Syria mungkin tidak perlu bertarung nyawa demi meneruskan kehidupan.

Ada di antara kita mungkin ingat pada 2003 bertubi-tubi para wartawan BBC cuba meyakinkan kita Tony Blair membuat keputusan yang dikatakan akan kita hargai dan bersyukur nanti – bersama dengan Amerika untuk menyerang Iraq – yang kini kita semua sedia maklum Saddam Hussein tiada satu pun WMD. Media Amerika membuat spin yang sama untuk mengolah keyakinan untuk George W. Bush. Fox News memperagakan Henry Kissinger ke hadapan kamera untuk memperkukuhkan penipuan Colin Powell.

Tahun yang sama, tidak lama selepas serangan dan penaklukan ke atas Iraq, saya merakamkan temubual dengan Charles Lewis, seorang wartawan penyiasat tersohor Amerika di Washington. Saya bertanyakannya, “Apa akan terjadi sekiranya apa yang dikatakan sebagai media paling bebas di dunia benar-benar mempersoalkan propaganda jijik?”

Dia menjawab jika wartawan membuat kerja mereka, “ada kemungkinan amat besar tidak berlaku perang di Iraq”.

Kenyataan mengejutkan itu disokong beberapa lagi wartawan terkenal yang ditanyakan soalan sama seperti Dan Rather dari CBS, David Rose dari The Observer dan para wartawan serta penerbit BBC yang meminta tidak dinamakan.

Dalam kata lain, jikalau wartawan benar-benar menjalankan tugas, jika mereka mempersoal dan menyiasat propaganda dan bukan memperkukuhkannya, beratus ribu lelaki, wanita dan kanak-kanak mungkin sahaja masih bernyawa hari ini. ISIS tidak ada dan tiada serangan ke atas Aleppo atau Mosul.

Juga tidak akan berlaku serangan ke atas London Underground pada 7/7/2005. Tiada berjuta pelarian dan tiada kem-kem yang tidak layak didiami sesiapa.

Selepas serangan keganasan Paris November lepas, Presiden Francois Hollande terus mengarahkan jet-jet mengebom Syria. Akibatnya aktiviti Jihadis bertambah atas ehsan ugutan Hollande, “tiada belas kasihan”. Hakikat yang keganasan daulah (state violence) dan keganasan jihadis saling mengapi-apikan, tidak pula seorang pun ahli politik berani akui.

“Bila kebenaran disenyapkan,” kata pemberontak Soviet Yevtushenko, “senyap itu adalah satu penipuan”

Serangan ke atas Iraq, Libya dan Syria semuanya berlaku kerana pemerintah di setiap negara tersebut bukan boneka Barat. Rekod hak asasi manusia seorang Saddam atau seorang Gaddafi tidak relevan dalam isu ini. Salah mereka kerana tidak kowtow kepada arahan dan menyerahkan kedaulatan negara mereka.

Nasib sama menanti Slobodan Milosevic bila dia tidak mahu menandatangan “perjanjian” yang menuntut Serbia dijajah dan dikapitaliskan. Rakyat Serbia dibom tentera penjajah dan dia didakwa di mahkamah antarabangsa The Hague. Kemerdekaan dengan cara begini tidak boleh diterima.

Seperti didedahkan WikiLeaks, hanya selepas Bashar al-Assad menolak projek saluran minyak yang melintasi Syria dari Qatar ke Eropah pada 2009, dia diserang.

Sejak itu, CIA merancang untuk menghancurkan kerajaan Syria bersama fanatik jihadis – mereka lah fanatik yang sama yang kini menahan dan menawan masyarkat Mosul dan timur Aleppo.

Mengapa ini tidak menjadi berita? Bekas pegawai Kementerian Luar Britain Carne Ross yang bertanggumgjawab menyelia sekatan ke atas Iraq memberitahu saya, “Kita beri wartawan makan cebisan-cebisan maklumat perisikan yang telah ditapis atau membekukan terus maklumat. Itu lah caranya”.

Barua sejati Barat, Arab Saudi – yang menjadi pelanggan tetap senjata US dan Britain bernilai berbillion dollar, kini sedang membedil Yemen, negara yang begitu papa kedana hingga separuh kanak-kanak negara itu kurang zat pemakanan – ini pun statistik sebelum perang.

Tengok sendiri di YouTube dan kita akan nampak bom-bom digugurkan atau dilancarkam ke atas orang-orang miskin, majlis perkahwinan malah pengebumian pun. Pengebom Saudi bekerja bersama-sama British. Fakta ini tidak pernah masuk berita waktu utama.

Propaganda paling berkesan bila keyakinan dan persetujuan kita  diolah oleh para cerdik pandai dari Oxford, Cambridge, Harvard, Columbia. Serta yang berkarier kerusi empuk di BBC, Guardian, New York Times, Washingtn Post.

Organisasi tersebut juga dikenali sebagai media liberal. Mereka menggayakan diri mereka sebagai telah mendapat pencerahan, penjaga semangat moral yang progresif. Mereka anti-rasis, pro-feminis dan pro-LGBT.

Dan mereka cintakan perang.

Sementara mereka bercakap atas nama feminisme, di masa sama mereka menyokong perang yang menafikan hak wanita yang tidak terkira jumlah mereka, termasuk hak untuk hidup.

Bersambung bahagian ii esok. Panjang sangat bhai.

John Pilger adalah seorang wartawan penyiasat (investigative reporter) yang tersohor. Dia melawan manipulasi media barat.

Kredit sumber: http://johnpilger.com/articles/inside-the-invisible-government-war-propaganda-clinton-trump

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s