​Pogo via 1995 / 1996 – The Year Punk Broke – Tun Farul Azri

Pogo via 1995 / 1996 – The Year Punk Broke
Dunia gerakkan bawah tanah Klang Bandar Di Raja yang dikuasai sepenuhnya dengan penggiat muzik Metal sejak era 80-an, mula dimasuki dengan elemen Punk dan Hard Core bermula era 90-an. Anak-anak muda jalanan mula mengambil bahagian dalam bidang penulisan dan penyebaran media fanzine yang lahir dari Klang seperti “Mind Paralyzed”, “Human Drama”, “The Rebels” dan beberapa nama lain lagi.

Segala-galanya bermula dari kisah semangat setia kawan di antara skateboarders dari Pelabuhan Klang, Andalas, Pandamaran, Kampung Delek, Meru, Kapar dan beberapa tempat lain lagi. Mereka sepakat membina perjananan muzikal berhaluan kiri dengan jenama dan selera masing-masing. The Piston dan Extraterrestrial adalah antara band awal berkonsep Punk/Rock yang wujud di Klang sebelum lahirnya era kegemilangan muzik di Klang dengan band-band seperti xSecond Combatx, Dash Own, Death Becomes Her, Kind, Infuse, Stick For Stand, The Lovecraft, Projekt Fiktion, Plastic Doll, Scuffle Opus, Switch Stance, Blockage, Expand Spirit dan beberapa nama lagi.. 
Ramai dari kalangan mereka-mereka ini yang berjaya sehingga mendapat pengiktirafan serta ‘air-play’ di corong-corong radio antarabangsa selain dari distribusi CD dan Vinyl oleh syarikat label antarabangsa di seluruh dunia yang mengekalkan konsep DIY Punk/Rock tanpa selling out!

Sekitar awal Y2k, mula kelihatan kolaborasi pemuzik Klang dan band-band luar seperti band Gets Sky Proper yang terhasil dari kolaborasi bersama band KLHC, Standstill dan Klang iaitu DBH. Pada waktu ini juga mulai wujud band-band baru yang lebih technical dari sudut susunan lagu dan bunyi rakaman yang lebih sempurna.
Hari ini, sahabat-sahabat dari kelompok ini masih ramai yang aktif bermain muzik dan masih aktif dalam gelanggang skateboard serta giat mempromosikan muzik mereka selain kempen-kempen positif untuk generasi muda walaupun hampir kesemua mereka kini telah bergelar ibu-bapa dan menjawat jawatan penting dalam pelbagai organisasi besar di tanah air selain ada yang telah menjadi usahawan berjaya dan menceburkan diri dalam pelbagai bidang agama.

CukongPress akan kongsi apa-apa sahaja artikel ilmiah dan bagus di kongsi bersama,dan tidak akan bertanggungjawab jika ada keceluparan penulis,kata-kata kesat dan pujian pujian di tuju sesiapa.Terima kasih

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s