Inside the invisible government: John Pilger on war, propaganda, Clinton and Trump (sambungan bhg 2)

(Diterjemah ke BM)

Pada 2011, Libya dimusnahkan atas alasan Muammar Gaddafi ketika itu mahu membunuh (genocide) rakyatnya sendiri. Media riak memainkan isu genocide. Namun tiada bukti. Ia satu penipuan.

Hakikatnya Britain, Eropah dan Amerika Syarikat mahukan apa yang mereka gelar “regime change” di Libya, pengeluar minyak terbesar Afrika. Pengaruh Gaddafi di benua itu dan terutamanya sikap tidak akur kepada kehendak Barat membuatkan diri dan negarannya tidak disenangi langsung Barat.

Pembunuhan Gaddafi yang didalangi Amerika, Britain dan Perancis disambut riak oleh Hillary Clinton yang seakan-akan bersorak di hadapan kamera, “Kami datang, kami lihat, dia mati!” (We came, we saw, he died!)

Kemusnahan Libya adalah kejayaan buat media. Tatkala gendang perang dipalu, Jonathan Freedland menulis di akhbar Guardian: “Walaupun risikonya tinggi, campurtangan ke atas Libya adalah harus”.

Invervention (campurtangan) – ayat yang bukan main sopan, selamat, perkataan olahan Guardian yang maksudnya untuk Libya adalah kematian dan kemusnahan.

Menurut rekod mereka sendiri, Nato melancarkan 9,700 serangan ke atas Libya. Lebih dari satu pertiga serangan ditujukan ke atas orang awam. Ini termasuk peluru berpandu berkuasa uranium (uranium warheads). Lihatlah gambar-gambar kemusnahan di Misurata dan Sirte dan kubur-kubur besar di mana mayat ditanam beramai-ramai (mass graves) yang ditemui oleh Palang Merah. Unicef pula melaporkan majoriti kanak-kanak yang terbunuh berumur bawah 10 tahun.

Akibat langsungnya, Sirte menjadi ibukota ISIS.

Ukraine adalah satu lagi kejayaan propaganda media. Akhbar-akhbar liberal yang kononnya boleh dipercayai seperti New York Times, Washington Post dan Guardian serta penyiar arus perdana seperti BBC, NBC, CBS, CNN memainkan peranan penting dalam membasuh minda penonton untuk menerima perang dingin baru.

Kesemua media tersebut memesongkan fakta di Ukraine untuk menggambarkan Rusia sebagai pihak bersalah, walaupun kudeta di Ukraine pada 2014 didalangi Amerika dan dibantu Jerman dan Nato.

Pemesongan realiti ini sangat menyeluruh sehingga ugutan ketenteraan oleh Washington ke atas Rusia langsung tidak diberitakan. Ia dikekang dek kempen memburuk-burukkan Rusia dan menakut-nakutkan warga dunia pasal Rusia – tidak ada beza dengan taktik ketika Perang Dingin dengan Soviet Union dahulu. Kini sekali lagi kita diwar-warkan kononnya Rusia mahu menghancurkan kita semua, dikepalai seorang Stalin baru yang digambarkan The Economist sebagai syaitan.

Penggelapan maklumat sebenar tentang Ukraine adalah salah satu “news blackout” paling menyeluruh yang saya ingat. Puak fasis yang menkonstruk kudeta di Kiev adalah puak sama yang menyokong serangan Nazi ke atas Soviet Union pada 1941. Tiada seorang pun pemimpin politik Eropah yang bersuara tentang kebangkitan fasisme anti-Semitik; semua menyepi fasal fasis di Ukraine. Hanya Vladimir Putin yang bersuara. Tapi sudah tentu suara Putin tidak diambilkira.

Media Barat bertungkus-lumus mahu kita lihat penduduk Ukraine yang berbahasa Rusia sebagai pendatang di negara mereka sendiri
, ajen Moscow, dan bukannya sebagai rakyat Ukraine yang mahukan federasi Ukraine dan menentang kudeta yang didalangi negara asing yang mahu menggulingkan pemerintah yang dipilih mereka.

Seolah-olah ada semangat kegirangan untuk para penghasut perang. Para penghasut di  Washington Post yang mengajukan sokongan terhadap perang dengan Rusia adalah ahli sidang editorial sama yang menerbitkan penipuan mengenai WMD yang tidak dimiliki Saddam Hussein.

Untuk ramai di antara kita, kempen pemilihan presiden Amerika adalah wayang seram, dan Donald Trump adalah antagonisnya. Akan tetapi Trump dibenci oleh puak yang berkuasa di Amerika bukan sebab sifat peribadinya yang buruk atau pendapatnya yang gila.

Untuk daulah terpendam Washington, sikap Trump yang diluar jangkaan dan sukar dikawal adalah penghalang kepada rancangan besar Amerika untuk abad ke-21 ini.

(Nota CukongPress: sila google pasal rancangan Pacific Century dan artikel pasal Pivot Asia oleh Hillary Clinton pada 2011)

Ini untuk menjamin dominasi Amerika Syarikat dan untuk menundukkan Rusia, serta, jika boleh, China juga.

Menjadi kebimbangan puak militaris Washington adalah ucapan-ucapan Trump yang kadang-kadang mengatakan mahu rundingan dan bukan perang dengan Rusia dan China.

Dalam debat pertama calon presiden dengan Hillary Clinton, Trump berkata tidak akan menjadi pihak yang terlebih dahulu melancarkan senjata nuklear dalam konflik. Ini yang dikatakan Trump, ” Saya tidak akan melakukan first strike. Jikalau alternatif nuklear digunapakai, habislah.” ( “I would certainly not do first strike. Once the nuclear alternative happens, it’s over”).

Kenyataan Trump itu gagal dilaporkan media.

Adakah Trump benar-benar serius? Tiada siapa tahu sekarang. Dia selalu menkontradiksi dirinya sendiri. Tapi yang jelas Trump dianggap ancaman serius kepada status quo yang dilindungi sistem, walaupun sebenarnya tidak mengapa siapa pun penghuni Rumah Putih.

CIA mahu Trump kalah. Begitu juga Pentagon. Media pun sama. Malah Parti Republikan yang mencalonkan Trump juga mahu dia dikalahkan. Trump adalah ancaman kepada puak pemimpin pro-establishment politik dunia. Tidak seperti Clinton yang terang lagi jelas bersuluh bersedia untuk berperang dengan China dan Rusia yang mempunyai senjata nuklear.

Clinton gemar bercakap besar dan memuji rekod birokratnya sendiri. Sememangnya rekod Clinton terbukti untuk disenangi semua pihak berkepentingan – sebagai senator dia menyokong pertumpahan darah di Iraq.

Apabila dia bertanding melawan Obama dalam pemilihan calon presiden Parti Demokrat pada 2008, dia mengugut untuk ” menghapuskan terus (obliterate)” Iran. Sebagai Setiausaha Luar Amerika, dia bersekongkol dalam penjajahan ke atas Libya dan Honduras serta mengepalai polisi mengumpan China.

Kini Clinton membuat akujanji menyokong Zon Larangan Terbang di Syria – satu provokasi perang terhadap Rusia. Clinton mungkin saja menjadi Presiden Amerika paling berbahaya dalam hayat saya – satu pencapaian tinggi kerana pertandingan untuk gelaran ini sengit.

Tanpa sebarang bukti dia menuding jari kepada Rusia kononnya menyokong Trump dan menggodam emelnya. Dibocorkan oleh WikiLeaks, emel-emel ini memberitahu kita apa yang Clinton cakapkan kepada yang kaya dan berkuasa adalah yang sebaliknya dia ucapkan kepada awam.

Sebab itulah Julian Assange perlu diugut dan didiamkan. Sebagai editor WikiLeaks, Assange tahu kebenaran yang disorok dan digelapkan. Izinkan saya jamin kepada kalian yang kisah, Assange sihat dan WikiLeaks sedang terus berfungsi sepenuhnya.

Hari ini kemaraan tentera dikepalai Amerika yang terbesar sejak Perang Dunia Kedua sedang berlangsung – di Kaukasia dan Eropah Timur, di sempadan Rusia dan di Asia Pasifik di mana China adalah sasaran.

Beringatlah apabila sarkas pilihanraya mencapai kemuncak pada 8 November, jika pemenang ialah Clinton, berbondong-bondong pecacai media akan meraikan pertabalan Clinton sebagai haluan progresif untuk wanita. Tiada siapa akan menyebut mangsa-mangsa Clinton: para wanita di Syria, wanita di Iraq, wanita di Libya. Tiada siapa akan beritahu kita tentang latihan ketenteraan di Rusia. Tiada siapa akan ingat Edward Bernays yang memperdayakan  golongan feminis untuk mengiklankan rokok.

Jurucakap media George Bush pernah menggelar media “pengukuh bersubahat”

Ayat-ayat dari pegawai tinggi di dalam pentadbiran yang penipuan dilindungi media dan membawa kesengsaraan dasyat, itu adalah amaran dari sejarah.

Dalam Tribunal Nuremberg 1946, pihak pendakwaraya berkata demikian tentang media Jerman ketika itu, “Sebelum tiap serangan besar, mereka menjalankan kempen media untuk melemahkan musuh mereka dan untuk mengolah kesediaan psikologi rakyat Jerman untuk serangan itu. Dalam sistem propaganda saluran berita adalah alat terpenting”

John Pilger adalah wartawan penyiasat (investigative reporter) yang tersohor. Dia melawan manipulasi media Barat.

Kredit sumber: http://johnpilger.com/articles/inside-the-invisible-government-war-propaganda-clinton-trump

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s