Bunker Bawah Tanah KLKL- By Koye

(Tulisan ini gagal disiapkan untuk projek buku KL Lagenda Urban Yang Digelapkan dan tidak akan disiapkan. Kira “outtake” ni.)

image

Sebagai orang yang anti-militari kompleks, sebab militari ini sama macam jual insurans, jual-beli benda yang kita tidak perlukan jika kita faham helah perebutan kuasa dunia, pelik juga bendalah yang banal atau “meh..” macam terowong bomb shelter atau bunker pun boleh buat curious. (dan berapa je boleh diselamatkan/dapat perlindungan dalam bunker dalam situasi perang?)

Bercakap mengenai bunker, di tengah-tengah KL terdapat satu kawasan bawah tanah yang terletak di bawah tanah Jalan Raja Chulan, berhampiran Muzium Telekom.

Berkat bantuan Google, Team Cukong  percaya terowong dibangunkan oleh pihak British lama dahulu dan menghubungkan Bukit Nanas, Muzium Telekom dan mungkin ada pintu berhampiran dengan sekolah atau gereja St. John.

Team Cukong ada tanyakan hal ini kepada beberapa rakan yang kami rasa patut tahu apa yang kita semua tak tau, tapi mereka bagaimanapun menafikan hal ini kecuali yang ada hanyalah sebuah terowong yang menghubungkan Muzium Telekom dan Menara Telekom.

Bagaimanapun ada saksi yang  ditemui pernah memasuki bunker ini memberitahu, terdapat satu kawasan bawah tanah yang luas seperti padang bola di bawah di antara Jalan Raja Chulan dan Jalan Gereja dengan ketinggian ketinggian lantai ke bumbung lebih kurang 2 meter.

Keseluruhan ruang diterang dengan lampu kalimantang dan kabel dipercayai talian komunikasi berselirat pada dinding-dinding ruang bawah tanah itu.

Salah satu pintu masuk untuk ke bunker ini terletak di Muzium Telekom, namun cuba Team Cukong untuk mendapatkan sekurang-kurangnya bukti lisan menemui kebuntuan.

*tulisan ni tidak disiapkan sebab tidak cukup maklumat/ tidak cukup menarik.

Kalau nak baca artikel macam ni yang jauh lagi best dan yang penting, berjaya disiapkan, beli la buku KL Lagenda Urban Digelapkan oleh #TeamCukong, terbitan #CukongPress.

image

image

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s