Koro, Konek, Zakar, Panik, Epidemik, Pencakar Langit, Lingam – bahagian i

Oleh Jon

Jika amuk dianggap satu epidemik mental yang tertumpu di sekitar Nusantara terutamanya orang Melayu, ada satu histeria beramai-ramai yang tertumpu di Asia dan Afrika.

Siapa tahu istilah penis panic dalam Bahasa Melayu, istilah bahasa pasar ke atau dalam loghat? Tolong bagi tahu supaya aku tahu dan aku boleh edit agar semua orang tahu. Tapi tak apa lah, sekarang aku tulis je terma tu dalam Bahasa Inggeris – penis panic.

Sebenarnya ada istilah Indonesia —koro. Tapi dah tentu orang lagi senang ingat dan lebih jelas kalau sebut penis panic. Koro datang dari perkataan kura-kura. Seekor kura-kura menyembunyikan leher dan kepala apabila dalam keadaan takut atau terancam.

Rasanya dah boleh agak dah penis panic ni epidemik yang macam mana kalau belum pernah tahu.

Singapura 1967.  Masih sebuah pulau bekas sarang lanun yang baru kenal kapitalisme. Parti Tindakan Rakyat (PAP) dan UMNO Singapura (serta Malaysia) saling bermain api perkauman untuk berebut kuasa dan bahagian pai ekonomi. Kaum Melayu dan Cina kian saling mencurigai sesama sendiri.

Bermula dengan media tempatan yang memberi liputan kepada khabar angin sebahagian besar stok daging babi pulau itu telah dicemari wabak cholera. Mitos disebarkan mengenai seekor babi yang dijangkiti wabak itu dalam keadaan zakarnya termasuk ke dalam badan seperti kepala kura-kura. Orang ramai yang telah makan babi ketika dan tidak lama sebelum cerita itu tersebar mula risau tentang alat sulit mereka – sehingga ramai yang panik dan meragui saiz mereka.

Histeria ini bertambah dengan khabar angin orang Melayu telah meracun daging babi untuk membunuh orang Cina.

Macam dah ditulis tadi, mass panic ini berlaku dalam keadaan sosioekonomi yang membebankan dan ketegangan antara kaum – saat paling getir dalam sejarah Singapura. Zuriat dan nyawa – kedua-dua insiden berita palsu telah menyerang dua perkara terpenting dalam minda manusia sehingga terjadi kegilaan penis panic. Sebanyak 500 kes koro/penis panic dilaporkan terjadi masa itu.

Penis panic ini bukan penyakit minda sekelompok yang one-off. Pelik dan menariknya, macam kebanyakan jenis histeria, ia berlaku pada negara atau benua atau ras tertentu sahaja.

Sejak lelaki mula ada zakar, sejak itu dah takut alat itu hilang. Catatan sejarah terawal epidemik minda ini pada 400 SM di China. Suo-yang tercatat dalam perubatan tradisional China.

Sebuah kes yang paling pelik epidemik ini berlaku di Ghana. Seorang anthropologis Canada, Charles Mather bersama isterinya sedang menjalankan penyelidikan di Utara Ghana. Mather menjadi saksi kejadian seorang lelaki bernama Azure yang mendakwa zakarnya dihilangkan seorang lelaki bernama Atanga.

(Bersambung bahagian ii sebab aku baca artikel cakap attention span korang maksimum 400 patah perkataan je. Ni pun majoriti korang takde ADHD)

Rujukan: Blog Remember Singapore, artikel laman VICE, keributan dalam otak.

Kredit khas kepada rakan seCukong, Kolo Kolo sebab nama dia buat aku teringat kat bendalah koro ni.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s