Kebosanan: pengukuhan dan perlawanannya; Taylorism, Counterculture, Ford, Punk dan dua atau tiga atau empat benda lain lagi.

image

                      oleh – jon

Ada roh yang menyelubungi segenap sudut dan ruang hidup dan manusia itu sendiri – roh kebosanan.

Manusia tidak lagi menjalani hidup yang menggembirakan dan memberi kepuasan kerana kita terikat dengan rutin harian terutamanya bekerja. Sampai dah jadi parah sangat dan melumpuhkan sifat manusia sebenar. Keterasingan atau alienation terjadi.

Salah seorang penggerak Situationist International, Raoul Vaneigem telah menulis dalam The Revolution of Everyday Life bahawa, “No more Guernicas, no more Auschwitzes, no more Hiroshimas.. Hooray! But what about the impossibility of living, what about this stifling mediocrity and this absence of passion? Let nobody say these are minor details or secondary points” – “Tiada lagi tragedi seperti Guernica,Auschwitz atau Hiroshima..Bagus lah! Tapi macam mana dengan keterdesakan hidup, kebosanan yang mematahkan semangat, kekosongan jiwa? Janganlah sesiapa remehkan benda-benda ni.”

Idea-idea daripada buku-buku Guy Debord dan Vaneigem dijadikan slogan-slogan dan grafiti yang mencantikkan dinding dan tembok sekitar Paris pada Mei ’68 yang berbunyi seperti, “Kita tidak mahu dunia yang tidak ada yang mati kebuluran sekalipun namun membawa risiko untuk mati kebosanan” dan “Kebosanan adalah anti-revolusioneri”.

Walaupun kebangkitan Mei ’68 tidak bertahan lama,dan kemudian pendukung Situationist seperti Guy Debord sendiri telah melupuskan idea-idea Situationist ke buku sejarah sekitar awal 70-an, namun counter-culture masih subuh hingga ke hari ini.

Subculture muzik punk dan genre-genre muzik yang berbaur politikal dan protes berterusan untuk menyambung semangat Mei ’68. Budaya DIY, anarko-punk, graffiti, syndicalist dan aksi anak muda lain terus menghidupkan semangat mengkritik dan melawan rutin dan penerimaan masyarakat. Melawan musuh yang melalaikan dan mendodoikan manusia dari menuntut kebebasan dan keadilan, keilmuwan dan kesenian – kebosanan.

Sejurus lepas Mei ’68, anak-anak muda proto-punk dan kemudiannya punk juga terus memekak pasal kebosanan.

Tiga tahun kemudian, Jamie Reid yang dipengaruhi oleh Situationist, telah mmbuat poster untuk lagu band Sex Pistols, “Pretty Vacant”. Poster itu ada dua buah bas bandar – di mana salah satu destinasi adalah “Nowhere” manakala yang sebuah lagi ‘menuju’ ke “Boredom”.

Seperti yang pernah dikatakan oleh pengkaji sejarah muzik Jon Savage, stail dan rentak punk pada amnya merupakan protes terhadap kebosanan. Kebosanan menjadi kata kunci dan pemangkin untuk menghidupkan semangat punk. Melawan kebosanan dan skema adalah propaganda utama punk.

The Clash turut sama membebel pasal kobosanan hidup dalam lagu ” London’s Burning” tentang televisyen, kekontangan jiwa sistem perumahan awam, dan betapa bosan nak mampus hidup ikut sistem.

Menurut History Of Boredom,  Kebosanan hidup mula digunakan sebagai tema dalam karya fiksyen dan puisi pada abad ke-18. Ketika itu adalah zaman peningkatan mendadak kapitalisme modern dan modernisme.Konsep-konsep macam birokrasi, rasionalisasi, kecekapan (efisiensi),  penseragaman (standardisation) mula bertapak maka tak hairan semua ini menjadi racun untuk membunuh kegembiraan manusia dan menggantikan dengan kebosanan.

Apabila kita merenung kembali sejarah ketamadunan dunia, kita boleh nampak makin lama kita wujud makin mendadak kebosanan diinstitusikan atau dipaksa ke dalam kehidupan seharian. Institusi adalah berlawanan dengan wujudiah manusia – yakni manusia tidak dapat bergerak dan mengambil bahagian dengan bebas, bermakna dan riang dalam kehidupan seharian.

Daya fikir, rancang dan cipta dipisahkan dengan kerja buruh atau manual labour. Konsep yang diinstitusikan ini dipanggil Taylorism sempena Frederick Taylor.

Hampir segala aspek hidup terpaksa menurut ketetapan sistem dan konstruk sosial. Contohnya mereka yang berada di paling bawah lapisan hierarki sosioekonomi – semua perasaan seperti suka, benci, marah dan segala elemen emosi peribadi –  terpaksa dipendam apabila bila bekerja.

Henry Ford yang mengajukan konsep pengkhususan kerja dalam assembly line kilang. Hari ini sekolah-sekolah menjadi kilang menghasilkan manusia yang membosankan yang terus menambah kebosanan semua orang. Individualiti dan kreativiti diketepikan atas sebab mementingka  kecekapan.

Vladimir Lenin sendiri seorang peminat konsep Taylorism yang tidak Sosialis. Dia menekankan penerapan konsep ini dengan organisasi pentadbiran Soviet Union – konsep pecah dan perintah atau divide and rule.

Sedang Ford dan Taylor masih mengukuhkan idea dan konsep kebosanan mereka, gerakan-gerakan radikal terutamanya Industrial Workers of the World (The Wobblies) yang mula bergerak tahun 1915. The Wobblies menggunakan taktik sabotaj.  Seperti Situationist enam puluh tahun kemudian, mereka juga menggunakan slogan, puisi dan sastera, lawak, parodi, kartun dan segala macam kreativiti dalam aksi mereka.

Walaupun teori dan taktik yang digunakan dari The Wobblies ke Situationist ke anarko punk hingga ke hampir apa saja countercultureadalah  sama – yang membezakan adalah penambahbaikan, pembaharuan dan penerusan- evolusi. Mereka tidak berminat dengan penyembahan mayat Lenin. Tidak mempertahankan bulat-bulat teori dan falsafah tanpa mengikut peredaran zaman. Tak macam pentaksub Leon Trotsky.

Masyarakat yang kontang dan membunuh keseronakan, yang menerap dan mengukuh kebosanan sebagai rutin kehidupan adalah pembunuh perkembangan tamadun manusia.

Pesta DIY berbentuk muzik, seni lukis,teater, kerja tangan, street art atau apa saja hanya akan menarik minat lebih banyak orang turt serta di samping melakukan aktivisme. Kebosanan adalah anti-revolusioneri jika lawan kepada kebosanan juga adalah membosankan.

“If I can’t dance, I don’t want to be a part of your revolution” – Emma Goldman

Advertisements

One thought on “Kebosanan: pengukuhan dan perlawanannya; Taylorism, Counterculture, Ford, Punk dan dua atau tiga atau empat benda lain lagi.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s