Catatan ringkas pasal post-rock dan tajuk ni ikut stereotaip tajuk lagu post-rock panjang nak mampus (walaupun cuma dua tiga bands buat macam ni)

(oleh jon. orang lain mana?)

Aku banyak menGoogle sebelum tulis artikel ni. Boleh tahan banyak jugak artikel pasal genre yang dipanggil “post-rock”. Aku jenguk juga entri kat Wikipedia.

Sering jugak ada yang melonggokkan kesemua band yang main instrumental rock yang ada perubahan dinamik bunyi mendadak dalam lagu yang berjudul panjang dan berdurasi lagi panjang – banyak yang lebih 10 minit.

Masalahnya bukan semua so-called post-rock bands macam Tortoise yang ada elemen jazz. Atau macam Godspeed You Black Emperor! yang membikin album-,alnum berkonsep dan teater-rock. Bukan semua macam Mogwai, walaupun band ini dan Explosions In The Sky sering dianggap bands yang ” mewakili” genre ni. Mono, Toe, Envy, Isis (bukan pengganas ), serta Damn Dirty Apes dan Deepset dari Malaysia juga dicop atau dilonggok atau claim post-rock. Selalunya bands ni cuma ikut suka hati dan citarasa dan emosi dan apa saja faktor persekitaran yang mempengaruhi proses kreatif, macam genre lain pun.

Tapi semua ditampal label post-rock.

Masalah identiti jelas post-rock berpunca daripada kewartawanan malas – suka mencipta perkataan atau frasa sendiri apabila tidak faham atau malas memikirkan dengan mendalam.Inilah punca kecelaruan label ini. Paling celaka ada pula band dicop postrock hanya sebab mereka main instrumental.

Dalam evolusi, akan ada peningkatan dan pembaharuan yang tak ikut pergerakan linear atau tak ada corak yang nyata. Tak konvensyenal (ada ke perkataan ni?).

Jadi post-rock memang tak ada ciri penentu identiti yang senang kita nak cam.

Hanya sebab gitaris pakai efek reverb, atau berderet penuh pedalboardnya tak automatik menjadikan lagu postrock. Juga bukan kerana instrumental. Ada nyayian atau suara tak menjadikannya tak post-rock. Ada elemen perubahan dinamik perlahan ke laju dan keras ke lembut bukan hanya pada genre ini. Hanya sebab ada gitar akustik juga tak bermaksud tak post-rock.

Definisi post-rock bagi aku mungkin hanya boleh rasa bila dengar. Melalui rangsangan kepada deria dan minda.

Bukan hanya bunyi yang kita “dengar”. Kita akan membayangkan, berfikir, atau cuma mengelamun. Paling best – tiada maksud tetap. Semua yang mendengar bebas menafsir atau tidak menafsir.

Bila dengar pop, rock, hip hop, metal, punk, grunge, psikedelik, etc – semua tu kita boleh terus feel dia genre apa. Post-rock jugak macam ni. Cuma ada sesuatu yang lebih. Aku pun tak tahu terangkan. Mungkin sebab aku biased.

Bands macam Mogwai dan Explosions In The Sky tidak mahu dilabel post-rock. Mogwai dengan sinisnya, “Post what? Rock music is rock music“. Manakala EITS pula kata mereka tidak ambil pot sangat cuma persamaan mereka dengan Mogwai cuma pada minat kepada band Slint – band pertama yang dilabel post-rock.

Apapun, perkataan yang selalu ramai orang cakap pasal post-rock adalah epik.

Jika genre shoegaze adalah ‘the scene that celebrates itself‘, aku rasa post-rock tu ‘epic celebration of human emotions‘. Epik itu bukan terletak pada genre.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s