“Nak kena turun demo ke nak dapatkan perubahan?”- By Hadri Shah

​Tak jarang apabila aku mendepankan idea, pandangan dan kritikan aku dalam platfom penulisan, ramai merespon berupa bentuk soalan “habis tu, apa solusinya?” ataupun “nak kena turun demo ke nak dapatkan perubahan?”.

Seolah-olah langkah langkah penyelesaian yang depa semua tunggu-tunggukan tu boleh melukiskan pelangi di kaki langit pada esok hari.
Profesor Noam Chomsky berkali kali menceritakan zaman The Great Depression di Amerika tahun 1930an dimana kaum tertindas (kelas pekerja) sentiasa yakin akan adanya   dunia yang lebih baik walaupun keadaan mereka pada saat itu seumpama hidup di neraka.

Kepercayaan.

Itu sebenarnya yang sentiasa membakar api pemeberontakan sang tertindas.
Memberontak kerana mahukan hidup yang lebih baik. Memberontak kerana mahukan kebebasan dari perbudakkan. Memberontak kerana mahukan kesamarataan. Memberontak kerana mahukan ketidakadilan ditumpaskan.

Lalu mengapa ada kawan-kawan kita yang punya masa senggang tergamak menulis panjang panjang tips-tips berjimat di kala keadaan ekonomi-sosial yang menekan-nekan?
Macam-macam tips diberikan; dari mula menabung ke sifat mula mencintai pelaburan, menahan diri dari berbelanja walaupun pasaraya menawarkan diskaun, tukar selera fesyen dari H&M ke gedung pakaian Mydin, sehinggakan ada nasihat yang terburu buru mengarahkan kita menunggang kapcai dari mencita-citakan memandu Honda City. 
Semua itu adalah cara paling afdal mengharungi kehidupan sekarang yang semakin perit.
Pada pandangan kamu, apakah nasihat begini semua mampu menyelesaikan masalah? Apakah ini satu-saty caranya membereskan kegersangan,kesempitan yang kita tempuhi?
Mengapa kesekian kali apabila kecelakaan berlaku, sekerap itu jugalah kawan kita tu memujuk kita dengan berpuluh puluh tips yang tak masuj akal? 
Mengapa nasihat nasihat bodoh ini ditulis untuk didedikasikan kepada kita, masyarakat yang bekerja selama 8jam di pejabat pada siang hari dan kemudian menjadi pemandu Uber di sebelah malam pula?
Jadi, perlukah kita menunggu pilihanraya untuk mengubah situasi sekarang? Tidak semua perkara mampu dipulihkan dengan sekeping kertas undi. 
Kerana demokrasi “memberi undi” adalah sejenis demokrasi palsu yang menafikan partisipasi seluruh kelas masyarakat dalam mengambil bahagian dalam urusan mengurus tadbir, sebaliknya memperkasakan jangka hayat politikus elit.
Setiap idea tentang kebebasan, cita cita akan kesamarataan, keadilan, pengukuhan demokrasi mesti memerlukan keterlibatan anggota masyarakat itu sendiri.


Ianya tidak boleh berhenti di satu tahap bahkan ia mesti berombak progresif sesuai dengan perubahan yang berlaku dalam komuniti masyarakat.
Maayarakat tidak memerlukan pujuk rayu berupa tips acah-acah positif dari kawan-kawan kita tu.
Yang diperlukan masyarakat saat ini ialah kepercayaan pada diri sendiri akan hadirnya hari yang menyaksikan ranapnya kecelakaan.
Masyarakat sendirilah yang mesti sedar akan kepayahan ini bukannya datang kerana sifat malas mereka, tetapi kerana aturan sistem ciptaan kaum yang memiliki pengaruh dan kuasa wang.
Mereka mesti mula berpesan pesan akan kesabaran dalam merancang merebut semula dunia ini, bukannya berpesan pesan akan kesabaran palsu yang teramatlah meloyakan!

CukongPress akan kongsi apa-apa sahaja artikel ilmiah dan bagus di kongsi bersama,dan tidak akan bertanggungjawab jika ada keceluparan penulis,kata-kata kesat dan pujian pujian di tuju sesiapa.Terima kasih

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s