[Artikel] The Moon Is Down

image

Oleh Kafir RB

Ini bukan tulisan BI. Tajuk je. Sebab aku degil. BM tetap aku anggap bahasa yang lebih sesuai  untuk anak semua bangsa sini. Penguasaan BI even among the English-speaking urbanites isn’t much to shout about. At best, rigidly textbook-like and stingy on nuance. Having said that, I won’t even bother zipping up my nonexistant flame-proof suit.

So I digressed.

Minggu lepas fenomena Supermoon. Serentak aku teringat dua benda. The Moon Is Down. Nama lagu band Explosions In The Sky (EITS) yang dicilok dari tajuk novel John Steinbeck.

Terus-terang, sastera klasik da lama aku tinggalkan. Terus-menerus lagi terang- benderang, dulu aku baca buku yang ni pun sebab terjumpa buku tu kat kedai buku terpakai. Murah punya pasal.

Tapi sekali lagi aku dah lari sikit ni.

Aku bukan nak cerita EITS mahupun pasal militari. Bukan jugak nak review buku Steinbeck tu. Maaf la, seorang non-writer macam aku tulis ikut flow apa dalam kepala otak. Pergi mampus dengan susunan dan tema.

Karya John Steinbeck yang ini kurang popular. Ramai orang hanya kenal/baca buku Grapes of Wrath.

Sejak dua minggu ni habis viral sedunia pasal The Simpsons kononnya ‘ramal’ dengan tepat kemenangan pilihanraya Donald Trump 16 tahun lepas. Kecoh pasal placard ‘Donald J Trump for President’ dalam video Rage Against The Machine tahun 1999 untuk lagu ‘Sleep Now In The Fire‘.

Macam-macam jenis spektra dilemparkan kepada kita. Termasuk Supermoon yang di-overhyped. Manusia makin tahu banyak maklumat, makin bercelaru fikiran. Teralih pandangan kita.

Tapi untuk aku, yang banyak bantu fahamkan aku pasal situasi dunia – apa yang sudah, sedang dan akan berlaku dalam jangka masa sederhana ni, hanya sebuah karya tidak berapa popular dari Steinbeck. Terutamanya pasal propaganda yang “baik”.

Rata-rata orang anggap propaganda membawa maksud buruk je. Hampir semua orang akan kata ia manipulasi jahat semata-mata.

Dalam buku tu, sebuah kampung fiksyen di  negara fiksyen yang mengambil sikap neutral tatkala Eropah berperang, ditawan dengan mengejut oleh tentera fasis. Demokrasi yang mereka yakini memberi kebebasan mutlak diasak tiba-tiba oleh autokrasi.

Novel Steinbeck ini walaupun ditulis sebagai propaganda untuk meraih sokongan masyarakat kepada tentera pihak Bersekutu semasa Perang Dunia Ke-2, namun Steinbeck dengan licik memesongkannya dengan elemen-elemen tersirat.

Kalau ada propaganda yang lari dari stereotaip, dan berniat positif,  contoh terbaik barangkali novel ini.

Steinbeck memesongkan propaganda jahat perang menjadi propaganda keamanan. Keamanan yang kita mahu tidak akan hadir tanpa konflik dan chaos. Orang kiri kata kontradiksi melahirkan yang baru – sama ada for better or for worse.

Bahagian awal cerita ni agak ” farcical“. Naratif peperangan dan kematian diceritakan oleh penulis semacam tidak tragik dan hampir macam komedi gelap.

Aku rasa filem Malaysia, Lelaki Harapan Dunia seolah mencedok elemen dari The Moon Is Down; komedi gelap tentang level bangang yang kita manusia yang kononnya benda hidup teragung mampu capai dan sarat dengan Murphy’s Law. Aku rasa la. Hanya yang tulis cerita, lakon layar dan pengarah yang maha mengetahui benar atau falasi apa yang aku agak ni.

Steinbeck memanipulasi cerita yang sepatutnya serius menjadi lawak. Kedua-dua pihak tentera dan orang-orang kampung membuat benda bangang dalam situasi panik.

Dia menganjing perang dan kebebalan manusia yang anggap keamanan itu hak mutlak yang datang tak perlu dipertahan mahupun diperoleh.

Watak-watak tentera fasis meminta tolong selepas cedera bertempur. Secara sinis, ini menggambarkan mereka juga manusia yang memang manusia macam kita semua. Bukan manusia Aryan yang konon ada ketuanan (supremacy) ke atas bangsa manusia lain. Mereka dan juga Jamal Hidung Merah a.k.a Jamban Kebal tidak kebal.

Kita juxtapose-kan dengan situasi dunia mutakhir ni. Terlalu banyak persamaan.

Kerana tidak kira kita ini polis atau rakyat biasa, orang urban atau kampung, pengundi BN atau pengundi PR/PH, pengundi Trump atau pengundi Clinton, mat rempit atau LGBTQ – kita semua mangsa sistem; ketamakan dan keangkuhan kuasa dan ekonomi.

Ada satu lagi peristiwa berlaku pada 8 November 2016. Barangkali lebih penting dari spectacle Jamuan Coke dan Pepsi pada hari sama.

Peristiwa ini berkongsi tarikh dengan Pilihanraya Presiden di US. Lalu mudah kita terdodoi dari mengetahui satu sidang penting yang menentukan halatuju jangka masa panjang. Bukan pasal TPPA tapi Persidangan World Meteorological Organisation (WMO) pasal perubahan iklim dunia.

Laporan WMO amat menyuramkan.Saban tahun sejak 2011, berlambak rekod-rekod cuaca dan suhu dipecahkan; sama ada paling kering, paling basah, terpanas, tersejuk. Jauh lagi banyak dari rekod-rekod bodoh yang mahasiswa IPTA (terpaksa) buat.

Bila da tahu dan faham betapa masa depan planet ni bergantung pada laporan dan konklusi sidang WMO, lagi lah nampak tidak ada beza pun kalau Clinton menang walaupun dia guna retorik pasal climate change manakala Trump dan majoriti Parti Republikan tidak faham atau acah tak percaya demi para pemodal dalam isu ini.

Macam ni la. Adakah Obama yang kononnya presiden paling kisah pasal isu ini telah mengotakan Protokol Kyoto yang ditandatangani US 2 dekad lepas? Soalan retorikal itu la jawapan kepada pilihan absurd Coke atau Pepsi

Keputusan dan jenis langkah susulan diambil dari Laporan persidangan WMO 8 November 2016 akan menentukan nasib kita manusia. Lagu EITS yang disebut awal tadi bermain kat kepala aku sekarang. Cukup tepat menangkap mood pesimis dan suram, atau penyesalan dan perubahan – persoalan tentang jalan mana manusia mahu pergi kat simpang ini, kita tak tahu lagi.

Kalau rasa bendalah perubahan iklim remeh berbanding pegangan ideologi dan politikal ekonomi manusia dan segala “-ism”, memang sial la nasib Bumi ni.

Stephen Hawking pun pesimis. Katanya kita cuma ada 1000 tahun lagi kat Bumi:

https://twitter.com/ajplus/status/800005983611125760?s=09

Kredit khas kepada Zoharisso yang bawak balik air bebas cukai bervolume 61.2%.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s