Rohingya,Patriotik,Nasionalis,Yang Lain-Lain & Kita -By Lucy Montok

​1. Dalam satu artikel yang diterbitkan oleh Anarkis.org beberapa minggu lepas, mempersoal tentang tindakan beberapa negara yang menutup sempadan untuk pelarian Rohingya.

2. Kapal yang dipenuhi dengan pelarian Rohingya buntu bila Thailand dan Indonesia menolak kemasukan mereka. Begitu juga Malaysia. Dan sekarang dilaporkan Bangladesh juga berbuat perkara yang sama.

3. Kau semua lagi update pasal ni. Lagi cakna. Ni pun gua tulis lepas baca keluhan member gua pasal bagaimana kita harus tangani isu pelarian perang ni.

4. Selain bina shelter dan beri bantuan dari segi moral dan fizikal, apa lagi yang kita boleh buat? Jump in dalam kancah perang, defend pihak yang tertindas atau macam mana?

5. Jump in terlalu berisiko dan sudah tentulah masuk dalam kancah perang akan menyebabkan perang jadi lebih teruk dan panjang dan lebih banyak jiwa bakal terkorban. 

6. Jadi pilihan yang ada adalah memberi tekanan ke atas pihak yang menindas dengan melakukan embargo. Langkah paling efektif kerana membantutkan perkembangan ekonomi negara penindas. Beberapa negara pernah dikenakan embargo oleh pihak tertentu seperti Iran, Israel dan Korea Utara.

7. Tapi, apa yang benar-benar Anarkis.org ni persoalkan adalah..jika kita yang dipenuhi dengan sikap belas kepada pelarian Rohingya, menekan pihak kerajaan untuk membuka pintu masuk buat pelarian Rohingya, adakah mereka yang memasuki Malaysia akan mendapat hak dan keistimewaan yang sama dengan warganegara yang lain? Potensi peluang pekerjaan dengan kadar gaji yang serupa? Inisiatif untuk membeli rumah pertama? Bayaran rendah jika menggunakan perkhidmatan kesihatan serendah RM1? Adakah mereka akan berpeluang mendapat hak-hak sebegini?

8. Percayalah bahawa selepas 7 bulan mungkin juga lebih pendek dari itu, seperti warga imigran yang lain yang bekerja di warung, kilang dan pasaraya, mereka juga akan mendapat layanan kelas kedua.

9. Anarkisme menolak state- sistem kenegaraan yang memberi gambaran bahawa kita semua perlu dipisahkan oleh sempadan. Benar, perbezaan kedudukan geografi ada yang menjadi sempadan semulajadi tetapi sempadan yang didirikan oleh negara ini menjadi lebih besar dengan wujudnya perbezaan layanan antara sesama kelompok manusia. Kita terpisah dengan menjadi ‘KAMI’ dan ‘YANG LAIN-LAIN’.

10. Artikel berkenaan menjelaskan lagi yang kita mahu menerima pelarian Rohingya tetapi cukup sekadar berlindung di negara kita dan menjadi penduduk kelas kedua. Cukup. Tak boleh menggauli hal-hal kelas warga pertama. Kerana jika benar kita mahu mereka menjadi sebahagian dari kita, sudah tentu kita tidak berasa jelik dengan warga luar yang sudah lama datang ke tempat kita untuk bekerja.

11. State lebih condong kepada sistem para pemegang kapital untuk menggariskan kawasan-kawasan mereka berbanding untuk membentuk sistem pemerintahan setempat yang kononnya lebih tersusun. Di Malaysia ada badutnya. Di Amerika juga ada badutnya. Dan para badut ini menanam semangat patriotik untuk mempertahan kawasan setempat sedangkan ia adalah serampang dua mata untuk mempertahan kawasan para pemegang kapital secara tidak langsung.

12. Tapi, janganlah kita leka dan mudah termakan helah licik para pemegang kapital. Seperti apa yang ditulis oleh Raja Otek dalam zine ketiganya untuk bab TPPA sebagai penjajahan baru- membiarkan para pemegang kapital masuk ke dalam negara kecil melalui perusahaan mereka atas skop perdagangan bebas akan menghapuskan industri kecil dan sederhana setempat dengan landasan persaingan yang tak seimbang dan menyebabkan mereka memonopoli haluan perdagangan setempat dan menguatkan lagi sistem perdagangan dunia di bawah cengkaman mereka selama ini. TPPA dan juga perjanjian ekonomi lain perlu diteliti, dilawan dan ditolak untuk kesejahteraan yang lebih besar.

13. Berbalik kepada isu pelarian Rohinya yang merenggut jiwa dan nurani kita sejak bertahun lamanya, solusinya kita perlu kembali kepada punca pembersihan etnik minoriti ini yang dilaporkan paling tertindas di dunia. Meskipun ia disebabkan oleh perang yang berlaku di antara raja kedua kelompok, juga disebabkan perbezaan pendirian para nasionalis mereka, dan pelbagai sebab lain, sentimennya akan kembali kepada ‘KITA‘ dan ‘YANG LAIN-LAIN’. 


14. Kita sebagai yang sentiasa benar. Kita sebagai yang sentiasa mulia. Kita sebagai yang sentiasa terpuji sentiasa memikirkan kita layak membantai YANG LAIN-LAIN. Para sami ekstremis yang menjadi tulang belakang pembantaian etnik Rohingya membuatkan minda kita bergelegak memikirkan moral mereka yang selama ini dikatakan sebagai non-violence bisa berubah menjadi maha keji dan zalim.

15. Jika kita mula ragu mengenai pendirian dan nilai moral para sami ekstremis berkenaan yang menyimpang jauh dari ajaran Buddha yang sebenar, adalah wajar untuk kita melihat dada kita dan meneliti apa yang berada di dalamnya. 

16 . Apakah tidak ada unsur superiority untuk memegang tampuk absolute truth sehingga begitu galak membantai YANG LAIN-LAIN kerana berlainan faith, seksualiti, dan perbezaan warna kulit dan juga redup mata mereka?

-By Lucy Montok

CukongPress akan kongsi apa-apa sahaja artikel ilmiah dan bagus di kongsi bersama,dan tidak akan bertanggungjawab jika ada keceluparan penulis,kata-kata kesat dan pujian pujian di tuju sesiapa.Terima kasih

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s