FIDEL CASTRO, Lagenda Guerilla Amerika Latin-Lucy Montok

​1. 2016 bermula dengan gorilla dan berakhir dengan guerilla. Selepas begitu banyak berita tentang kematian ikon-ikon dunia dari pelbagai bidang, dunia kembali digoncangkan dengan berita kematian Fidel Castro.

2. Siapa Fidel Castro? Fidel Castro adalah revolutioner dan pemimpin Cuba yang telah berjaya menggulingkan rejim Batista, menteri Cuba sebelumnya yang korup dan berjaya untuk menjadi seorang pemimpin yang tidak menjadi boogeyman bagi kuasa besar Imperialisme, Amerika.

3. Bercakap pasal revolusi tapi tidak mengenali Fidel Castro seumpama bercakap pasal Punk tapi tak mengenali Bad Brains. Mungkin old school, tapi tak mungkin akan terlupakan.

4. Kematian Fidel Castro menggoncangkan dunia dengan kembali ke masa lampau semasa era pemerintahan Fidel. Dunia yang sebelum ini hanyut dalam renungan ke atas Trump kembali menyusuri sejarah Cuba di bawah pemerintahan Fidel dengan meneliti segala kesilapan yang dilakukannya, sejahtera yang telah dicapainya dan juga tentang masa depan yang telah diciptanya.

5. Fidel berfahaman nasionalis, sosialis dan ada yang masih meragukan jika beliau adalah seorang komunis tulen. Semasa era pemerintahan Fidel, punggung-punggung para menteri dan penjawat awam yang korup, mafia dan borjuah serta baron yang khusyuk menghitung syiling di atas meja judi dan dari hasil eksploitasi ladang tebu untuk menghasilkan gula dilibas sehabis yang mungkin oleh Fidel. Berlarilah keluar para borjuah, mafia dan mereka yang korup dari Cuba dan hidup dalam ‘buangan’ di Miami.

6. Fidel dikecam kerana kedidaktoran. Mereka yang masih tak mampu untuk duduk diam kerana dihambat oleh Fidel, mengulang sumpahan yang sama untuk bertahun lamanya bahawa Fidel adalah Firaun Cuba. Dan kedegilan Fidel untuk bersalaman dengan tangan yang bersalut dengan darah dan tangis mangsa-mangsa Imperialisme dari Amerika, menyebabkan Fidel didatangi oleh pembunuh upahan berkali-kali. Tetapi Izrail juga seakan-akan senang kepada Fidel sehingga ratusan cubaan untuk membunuh Fidel ini gagal dijayakan sehinggalah Fidel menghembuskan nafas terakhirnya disebabkan sakit tua.

7. Fidel seperti mana individu lain juga tidak dapat lari dari kenyataan bahawa beliau bukanlah maha sempurna sehingga tidak bolek dikritik. Idoltary adalah racun untuk seorang manusia berfikiran rasional. Namun aksi radikal Fidel seperti melawan rejim Batista, menghapuskan kegiatan mafia, judi dan eskploitasi para baron ke atas pekerja yang bekerja di ladang malahan menjadikan sistem ekonomi Cuba kepada bertunjangkan sosialisme yang sebelum ini telah pun menyerap ruh Kapitalisme dari kuasa hagemoni Amerika dengan nasionalisation perusahaan-perusahaan asing di Cuba menjadikan Fidel berada dalam kelasnya tersendiri. “History will absolve me” Fidel berucap dengan bersemangat selepas  serangan Moncade yang gagal terus membakar semangat para penduduk Cuba, para revolusioner, tak kurang mereka yang juga mengimpikan untuk menjadi revolusioner, dan pihak Kiri sehingga hari ini untuk terus memalu gendang perjuangan.

8. Fidel juga telah membantu movement-movement kiri di benua Afrika dengan bantuan ketenteraan bagi mengusir kuasa Imperialisme yang cuba bertapak. Fidel tidak menyokong sama sekali dasar Apartheid yang membuatkan pintu masuk ke benua Afria sentiasa terbuka luas untuknya.

9. Aksi radikal Fidel tidak berhenti di situ saja. Fidel telah menghidupkan semangat pendidikan Cuba dengan menjadikan kemahiran membaca dalam kalangan penduduk Cuba sebagai sesuatu yang utama sehinggakan Cuba adalah antara negara yang mempunyai kadar buta huruf paling rendah di dunia.Pendidikan percuma juga diperjuangkan oleh Fidel dan healthcare Cuba adalah antara yang terbaik di dunia.

10. Bayangkan bagaimana Cuba yang dikenakan embargo oleh Amerika, bermula dengan pemberhentian bekalan sayur-sayuran, teknologi dan seterunya minyak, berfahaman sosialis dan komunis mampu untuk mencapai peringkat sedemikian sedangkan ratusan tahun kita dicanangkan bahawa hanya sistem bawaan negara-negara maju seperti Amerika dan sekutu-sekutunya saja yang terbaik dan harus diimplementasi oleh semua pihak untuk kehidupan yang lebih baik.

11. Cuba adalah anti tesis untuk firman-firman yang dibawa oleh para pendeta Kapitalis melalui rombongan hagemoni Amerika. Meskipun pada sisi lain Cuba mempunyai cacat celanya dengan mengekalkan state dan sistem pemerintahan yang berhierarki sehingga menyebabkan kedidaktoran, pengagihan kuasa politik dalaman yang tak seimbang, dan kebebasan serta ruang demokrasi yang sempit kerana terikat dengan gubahan dan tatanan Fidel seorang, Cuba kekal menjadi rujukan dan sebagai bara perjuangan para Leftist dunia dalam menyaksikan perjuangan Fidel yang tak pernah tunduk pada hagemoni Amerika untuk menyarungkan kain kafan Kapitalisme ke atas Cuba. Surat yang ditulis oleh Fidel pada hari jadinya yang ke 90 pasti menggetarkan para manusia yang mengenali sifat sebenar Kapitalsime.

 “We dont need empire to give us everything”

12. Fidel adalah pejuang yang karismatik walaupun teori politiknya tidak begitu dipersetujui oleh ramai pihak. Kematian Fidel terus disusuli dengan propaganda-propaganda para pemegang kapital untuk kembali semula ke Cuba agar dapat menunggang semula belakang para petani dan warga miskin Cuba, dengan mengatakan bahawa Fidel adalah bencana buat Cuba kerana berlakunya krisis makanan dan peluang pekerjaan. Sedangkan semasa borjuah, mafia, baron dan warga korup ini masih berada di Cuba, perbezaan jurang pendapatan antara warga miskin dan kaya begitu luas, warga miskin dihenyak dengan kejahilan untuk mendalami ilmu agar tak mampu melawan para menteri, mafia baron dan borjuah, sehinggalah Fidel yang menyalakan api untuk perjuangan kelas warga Cuba bagi mendapatkan hak-hak mereka yang telah diboloti sebelum ini.

13. Seperti doktor Argentina yang pernah berada di dalam kem peguam dari Havana yakni Fidel sendiri dan Che Guevera- kedua sosok ini adalah wajah revolusi dunia. Siapa yang tidak tersenyum bila Fidel mengatakan bahawa di antara semua wanita yang pernah mengaku berada dalam hidup peribadinya, beliau telah pun berkahwin dengan revolusi terlebih dahulu.

14. Meskipun Emma Goldman tidak bersetuju dengan sebahagian besar pendirian Fidel selama ini dan juga idea perkahwinan itu sendiri- perkahwinan Fidel bersama revolusi adalah sesuatu yang perlu dikecualikan dan diberkati.

15. Selamat jalan, Fidel Castro! Lagenda guerilla yang telah menawan hati dunia dengan senapang, kedegilan dan juga alunan jambang.

By-Lucy Montok




CukongPress akan kongsi apa-apa sahaja artikel ilmiah dan bagus di kongsi bersama,dan tidak akan bertanggungjawab jika ada keceluparan penulis,kata-kata kesat dan pujian pujian di tuju sesiapa.Terima kasih

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s