Pasal Utopia

By Kafir RB

(Tulisan ni boleh kira kesinambungan dari Kebosanan )

image

Mencari Utopia dan ‘dunia yang lain’ (otherworldly) bukan angan-angan baru manusia. Banyak teks-teks dan sastera purba hingga ke novel cinta hari ini berkisar pencarian ini.

Dari Atlantis ke Big Rock Candy Mountain, Kokayne/Kokaigne ke Kerajaan Prestor John, Kerajaan Langit Ayah Pin ke dunia ketuanan bangsa Aryan, idea Nirvana Buddhisme ke konsep Syurga agama-agama Ibrahim, dari kapitalisme ke anarkisme – semua ini sama je.

Kesemua nak mencari ketenangan dan kesenangan abadi. Hanya isi yang berlainan. Bingkai sama.

Aku kena jujur. Menghadiri acara yang dikendalikan oleh golongan kiri – terutama mereka yang berkiblatkan Marxist-Leninism amatlah membosankan.

Aku quote serangkap dari surat terbuka kepada Ralph Nader, politikus Parti Hijau dan calon ketiga pilihanraya Amerika tahun 2000 yang kini tenggelam.

Nader and the Greens abstemiously turned their backs on people’s reasonable and deeply human longings for abundance, joy, cornucopia, variety and mobility, substituting instead a puritanical asceticism that romanticizes hardship, scarcity, localism and underdevelopment — a traditionalism that blinds us to the possibility of utopia. I see in this complex, vestiges of an Old Left/New Left puritanism, a continuing quest for a kind of a faux working-class authenticity and a reaffirmation of the Protestant Ethic. Max Weber’s The Protestant Ethic and the Spirit of Capitalism continues to have much to tell us about puritanical asceticism.

Aku nak tambah. Karl Marx sendiri berkata utopia komunis adalah apabila kita mampu lebih beriadah dan berekreasi dari bekerja. Begitu juga Emma Goldman yang tidak mahu gerakan revolusi yang tidak menggembirakan. Memang kita harus berpijak pada realiti. Tapi idealisme tidak boleh mati.

Kenapa kapitalisme terus membelenggu kita? Mengapa ramai orang Amerika terpedaya dengan manifesto kempen Donald Trump?

Sebab konsumerisme, anak kepada kapitalisme kini dan orang macam Trump memenuhi desakan kalbu manusia – bayangan utopia. Hakikatnya orang lebih teruja dengan tayangan kekayaan Trump berbanding solidariti gaji minima oleh Komrad Arutchelvam PSM.

Aku sendiri tidak mahu tulis panjang-lebar tulisan percuma ini sebab aku ada kerja lain yang mampu kasi fulus. Atau jual kat korang. Makin jauh aku dari utopia kalau aku tak peduli nak cari makan.

Nabi Muhammad merampas harta perang sebab apa?

Manusia hanya betul-betul bersatu bila nak makan. Kapitalisme dan golongan pemodal faham benda ni. Sebab tu kapitalisme tampak lebih “organik” berbanding Marxisme.

Memang Marxisme dan Anarkisme jauh lebih humanist dan saintifik berbanding kapitalisme. Tapi takkan la wujud konstruk institusi agama dan ketuhanan kalau logik dan fakta itu yang sebenar-benarnya penggerak utama survival manusia.

Utopia adalah kegembiraan dan kesenangan. Mustahil manusia mencipta tapai, arak dan muzik kalau naluri kita mahu meratap dan pilu dan sengaja menyusahkan hidup kita sendiri.

image

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s