(Fiction) Alter – by Kafir RB

 

It seems far-fetched that she could come out alive. She is right at the back of a bus. The bus meanders through. The free-fall came.

Final thoughts are the most unimportant. One that will evaporate in no time. Such minute effect on anything. If any.

On second thoughts, it could alter anything that you hold on to. Up until those thoughts spring up. You might end up with a final affirmation to end it all. The last hurrah that one desires so badly.

Wait. Your chance to earn a fantastic death experience. Perhaps some amazing mind-alteration. The sweet surrender that is beyond description. Yielding to mother nature. The greenery. The waves. Priceless.

The wind whistles. She  wore an expression so alien to me. To an AI. Could a bus fear death?

That one misapprehension I no longer feel any urge to correct. No words and phrases from anyone I wish to quote.

As though this were an ordinary exchange I could divert with no effort, I said, “Humour me with your most twisted thoughts”. I chuckled.

I burped and felt that distinct farinaceous taste. Umami.

What a trip.

​PEMAKNAAN “BERJIWA RAKYAT” DAN NASIONALISME – OLEH HADRI SHAH

​Pemaknaan “berjiwa rakyat” sama maksudnya dengan nilai pemaknaan nasionalisme.
Sudah rasanya tidak nyaman apabila kita tidak mengakui siri sebagai seorang nasionalis, lagi lagi dalam praktis-praktis harian yang tidak bersulam patriotis. Bimbang saja dikenali sebagai petualang, atau tidak bersikap bangga akan keberkatan nasional.

Sifat nasionalis diulang ulang sehinggakan menjadi intipati penting dalam tubuh badan seseorang. Kerana dengan itu, nasionalis dan patriotis itu dilihat mensejahterakan.

Beli barangan buatan nasional misalnya antara definasi seorang nasionalis. Bangga dengan produksi barangan lokal. Dengan mengkomsum barangan lokal itu adalah caranya mensejahterakan ekonomi negara. Itulah yang mereka bilang. Itulah yang diajarkan negara-bangsa. 

Tetapi, soalan paling fundamental, siapa sebenarnya yang disejahterakan? Pembeli, pekerja di bahagian produksi atau pemilik produksi? 

Sama juga halnya dengan definasi nasionalis apabila mempertahankan sebuah parti berbasiskan bangsa. Kebimbangan jelas terpancar apabila andai tidak dijaga parti yang memperjuangkan nasib bangsa maka besar kemungkinan nasib bangsa itu boleh berantakan, pupus ditindas bangsa lain. 

Apa benar begitu?
Setiap kali pertabalan agung atau sultan dan raja, masyarakat disebar momokan agung ini baiknya begini, sultan itu alimnya begitu, raja itu pula zuhud peribadinya. Maka yang dipertontonkan kepada masyarakat adalah sifat sifat peribadi paling mulia dan mereka tersuci kerana darah kuning mereka seringkali diceritakan memiliki jiwa seperti seorang rakyat biasa.

Cuba ingatkan kembali, sultan negeri manakah yang tidak pernah dikatakan tidak berjiwa rakyat? 

Rasanya seperti tidak pernah ada bukan? Semuanya berjiwa seperti kita; berjiwa seorang rakyat biasa. Kononnya.
Hanya kerana kasut seliparnya, hanya kerana dia bersama kita di saf hadapan ketika solat subuh, hanya kerana dia lebih gemar makan nasi bungkus, hanya kerana dia menaiki basikal tua mengelilingi kampung bertemu rakyat jelata, hanya kerana dia datang secara tiba tiba bermotosikal kapcai ke kawasan kampung, hanya kerana dia menaiki bot tatkala memenuhi tuntutan jadualnya melawat kawasan banjir, hanya kerana dia berbicara soal rasuah dan ketirisan dalam pentadbiran nasional – mudah sekali anggapan kita; itulah dia, seorang raja berjiwa rakyat.

Dan seolah satu ajaran penting, dari satu mulut ke mulut lain, kita berbisik kepada rakan taulan bahwa inilah dia sang sultan yang akan memihak kepada kita. Inilah sultan pemimpin dunia-akhirat kita. 

Akhirnya, seluruh masyrakat mengakui raja itu mempunyai peranan penting dalam kehidupan mereka, sedangkan mereka lupa, institusi monarki bernyawa atas usaha keras kederat kelas masyarakat pada setiap jam, pada setiap hari. Mereka lupa yang membiayai raja adalah mereka sendiri. 

Lalu bagaimana seorang pemimpin dikatakan memayungi rakyatnya hidup bermewah mewahan dibawah biayaan jutaan rakyat?
Mereka juga lupa, raja, si pemimpin yang mereka agungkan sangat itu tidak dipilih mereka, malah monarki mencurangi sifat demokrasi, tidak dipilih majoriti rakyat. Mereka (golongan monarki)  ditabal kerana darah kesultanan yang mengalir dalam batang tubuh.

Inilah maksud hegemoni seperti yang Gramsci syarahkan. Ia adalah satu bentuk pendominasian dari satu individu ke atas kumpulan masyarakat. Ini adalah prinsip terancang; kepercayaan yang mempengaruhi struktur sosial yang mengukuhkan status quo.

Status Quo disini ialah monarki,terdiri dari sultan, raja , agung dan kaum kerabatnya. Masyarakat percaya, kaum monarki mesti ada kerana siapa yang akan menjaga nasib bangsa, nasib agama tanpa monarki? 

Sehinggakan kita mempercayai bulat-bulat tanpa Sultan, bangsa kita menjadi tidak tentu arah, hilang pedoman hidup. Setiap gerak geri, tingkah laku, pemikiran kita secara tidak langsung dipenjara di balik jeriji-jeriji feudal. 
Sedarkah masyarakat terpalit feudal, sultan,agung, raja dan kaum kerabatnya di negara ini tidak pernah diaudit perbelanjaan mereka? Tidak pernah sekali pun urusan, pentadbiran mereka dijelaskan secara detail kepada publik? 
Bukankah ini hak kita untuk mengetahui perbelanjaan mereka, apa yang mereka buat, apa yang belum lagi mereka laksanakan?

Yang kita dengar dan lihat saban tahun ialah, ucapan-ucapan lapuk mereka 

“melayu harus bersatu, kembali kepada agama, quran dan sunnah”. 

Mereka mungkin menaiki motor masuk ke kampung-kampung tapi mereka jugalah yang memiliki seleksi kereta mewah dan lori Transformer. Mereka mungkin kelihatan zuhud, tapi lihat sendirilah kediaman mereka di Jalan Duta. Mereka memberi sokongan terhadap perlaksanaan hukuman hudud tapi ironinya mereka membiarkan perampasan tanah orang asal. Cara hidup mereka sama sekali berbeza dengan kelas masyarakat, mereka tidur nyenyak di mahligai mewah,sedangkan ramai yang tidak berumah, tidur di bawah dataran masjid.

Itukah maksudnya “Sultan berjiwa rakyat?”
Di perenggan pertama menyaksikan kenyataan persamaan antara erti nasionalisma dan baris ayat ” sultan berjiwa rakyat”.

Ertinya,

Nasionalisma penting buat kaum elit-borjuis demi keamanan kepentingan politik, sosial ekonomi. Manakala “sultan berjiwa rakyat” penting untuk menjaga status quo, juga menjaga kebajikan politik, struktur sosial-ekonomi monarki.

Cuma yang menyedihkan baris ayat “sultan berjiwa rakyat” diseru seru sendiri oleh masyarakat kelas biasa. 
Nyatalah, masyarakat sendiri yang tidak mahu membebaskan diri mereka dari perhambaan sejak zaman jurasik lagi.
-By Hadri Shah-
CukongPress akan kongsi apa-apa sahaja artikel ilmiah dan bagus di kongsi bersama,dan tidak akan bertanggungjawab jika ada keceluparan penulis,kata-kata kesat dan pujian pujian di tuju sesiapa.Terima kasih

Kehadapan Perwakilan Umno- oleh Calvin Ohsey

Kepada hadapan perwakilan UMNO Se-Malaysia yang mengampu Presiden UMNO Najib Razak, maaflah kalau tulisan saya ini agak rasis. Tapi nak bersuara juga. 

Tak tahan saya tengok kebodohan melampau kamu semua canangkan dalam satu perhimpunan parti yang berlagak dirinya “Tuan” tetapi sebaliknya “hamba“. Orang bukan Muslim dan bukan Melayu dah menderita lebih lama jika dibandingkan 70 tahun  penubuhan UMNO. 

Kapitalisme tidak salah 100%. Yang salah adalah kronisme dan korupsi yang membelenggu sistem kapitalisme di Malaysia selama ini. Orang kaya dalam Malaysia memang majoriti bukan “Melayu”. Tapi proksi kepada sesetengah orang “Melayu”. Jeng jeng….

Orang “Melayu” di PAU tak perlulah dabik tetek nak perjuangkan bangsa sendiri kononnya ditindas itu dan ini. Sedangkan yang menjahanamkan orang “Melayu” itu pun adalah orang “Melayu” dalam PAU sendiri. Entah mereka “Melayu” tulen atau “Melayu” Perlembagaan Perkara 160(2) pun aku boleh pertikaikan. Jumlah “Melayu” di Malaysia yang majoriti adalah 

Bangsa mahupun kaum lain seperti “Cina” yang hanyalah 23.4% dan bangsa “India” yang hanya 7% menguasai ekonomi lebih daripada bangsa Bumiputera “Melayu” dan “lain-lain” adalah disebabkan kegagalan Dasar Ekonomi Baru 1970. 

Dasar rasisme ini langsung tidak memberdayakan orang Bumiputera untuk memperkasakan ekonomi mereka. “Empowerment” dan “Paradigms Shift” adalah kunci. Sebaliknya dasar ini memanfaatkan golongan bukan Bumiputera. 

“They learn the hard way. And some even money and success as their end.”

Bagaimana pula dengan Bumiputera “Sabah dan Sarawak“? Celakalah ketuanan “Malaya” yang dipimpin oleh “UMNO”. 

Rakyat Sabah dan Sarawak yang laungkan “Sabah for Sabahan” dan “Sarawak for Sarawakian” pun tak sedar diri selepas 53 tahun membentuk “Persekutuan Malaysia” bukan “Malaysia” semata-mata pun adalah fasis yang tak berapa kritikal dengan isu serta realiti politik semasa. Maaflah selagi kita bergantung pada pemimpin BN Sabah dan Sarawak, selagi itulah kita beri UMNO kuasa untuk memerintah. 

Akta Petroleum 1974: Hasil Minyak Sabah dan Sarawak diserahkan kepada syarikat Petronas menyebabkan Sabah dan Sarawak hanya menerima royalti 5%.

Akta Persekutuan Perkara 1 (2): Taraf Sabah dan Sarawak yang merupakan wilayah berdaulat bersama Malaya diubah menjadi salah satu negeri dalam Malaysia. Menyebabkan kuasa autonomi ke atas Sabah dan Sarawak dilemahkan. 

Siapa salah? Pemimpin Sabah dan Sarawak sendiri jadi alat UMNO. 

Bangsa Bumiputera “lain-lain” yang membentuk 12% penduduk Malaysia  bukan sahaja tidak diberi perhatian secukupnya. Namun “Orang Asli” Sabah dan Sarawak lebih bernasib baik jika dibandingkan dengan “Orang Asli” di Malaya. Bezanya, kami dilayan seperti Bumiputer “second-class” namun tak seteruk “Orang Asli” yang kelihatan Bumiputera “third-class”

Mereka taklah segagah majoriti bangsa Cina dan sesetengah bangsa India untuk “learn the hard way” tapi mereka jenis “don’t ever mess with us” punya mentaliti.  

Indigenous people” atau “Orang Asal” bukan tak mahu memajukan diri mereka sendiri. Mereka dah hidup sebati dengan alam sekitar. Sebab itu, mereka tak ambil “port” pasal polisi dan “politaik” semasa. Selagi tanah, hutan dan sumber asli tak dikacau, mereka tak memberontak. 

Bila diganggu macam mana nak “cari makan”? Berbeza dengan generasi muda dan orang Asal urban, mereka kerja makan gaji dan berniaga. Mereka ini yang ambil “port” pasal “politaik” dan “polisi“. Sebab itu yang akan mengganggu gugat punca rezeki mereka. 

Sebagai kesimpulan, 2 perkataan ini perlu dijadikan renungan: “Empowerment” dan “Paradigms Shift” ini akan membebaskan kita daripada diperhambakan secara kejam dalam sistem. 

Nak ubah sistem boleh. Tapi semua orang kena setuju dan bekerjasamalah. Kalau masih nak pertahankan hak Bumiputera, sampai kiamat belum tentu berubah. Orang “politaik” suka sebab ini modal mereka cari makan. 

Yang lebih penting adalah keberlangsungan hidup, jadilah insan merdeka dan tak mementingkan diri sendiri. Nescaya, aman? Mudah-mudahan.

Take a beer!

Aloha snackbar!

(sambil cium keris kontot)
~Calvin Ohsey

CukongPress akan kongsi apa-apa sahaja artikel ilmiah dan bagus di kongsi bersama,dan tidak akan bertanggungjawab jika ada keceluparan penulis,kata-kata kesat dan pujian pujian di tuju sesiapa.Terima kasih

[fiksyen] The Chrononaut

Ini sebuah flash fiction atau certot (cerpen kontot)

by Kafir RB

It all started at the workplace. Workplace? I’m not replying to some stranger on Craigslist where I need to be creative. To gloss-over.

Let’s do this again.

It all started at the factory. Suddenly there was this excruciating pain. And then an intense numbness. I got distracted while working. My right arm was gone.

The machines turn on by themselves and the circuits have mood swings. The hydraulic press snarles at everyone. Unpredictable. Machines have become our new pets, not yet Skynet-like but close. I guess what happened to me was the equivalent of being bitten by a dog.

The Yin to the Yang? My employers saw that they were liable to my getting distracted checking out the person I liked. Of course I did not disclose this. They paid for my prosthetic arm. An exoskeleton that looks like the real thing. Even matched my skin tone.

Almost half a year on, it started to creak. Frequently unresponsive. Clearing its cache didn’t help much.I could factory reset it. But that would mean needing time for it to re-learn; gripping, writing and the works. Luckily I could eat with my left hand, and the haram-ness won’t apply to me.

A friend wanted to go to some black market. I tagged along. I could type ‘followed’ but it had assumed another dominant meaning. ‘Tagged’ too. At least ‘tagged along’ is immediately understood. Sorry for stating the obvious there. I forget I’m in 2016 as I write.

At the black market, I saw stalls that displayed human parts. The first few were too expensive for my paycheck. The parts were preloved but in mint condition. I moved along. A seller told me, “AAA quality. Brand new”. “A faked fake arm”, I thought. Not that i cared much so I bought two pirated fake arms.

I unboxed them at home. Fuck! One needed new batteries. The other one was not the right arm. In a fit of rage I threw the left pirated prosthesis to the floor. It broke into pieces.

I delete the unboxing video. I will  not  now vent out on socmed. In 2016.

Bila Feminism Tidur Sekatil Dengan Neoliberalism

Lolita Quarantasei

Beberapa minggu lepas aku turun dari LRT and ternampak papan iklan Vivy Yusoff dengan kapsyen “Muslimah intellektual“. In all honesty, aku benci iklan meloyakan ini yang menjual agama. Tapi bila kau gabungkan empowerment wanita, agama dan marketing, ia menjadi sebuah “Holy Trinity of Shit”.

Awal kurun ke 20, demonstrasi Torch of Freedom yang berlaku di jalan jalan besar di New York yang kononnya untuk meruntuhkan sistem patriarki telah ditaja dengan marketing, penuh dengan cap jari kapitalisme. Jurufikir PR, Edward Bernays ialah pelopor engineering of consent. Jual rokok kepada feminist dan berjaya menyuntik idea rokok sebagai simbol emansipasi wanita hanya untuk melariskan jualan rokok.
Strategi licik ini berevolusi sampailah sekarang.

Feminism kini tidur sekatil dengan kapitalism, menjadi pengukuh kepada mass consumerism. Feminism yang sepatutnya melawan sistem hierarki itu sendiri menjadi hamba.  Why?
Kita yang berlumba lumba membeli baju dari H&M yang terkenal dengan sweat shop labour; 80% pekerja adalah wanita dan kanak-kanak TAPI liberal feminists hanya sibuk laungkan isu jurang gaji di tempat kerja? Puak liberals dalam tak sedar telah terperangkap dalam kondisi “doublethink” coined by Orwell.

Feminism sendiri menjadi lubuk yang sangat lucrative untuk free market fundamentalists.  Atas dasar women’s empowerment, yang di feminism itu sendiri, wanita berlumba-lumba untuk menjadi agen free market, mendaki tangga to be as equal as men untuk memegang kuasa executive – cuma memperkasakan sistem hierarki itu sendiri.

Partriarki bukanlah sistem gender tapi sistem kuasa. Wanita yang berjaya  to break the highest ceiling dan berkuasa dalam sistem partriarki itu bukanlah seorang matriarch tapi seorang patriarch. So to hell with Hillary, queen Elizabeth, queen Victoria, Thatcher, May, Merkel, Christine Lagarde etc.

By tapping into our fragile minds, kita punyai tanggapan feminism is sexy and like fashion, you have to fit in. Kita membeli langkah kita ke dalam sistem kekuasaan and ke dalam kancah bahaya. Ke dalam kancah fasisme – memanjakan kemahuan manusia kepada neo-tribalism; It’s them against us. Men against women. Dasar fragmentasi feminism yang rapuh telah menjadi  kuda untuk  ethos neoliberalism.
Kau ada kerja stabil, kau disogok lagi dengan idea yang kau mempunyai the CHOICE to choose apa jenis hidup kau nak… which in truth, you have none.

Kalau dulu feminism gah melaungkan social solidarity, kini gah meraikan female entrepreneurship. Anna Wintour, Kim Kardashian, Neelofa and of course Vivy Yusoff menjadi icon “feminism” yang menghiasi social media.  Kita menjadi advocate untuk kononnya individual advancement rather than a collective one. We celebrate the likes of Ivanka Trump, corporate feminism AND THE kononnya meritocracy that comes with it. What a fucking delusional movement we have become?

Kapitalisme yang berevolusi dengan rancak mempunyai kapasiti untuk bertukar karakter.The only equality capitalism can offer is that of wealth in monetary terms – gaji setara. Ini pun belum semua dapat.

Sejak gelombang kedua feminism, ribuan wanita mula disogok untuk mencari kejayaan diluar konkongan sistem kekeluargaan atas tapak empansipasi, dan golongan wanita middle class ini mulai menjadi majority dalam tenaga kerja penggerak ekonomi .Namun 80% wanita yang mendominasi industri tekstil di dunia masih lagi ditindas. Numbers don’t matter here. Empowerment dan equality tak datang dengan serentak .

Untuk tidak lagi tergoda dengan idea bahawa gender liberation boleh dicapai dengan this pseudo women empowerment that strives upon the principle of hierarchy, the feminist movement perlu berhenti cenderong ke arah capitalism.

Instead of asking for more work, we should all ask why the fuck should we work this hard when wealth is not distributed evenly? Why the hell should I even work that much when it has brought nothing but stress-related diseases? Just like fashion, liberal feminism gagal dan hanya kosmetik semata-mata.

Dualiti, “False Dichotomy”, Epal dan Oren

image

Oleh Kafir RB

Aku banyak baca dan terbaca artikel dan posting (banyak yang meroyan) pasal 2016. Pasal tahun ni teruk gila babi nak mampus baik cepat pergi. Ada jugak beberapa artikel yang buat ‘ranking’ tahun-tahun yang dianggap paling teruk dalam sejarah peradaban manusia.

Sebuah artikel Slate meletakkan rating tahun-tahun paling celaka berdasarkan bencana alam dan bencana buatan manusia. Buzzfeed pula yakin tahun ini terburuk dalam sejarah. Kejadian macam gempa bumi dan perang dunia diletakkan sebagai kayu pengukur tahun-tahun terburuk untuk manusia. Benda macam ni da macam membanding epal dengan oren.

Secara peribadi, aku cukup tak suka rankings dan ratings bagai ni semua.

Aku rasa filem One Flew Over The Cuckoo’s Nest amat membosankan. Album Primal Scream, Screamadelica aku rasa teramat overrated. Hanya sebab beberapa pengkritik filem di media dan kononnya “tastemakers” berkata sesuatu itu best gila, tak bermakna benda tu setiap individu akan rasa bagus. Walaupun ada yang akan setuju 100% dengan IMDB atau Pitchfork untuk jadi “lemmings” yang mengikut trend agar dilihat cool.

Tak mungkin semua orang akan setuju Lionel Messi pemain bola terbaik dunia. Masa 2006 sebelum Piala Dunia, Amerika Syarikat pernah dapat ranking Top 5 dunia dan rata-rata peminat bola menganjing (atau pun marah) Fifa. Tapi akan ada juga orang yang terima saja sebagai fakta.

Ini yang indah (atau buruk) pasal manusia. Kita mengekalkan individualiti di samping kita tak pernah hilang sifat sebagai makhluk sosial atau berkumpulan. Orang putih cakap “No man is an island” – manusia tak mungkin hidup totally bersendirian. Kita makhluk yang dipengaruhi oleh manusia dan makhluk lain. Akan tetapi kita bukan makhluk lain yang hanya hidup sendiri seperti harimau, atau macam sekawan burung terbang hijrah bersama tak akan terbang sendirian.

Dualiti ini – berkumpulan serta bersendirian di masa yang sama adalah yang utamanya menjadikan kita sebagai manusia. Kau membaca tulisan ini atau aku yang menaip ini tidak langsung special. Sebab binatang lain pun betkomunikasi. Dengan cara mereka tersendiri.

Memang la reductionist untuk simpulkan kita manusia hanya atas dualism di atas tadi. Memang la ramai akan kata kita ada akal fikiran, itu la membezakan manusia dengan hidupan lain. Tapi terbukti binatang macam chimpanzee dan kucing mampu berpura-pura dengan manusia untuk mengisi perut dan untuk tidak diganggu manusia. Ini adalah hasil berfikir.

Berfikir sahaja tak mampu membuat manusia mampu berkumpulan serta berindividu dengan sekaligus.

Aku tak pasti ada frasa atau perkataan dalam BM untuk “false dichotomy”. Kamus Persuratan DBP bagi aku terjemahan malas – ‘dikotomi palsu’.

Berbalik kepada awal tadi. Pasal 2016 sebagai tahun paling teruk. Ini adalah satu false dichotomy. Atau lebih tepat, false dilemma. Atau false comparison. Sebab lebih dari dua. Dichotomy merujuk kepada dua. Macam membanding harga durian di sini dengan harga di UK.

Tak mungkin kita boleh taruk kuantiti pembanding kat apa-apa dan semua manusia sebagai individu akan fikir dan rasa sama. Bagaimana pulak dengan pengalaman manusia yang hidup sebelum kita? Bukan kita mengalami sendiri apa yang mereka alami untuk kita mampu letak perbandingan.

Perbandingan dan pertandingan pengalaman, situasi, ranking, award – semua ini mengikis kemanusiaan. Hanya menjadikan manusia macam robot.

Manusia perlukan dialektika. Bukan debat. Debat untuk menang dan menang tak semestinya pihak yang betul. Dialektika mencambah idea/benda baru dari dua perspektif/idea berbeza. Sebab manusia memang subur dengan paradoks seperti dualiti yang yang disebut tadi.

Bila kita membaca, terutama sekali berita – bahaya kalau terima saja berita dari satu atau dua sumber media yang sejalur sebagai kebenaran mutlak. Berita hanya la laporan dari sudut wartawannya dan tertakluk kepada bias dan manipulasi. Semua media ada kepentingan sendiri dan jalur pemikiran.

image