Dualiti, “False Dichotomy”, Epal dan Oren

image

Oleh Kafir RB

Aku banyak baca dan terbaca artikel dan posting (banyak yang meroyan) pasal 2016. Pasal tahun ni teruk gila babi nak mampus baik cepat pergi. Ada jugak beberapa artikel yang buat ‘ranking’ tahun-tahun yang dianggap paling teruk dalam sejarah peradaban manusia.

Sebuah artikel Slate meletakkan rating tahun-tahun paling celaka berdasarkan bencana alam dan bencana buatan manusia. Buzzfeed pula yakin tahun ini terburuk dalam sejarah. Kejadian macam gempa bumi dan perang dunia diletakkan sebagai kayu pengukur tahun-tahun terburuk untuk manusia. Benda macam ni da macam membanding epal dengan oren.

Secara peribadi, aku cukup tak suka rankings dan ratings bagai ni semua.

Aku rasa filem One Flew Over The Cuckoo’s Nest amat membosankan. Album Primal Scream, Screamadelica aku rasa teramat overrated. Hanya sebab beberapa pengkritik filem di media dan kononnya “tastemakers” berkata sesuatu itu best gila, tak bermakna benda tu setiap individu akan rasa bagus. Walaupun ada yang akan setuju 100% dengan IMDB atau Pitchfork untuk jadi “lemmings” yang mengikut trend agar dilihat cool.

Tak mungkin semua orang akan setuju Lionel Messi pemain bola terbaik dunia. Masa 2006 sebelum Piala Dunia, Amerika Syarikat pernah dapat ranking Top 5 dunia dan rata-rata peminat bola menganjing (atau pun marah) Fifa. Tapi akan ada juga orang yang terima saja sebagai fakta.

Ini yang indah (atau buruk) pasal manusia. Kita mengekalkan individualiti di samping kita tak pernah hilang sifat sebagai makhluk sosial atau berkumpulan. Orang putih cakap “No man is an island” – manusia tak mungkin hidup totally bersendirian. Kita makhluk yang dipengaruhi oleh manusia dan makhluk lain. Akan tetapi kita bukan makhluk lain yang hanya hidup sendiri seperti harimau, atau macam sekawan burung terbang hijrah bersama tak akan terbang sendirian.

Dualiti ini – berkumpulan serta bersendirian di masa yang sama adalah yang utamanya menjadikan kita sebagai manusia. Kau membaca tulisan ini atau aku yang menaip ini tidak langsung special. Sebab binatang lain pun betkomunikasi. Dengan cara mereka tersendiri.

Memang la reductionist untuk simpulkan kita manusia hanya atas dualism di atas tadi. Memang la ramai akan kata kita ada akal fikiran, itu la membezakan manusia dengan hidupan lain. Tapi terbukti binatang macam chimpanzee dan kucing mampu berpura-pura dengan manusia untuk mengisi perut dan untuk tidak diganggu manusia. Ini adalah hasil berfikir.

Berfikir sahaja tak mampu membuat manusia mampu berkumpulan serta berindividu dengan sekaligus.

Aku tak pasti ada frasa atau perkataan dalam BM untuk “false dichotomy”. Kamus Persuratan DBP bagi aku terjemahan malas – ‘dikotomi palsu’.

Berbalik kepada awal tadi. Pasal 2016 sebagai tahun paling teruk. Ini adalah satu false dichotomy. Atau lebih tepat, false dilemma. Atau false comparison. Sebab lebih dari dua. Dichotomy merujuk kepada dua. Macam membanding harga durian di sini dengan harga di UK.

Tak mungkin kita boleh taruk kuantiti pembanding kat apa-apa dan semua manusia sebagai individu akan fikir dan rasa sama. Bagaimana pulak dengan pengalaman manusia yang hidup sebelum kita? Bukan kita mengalami sendiri apa yang mereka alami untuk kita mampu letak perbandingan.

Perbandingan dan pertandingan pengalaman, situasi, ranking, award – semua ini mengikis kemanusiaan. Hanya menjadikan manusia macam robot.

Manusia perlukan dialektika. Bukan debat. Debat untuk menang dan menang tak semestinya pihak yang betul. Dialektika mencambah idea/benda baru dari dua perspektif/idea berbeza. Sebab manusia memang subur dengan paradoks seperti dualiti yang yang disebut tadi.

Bila kita membaca, terutama sekali berita – bahaya kalau terima saja berita dari satu atau dua sumber media yang sejalur sebagai kebenaran mutlak. Berita hanya la laporan dari sudut wartawannya dan tertakluk kepada bias dan manipulasi. Semua media ada kepentingan sendiri dan jalur pemikiran.

image

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s