Siri DarahBernanah: Pengakuan Aku Psikopat -Oleh Lucy Montok

Menjadi seorang psikopat bukan mudah. Apa lagi bila perlu senyum pada semua perkara yang bukan-bukan macam bila jiran aku kata isteri dia bakal melahirkan anak kedua mereka hujung minggu ini. Semasa aku menyiram bunga di laman, dia menyapa aku dan sampaikan khabar itu dan mengajak aku untuk datang ke rumahnya setelah isterinya bersalin. Ada kenduri selamat katanya. Aku balas senyumannya dan bercakap dalam hati yang satu-satunya kenduri yang aku akan hadiri adalah kenduri yang menghidangkan kanak-kanak sebagai menu.Apabila aku merenung diri aku di cermin bilik mandi selepas membedah kucing jiran dan meletakkan kepalanya di bawah katil, diri aku di dalam cermin akan kata yang aku sebenarnya keliru. Sedang keliru. Aku sebenarnya adalah seorang pedopilia. Aku sukakan kanak-kanak lebih dari perkara lain. Aku suka menyimpan anak-anak kecil yang aku temui di jalanan di dalam rumah aku dan melihat mereka di dalam bilik bermain dengan krayon dan kertas lukisan untuk selama-lamanya. Aku akan memberikan mereka biskut dan segelas susu kemudian mendodoikan mereka. Bila mereka bangun dari tidur pada keesokan pagi, aku akan mengangkat mereka menuju ke bilik mandi, memberus gigi mereka, meletakkan syampu di yang tak memedihkan mata di atas kepala mereka dan kemudian menjirus air suam ke atas tubuh mereka yang cantik



Aku membidas diri aku. Aku bukan pedopilia. Aku tak terfikir nak adakan seks dengan bayi atau budak kecil yang belum mencecah usia akil baligh. Ataupun aku bukanlah seperti kebanyakan orang yang bila melihat kanak-kanak kecil yang comel di mata mereka, akan wujud keinginan untuk melihat mereka menangis tapi memanggil diri mereka sebagai normal. Aku cuma ingin melihat kanak-kanak kecil ini membesar di hadapan aku. Bila dah besar kelak, aku akan gigit cuping telinga mereka sehingga terputus dan saksikan darah memancut keluar. Cuping telinga tadi aku akan letak di dalam laci dapur.


Susah sebenarnya jadi psikopat. Selalu saja kepala kucing yang aku penggal dan simpan di bawah ranjang akan mengiau dan berbisik yang aku sebenarnya kanibal. Kucing ni dah gila panggil aku kanibal? Aku tak pernah lagi makan daging manusia sebelum ini. Kalau ada pun abu emak aku yang tak sengaja tertumpah masuk dalam kopi aku sebab menyimpannya di dalam balang gula selepas aku menolak emak di tangga dapur dua tahun lalu. Emak suka membebel. Dan boros. Dan ada tubercolosisi. Dan aku tak sukakannya.


Aku selalu saja bergelut dengan anxiety sama ada aku harus meluru masuk ke dalam rumah jiran aku selepas isterinya bersalin enam hari lepas dan kemudian mencuri bayi mereka. Aku akan letakkan bayi baru lahir itu bersebelahan aku di atas ranjang dan menjilat ubun-ubunnya. Kemudian memasakkannya bubur dan menyusukannya dengan puting kucing jiran. 


Banyak sebenarnya kerja menjadi seorang psikopat. Mungkin psikopath adalah satu-satunya manusia yang bergelut dengan pelbagai jenis label yang diberi oleh orang ramai dan sering tercicir banyak impian mereka yang tak boleh dicapai sepanjang kehidupan ini. Macam impian untuk menyiat lidah rahib di hujung kejiranan yang sering bercakap pasal hari kiamat, atau menuang asid ke dalam mulut isteri sendiri sebab celupar bila mengatakan rahsia hubungan intim di belakang kantin gereja. Nama aku Maaruf dan ini catatan aku sebagai seorang psikopat……

@@: bersambung

Oleh : Lucy Montok

Kerohanian (Spiritualiti)  – oleh Kafir RB


Jangan silap. Kerohanian atau spirituality bukan (hanya) pasal dan untuk agama dan keagamaan. Rohani adalah satu dari berlambak perkataan yang maksudnya sering disalahanggap atau didominasi maksud tertentu je. Agama itu sendiri bukan hanya pasal kerohanian, tapi ni topik lain. Jadi aku bukan nak tulis pasal agama atau Tuhan. Untuk kebanyakan orang, kerohanian adalah sembahyang atau pergi ke masjid, gereja, kuil, tokong dan lain-lain rumah ibadat agama. Jangan salah-sangka, aku tak persoalkan atau sangkal pun kerohanian yang macam ini. Sebab tak ada pun ketetapan tentang macam mana kerohanian itu patut berlaku atau dilakukan.

Semua orang memang ada kerohanian. Tak kira melibatkan keagamaan atau tidak. Mendengar atau bermain muzik pun memuaskan rohani. Bersukan pun. Seks pun walaupun sering dilabel keseronokan jasmani je. Apa-apa pun boleh jadi kerohanian untuk tuan punya badan masing-masing.

Se-skeptik mana pun seseorang itu, pasti akan memikirkan ada macam sesuatu yang jauh lebih “besar” atau “hebat” dari segala yang nyata, dari segala yang kita boleh rasa dengan semua deria kita. Atheis pun ada kerohanian. Sains pun. Memikir dan mengkaji alam adalah kerana manusia punya rohani. Kerohanian ini yang mendorong kita untuk mencari makna dan tujuan hidup. Tidak ada jawapan atau kebenaran nyata pun untuk semua dan tiap orang selain hidup dan mati. Dalam masa selepas kelahiran dan sebelum kematian, kita yang (cuba) gapai dan capai niat dan halatuju sendiri.

Fikrah akal manusia akan sentiasa bertanya, menanya, mempersoal dan menyoal. Kita akan yakin, tak yakin, percaya dan tak percaya. Semua kerana didorong oleh rohani masing-masing. Sebab tu manusia skeptik pun ada rohani. Tapi kita hanya mampu menafsir melalui deria kita. Deria-deria kita hanya mampu bergantung kepada pengalaman atau sejarah – corak/bentuk/pengulangan. Hatta nak meramal yang belum berlaku atau masa depan pun macam tu juga.

Jadi itu la dia. Aku cuma highlight pasal maksud perkataan rohani.