Cukong  Press bermula pada awal tahun 2015. Kami adalah kolektif pekerja yang menerbit dan mengedar buku yang bergenre radikal dan taboo. Jumlah kami kecil. Hanya 4 orang. Dan kami bekerja lebih masa untuk mendapatkan wang sekadar yang kami mampu. Produk kami berkonsepkan D.I.Y(Do it Yourself/self binding/handmade) kerana kami percaya kepada apa yang kami lakukan.

Kami penyokong anarkisme. Ini dapat dilihat dalam sebahagian buku yang kami hasilkan dan dalam cara kami menjalankan perniagaan. Oleh itu, keputusan di Cukong Press akan dibuat secara kolektif. Bermula dari apa yang kami hasilkan, apa yang kami edar dan bagaimana kami menstruktur pekerja. Semua kerja daripada menyapu sampah hingga menjawab telefon akan dikongsi. Apabila pemanggil menelefon dan bertanya, “siapa yang bertanggungjawab?” jawapannya kami ialah: “semua orang!”

Matlamat utama kami bukan keuntungan (walaupun kami perlu membayar sewa). Matlamat kami adalah untuk membekalkan tulisan dan imej radikal kepada seberapa ramai orang yang mungkin. Kami sedaya upaya akan meningkatkan pengeluaran dan meluaskan pengedaran untuk membantu anda membuat perubahan positif pada dunia. Buku-buku dan media yang kami terbikan diedar oleh peniaga kecil, bukanlah syarikat besar. Oleh yang demikian, seperti yang anda mungkin tahu, barangan kami tidak boleh didapati daripada penerbit/syarikat/kedai korporat dan kedai rangkaian mereka.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s