Rohingya,Patriotik,Nasionalis,Yang Lain-Lain & Kita -By Lucy Montok

​1. Dalam satu artikel yang diterbitkan oleh Anarkis.org beberapa minggu lepas, mempersoal tentang tindakan beberapa negara yang menutup sempadan untuk pelarian Rohingya.

2. Kapal yang dipenuhi dengan pelarian Rohingya buntu bila Thailand dan Indonesia menolak kemasukan mereka. Begitu juga Malaysia. Dan sekarang dilaporkan Bangladesh juga berbuat perkara yang sama.

3. Kau semua lagi update pasal ni. Lagi cakna. Ni pun gua tulis lepas baca keluhan member gua pasal bagaimana kita harus tangani isu pelarian perang ni.

4. Selain bina shelter dan beri bantuan dari segi moral dan fizikal, apa lagi yang kita boleh buat? Jump in dalam kancah perang, defend pihak yang tertindas atau macam mana?

5. Jump in terlalu berisiko dan sudah tentulah masuk dalam kancah perang akan menyebabkan perang jadi lebih teruk dan panjang dan lebih banyak jiwa bakal terkorban. 

6. Jadi pilihan yang ada adalah memberi tekanan ke atas pihak yang menindas dengan melakukan embargo. Langkah paling efektif kerana membantutkan perkembangan ekonomi negara penindas. Beberapa negara pernah dikenakan embargo oleh pihak tertentu seperti Iran, Israel dan Korea Utara.

7. Tapi, apa yang benar-benar Anarkis.org ni persoalkan adalah..jika kita yang dipenuhi dengan sikap belas kepada pelarian Rohingya, menekan pihak kerajaan untuk membuka pintu masuk buat pelarian Rohingya, adakah mereka yang memasuki Malaysia akan mendapat hak dan keistimewaan yang sama dengan warganegara yang lain? Potensi peluang pekerjaan dengan kadar gaji yang serupa? Inisiatif untuk membeli rumah pertama? Bayaran rendah jika menggunakan perkhidmatan kesihatan serendah RM1? Adakah mereka akan berpeluang mendapat hak-hak sebegini?

8. Percayalah bahawa selepas 7 bulan mungkin juga lebih pendek dari itu, seperti warga imigran yang lain yang bekerja di warung, kilang dan pasaraya, mereka juga akan mendapat layanan kelas kedua.

9. Anarkisme menolak state- sistem kenegaraan yang memberi gambaran bahawa kita semua perlu dipisahkan oleh sempadan. Benar, perbezaan kedudukan geografi ada yang menjadi sempadan semulajadi tetapi sempadan yang didirikan oleh negara ini menjadi lebih besar dengan wujudnya perbezaan layanan antara sesama kelompok manusia. Kita terpisah dengan menjadi ‘KAMI’ dan ‘YANG LAIN-LAIN’.

10. Artikel berkenaan menjelaskan lagi yang kita mahu menerima pelarian Rohingya tetapi cukup sekadar berlindung di negara kita dan menjadi penduduk kelas kedua. Cukup. Tak boleh menggauli hal-hal kelas warga pertama. Kerana jika benar kita mahu mereka menjadi sebahagian dari kita, sudah tentu kita tidak berasa jelik dengan warga luar yang sudah lama datang ke tempat kita untuk bekerja.

11. State lebih condong kepada sistem para pemegang kapital untuk menggariskan kawasan-kawasan mereka berbanding untuk membentuk sistem pemerintahan setempat yang kononnya lebih tersusun. Di Malaysia ada badutnya. Di Amerika juga ada badutnya. Dan para badut ini menanam semangat patriotik untuk mempertahan kawasan setempat sedangkan ia adalah serampang dua mata untuk mempertahan kawasan para pemegang kapital secara tidak langsung.

12. Tapi, janganlah kita leka dan mudah termakan helah licik para pemegang kapital. Seperti apa yang ditulis oleh Raja Otek dalam zine ketiganya untuk bab TPPA sebagai penjajahan baru- membiarkan para pemegang kapital masuk ke dalam negara kecil melalui perusahaan mereka atas skop perdagangan bebas akan menghapuskan industri kecil dan sederhana setempat dengan landasan persaingan yang tak seimbang dan menyebabkan mereka memonopoli haluan perdagangan setempat dan menguatkan lagi sistem perdagangan dunia di bawah cengkaman mereka selama ini. TPPA dan juga perjanjian ekonomi lain perlu diteliti, dilawan dan ditolak untuk kesejahteraan yang lebih besar.

13. Berbalik kepada isu pelarian Rohinya yang merenggut jiwa dan nurani kita sejak bertahun lamanya, solusinya kita perlu kembali kepada punca pembersihan etnik minoriti ini yang dilaporkan paling tertindas di dunia. Meskipun ia disebabkan oleh perang yang berlaku di antara raja kedua kelompok, juga disebabkan perbezaan pendirian para nasionalis mereka, dan pelbagai sebab lain, sentimennya akan kembali kepada ‘KITA‘ dan ‘YANG LAIN-LAIN’. 


14. Kita sebagai yang sentiasa benar. Kita sebagai yang sentiasa mulia. Kita sebagai yang sentiasa terpuji sentiasa memikirkan kita layak membantai YANG LAIN-LAIN. Para sami ekstremis yang menjadi tulang belakang pembantaian etnik Rohingya membuatkan minda kita bergelegak memikirkan moral mereka yang selama ini dikatakan sebagai non-violence bisa berubah menjadi maha keji dan zalim.

15. Jika kita mula ragu mengenai pendirian dan nilai moral para sami ekstremis berkenaan yang menyimpang jauh dari ajaran Buddha yang sebenar, adalah wajar untuk kita melihat dada kita dan meneliti apa yang berada di dalamnya. 

16 . Apakah tidak ada unsur superiority untuk memegang tampuk absolute truth sehingga begitu galak membantai YANG LAIN-LAIN kerana berlainan faith, seksualiti, dan perbezaan warna kulit dan juga redup mata mereka?

-By Lucy Montok

CukongPress akan kongsi apa-apa sahaja artikel ilmiah dan bagus di kongsi bersama,dan tidak akan bertanggungjawab jika ada keceluparan penulis,kata-kata kesat dan pujian pujian di tuju sesiapa.Terima kasih

Agak agak kenapa harga hartanah boleh meningkat? -Nadri Sazali

​”Zek, semalam aku jumpa sorang sifu ni. Dia beli rumah flat, 1 blok terus. Gila admire beb.”

Dulu, aku pun macam engkau. Aku pun gilakan hartanah. Mana tak gila, hartanah lah antara investment yang paling berbaloi. Manusia makin hari makin bertambah. Tanah? 100 tahun pun cenggitu je saiznya. Dan kalau ikut asas ekonomi, demand>supply, kompem kompem harga tinggi.

Disebabkan aku tak ada capital, aku belajar ilmu sublet. Siap pergi kelas berbayar bang. Buat sewa atas sewa, dapat makan 50-100, 10 biji rumah sebulan kenyang dah (yang buat asrama, homestay berkecuali). 

Tapi belum sempat aku mula, Tuhan kurniakan aku rezeki kahwin dan rezeki mengenal erti miskin bandar. Tuhan bagi aku mengenal erti kehidupan daripada kaca mata yg aku belum pernah sarung pun sebelum ni. Aku tak adalah kata ini keadaan rumah yang paling teruk untuk si miskin bandar macam aku, tapi rumah ni dah cukup mengajar aku erti kapitalis. Percaya atau tak, rumah aku sewa ni harga dia kalau tak silap dekat 200k kalau tingkat bawah bang.

.
Agak agak kenapa harga hartanah boleh meningkat?
Sebab banyaknya permintaan. Lagi lagi yang tinggal di bandar. Ramai yang nak tinggal sana. Dekat dengan tempat kerja. Tapi menjadi masalah bila sifat tamak haloba wujud dalam diri seorang pelabur kapitalis.

Nama pun kapitalis, kapasiti kapital pun tinggi. Apabila sang kapitalis sedar yang pembangunan bandar yg pesat akan bawa masuk lebih ramai penduduk, itu satu peluang. Maka dibolotlah mereka 10 biji, 1 blok rumah. Pembangunan yang asalnya bertujuan menempatkan kemasukan penduduk tadi, dah terpaksa sekadar menyewa daripada sang kapitalis.

Kesannya? Bina lah 100 juta biji rumah sekalipun, andai yang beli masih sang kapitalis, ia tak akan pernah cukup. Itu belum kira, sang gaji sederhana-mewah yang sibuk menadah borang rumah PPR dan rumah rumah kos rendah yang lain. Siap kalau boleh, nak beli 2-3 biji. Siap submit 2 loan serentak. Guna proxy saudara mara. Kalau boleh, anak yang 2-3 tahun pun nak diguna jadi proxy. Jadi jangan hairan bila kita ada skandal proxy besar macam 1MDB. Bapak borek anak rintik.

Untuk permainan pemain-pemain hartanah, jarang diorang beli rumah 1-2 juta. Baik beli rumah 100k 10-20 biji. Baru lah bulan bulan cashflow positive. Nak flip kemudian hari pun boleh. Dan ini masalah sebenar. Bila mereka yang main padang ‘antarabangsa’, turun main padang ‘kampung’, pasti yang kampung hanya mampu ternganga.
Salah ke main hartanah? Nak main, kau main lah 2-3 juta punya value. Yang itu, kau beli 100 pun aku tak kisah.

Engkau boleh cerita berapa banyak % pemilikan bumiputra atau apa. Kalau pemilikan 100% milik melayu sekalipun, tapi semua milik kau semua, apa bezanya dengan merempat. Jihad ekonomi? Ermmm please don’t go there.
Ada banyak lagi jalan rezeki, punca pendapatan dan saluran pelaburan yang lebih baik untuk kesejahteraan bersama berbanding hartanah. 

Andai semua manusia mampu memikirkan kebaikan bersama, dunia ini pasti cukup untuk semua. Tapi kalau semua dok fikir masa depan diri sendiri, anak cucu sendiri (nak belikan sorang rumah satu), kau ingat kau sorang ada anak cucu? 

Dunia ni cukup untuk semua, tapi tidak untuk yang tamak. Andai kau terasa tamak, kau baca balik cerita pemuda dengan sebilah kapak. Kompem insaf
CukongPress akan kongsi apa-apa sahaja artikel ilmiah dan bagus di kongsi bersama,dan tidak akan bertanggungjawab jika ada keceluparan penulis,kata-kata kesat dan pujian pujian di tuju sesiapa.Terima kasih

“Apa kejadahnya semua orang beramai ramai diperbudakkan mendengar ucapan Mahathir?”        – By Hadri Shah

​Warna kuning yang berselerak di sepanjang Jalan Ampang mudah benar melusuh saat manik-manik multi halus turun dari awan kelabu.

Ironinya, ribuan yang sebelum ini bertempik bersemangat “kita lawan” berjuta kali, pantas memenuhi ruang medan makan, restoran-restoran makanan segera di dalam menara berkembar sejurus dijerkah sang guruh sebelum dihalau air hujan.

Suasana kembali seperti sediakala. Kenderaan mula bergerak pantas mengambil posisi masing-masing kembali menyesakkan Jalan Ampang seperti hari-hari kebiasaannya.

Selepas bersalaman dengan Poji dan seorang pakcik yang baru dikenali, aku dan cikgu kelas artikel pergi menyelesaikan urusan solat. Kemudian, sementara menunggu keadaan sesak di stesen KLCC beransur tenang, kami membuang masa di Kinokuniya. 

Bukan untuk membeli buku, tapi untuk mengasihani diri sendiri, menginsafi dan memperingatkan poket kontang akan halangan memiliki buku buku bagus di kala tengah bulan.

Di bahagian rak Science Politic, aku menjumpai buku Gene Sharp, penulis buku From Dictator to Democracy. Harganya macam biasalah. Buatkan kamu rasa sendu. Tapi aku bernasib baik kerana memiliki buku tu selepas memuat turun dari blog Rahmat Haron secara percuma.

Tahun ini tak seperti tahun lepas yang mana Dataran terbuka luas. Nak nampak polis dan FRU pun bukan main susah. 

Tahun ini, Dataran dipagar. Jadi tak boleh masuk. Dari melepak tak tentu arah, penganjur ajak semua berkumpul di KLCC. Aku terima imejan tweet arahan tu dari mesej Aini. Di sepanjang stesen masjid jamek, ramai yang bertempik mengajak sekalian yang ada untuk bergerak menuju KLCC. Maka berbondong bondonglah kuning berjalan ke sana.

Aku dan Cikgu kelas artikel tertanya-tanya. Masakan begitu mudah semuanya berganjak.  Begitu senangnya kita mengalah. Begitu tenang kita meninggalkan dataran (simbol reklaim akan tuntutan-tuntutan) tanpa sedikitpun merasa adanya signifikan berkumpul di sana. Dan lebih meresahkan, apakah ini tandanya kita sudah mula berkompromi?

Gene Sharp sang penulis From Dictatorship to Democracy berkemungkinan besar tidak gembira dengan tindakan kita. 
Walau Gene Sharp menolak keganasan dalam merampas semula demokrasi dari tangan si angkuh pemerintah,(sepertimana yang ditulisnya), namun Gene dilihat tidak pro kepada perbincangan, sikap berkompromi.

Tulis Gene, 

“Jika menyangkut isu-isu mendasar, perlawanan, bukan perundingan, adalah hal terpenting untuk menuju perubahan. Pada hampir semua kasus, perlawanan harus dilakukan untuk mengusir diktator. Keberhasilan tidaklah ditentukan oleh kesepakatan yang dicapai melalui perundingan, tetapi melalui perlawanan dengan cara yang tepat, berkesinambungan serta tangguh.”

Jadinya mengapa kita beredar dari dataran? Seolah-olah kita bersetuju dengan “rundingan”, tidak dibenarkan berkumpul di dataran.

Macam mana kita boleh terlepas pandang? Dataran itu simbol kepada kebebasan, cita ciata dan tuntutan kita, bukan? Jadinya sekali lagi aku bertanya mengapa ke KLCC?

Dan apa kejadahnya semua orang beramai ramai diperbudakkan dengan mendengar ucapan Mahathir, Muhyidin Yasin di hadapan KLCC?

Cukupkah sekadar berarak, bersorak bertempik, bergambar, mendengar ucapan-ucapan sampah

dan pabila hujan turun, kamu semua beramai ramai mengenakan secawan kopi panas di kafe O Brien bersama baju T Bersih?

Macam tu gayanya kamu angkuh katakan satukan tenaga?
Macam tu??

 -By Hardi Shah-
CukongPress akan kongsi apa-apa sahaja artikel ilmiah dan bagus di kongsi bersama,dan tidak akan bertanggungjawab jika ada keceluparan penulis,kata-kata kesat dan pujian pujian di tuju sesiapa.Terima kasih


[Artikel] The Moon Is Down

image

Oleh Kafir RB

Ini bukan tulisan BI. Tajuk je. Sebab aku degil. BM tetap aku anggap bahasa yang lebih sesuai  untuk anak semua bangsa sini. Penguasaan BI even among the English-speaking urbanites isn’t much to shout about. At best, rigidly textbook-like and stingy on nuance. Having said that, I won’t even bother zipping up my nonexistant flame-proof suit.

So I digressed.

Minggu lepas fenomena Supermoon. Serentak aku teringat dua benda. The Moon Is Down. Nama lagu band Explosions In The Sky (EITS) yang dicilok dari tajuk novel John Steinbeck.

Terus-terang, sastera klasik da lama aku tinggalkan. Terus-menerus lagi terang- benderang, dulu aku baca buku yang ni pun sebab terjumpa buku tu kat kedai buku terpakai. Murah punya pasal.

Tapi sekali lagi aku dah lari sikit ni.

Aku bukan nak cerita EITS mahupun pasal militari. Bukan jugak nak review buku Steinbeck tu. Maaf la, seorang non-writer macam aku tulis ikut flow apa dalam kepala otak. Pergi mampus dengan susunan dan tema.

Karya John Steinbeck yang ini kurang popular. Ramai orang hanya kenal/baca buku Grapes of Wrath.

Sejak dua minggu ni habis viral sedunia pasal The Simpsons kononnya ‘ramal’ dengan tepat kemenangan pilihanraya Donald Trump 16 tahun lepas. Kecoh pasal placard ‘Donald J Trump for President’ dalam video Rage Against The Machine tahun 1999 untuk lagu ‘Sleep Now In The Fire‘.

Macam-macam jenis spektra dilemparkan kepada kita. Termasuk Supermoon yang di-overhyped. Manusia makin tahu banyak maklumat, makin bercelaru fikiran. Teralih pandangan kita.

Tapi untuk aku, yang banyak bantu fahamkan aku pasal situasi dunia – apa yang sudah, sedang dan akan berlaku dalam jangka masa sederhana ni, hanya sebuah karya tidak berapa popular dari Steinbeck. Terutamanya pasal propaganda yang “baik”.

Rata-rata orang anggap propaganda membawa maksud buruk je. Hampir semua orang akan kata ia manipulasi jahat semata-mata.

Dalam buku tu, sebuah kampung fiksyen di  negara fiksyen yang mengambil sikap neutral tatkala Eropah berperang, ditawan dengan mengejut oleh tentera fasis. Demokrasi yang mereka yakini memberi kebebasan mutlak diasak tiba-tiba oleh autokrasi.

Novel Steinbeck ini walaupun ditulis sebagai propaganda untuk meraih sokongan masyarakat kepada tentera pihak Bersekutu semasa Perang Dunia Ke-2, namun Steinbeck dengan licik memesongkannya dengan elemen-elemen tersirat.

Kalau ada propaganda yang lari dari stereotaip, dan berniat positif,  contoh terbaik barangkali novel ini.

Steinbeck memesongkan propaganda jahat perang menjadi propaganda keamanan. Keamanan yang kita mahu tidak akan hadir tanpa konflik dan chaos. Orang kiri kata kontradiksi melahirkan yang baru – sama ada for better or for worse.

Bahagian awal cerita ni agak ” farcical“. Naratif peperangan dan kematian diceritakan oleh penulis semacam tidak tragik dan hampir macam komedi gelap.

Aku rasa filem Malaysia, Lelaki Harapan Dunia seolah mencedok elemen dari The Moon Is Down; komedi gelap tentang level bangang yang kita manusia yang kononnya benda hidup teragung mampu capai dan sarat dengan Murphy’s Law. Aku rasa la. Hanya yang tulis cerita, lakon layar dan pengarah yang maha mengetahui benar atau falasi apa yang aku agak ni.

Steinbeck memanipulasi cerita yang sepatutnya serius menjadi lawak. Kedua-dua pihak tentera dan orang-orang kampung membuat benda bangang dalam situasi panik.

Dia menganjing perang dan kebebalan manusia yang anggap keamanan itu hak mutlak yang datang tak perlu dipertahan mahupun diperoleh.

Watak-watak tentera fasis meminta tolong selepas cedera bertempur. Secara sinis, ini menggambarkan mereka juga manusia yang memang manusia macam kita semua. Bukan manusia Aryan yang konon ada ketuanan (supremacy) ke atas bangsa manusia lain. Mereka dan juga Jamal Hidung Merah a.k.a Jamban Kebal tidak kebal.

Kita juxtapose-kan dengan situasi dunia mutakhir ni. Terlalu banyak persamaan.

Kerana tidak kira kita ini polis atau rakyat biasa, orang urban atau kampung, pengundi BN atau pengundi PR/PH, pengundi Trump atau pengundi Clinton, mat rempit atau LGBTQ – kita semua mangsa sistem; ketamakan dan keangkuhan kuasa dan ekonomi.

Ada satu lagi peristiwa berlaku pada 8 November 2016. Barangkali lebih penting dari spectacle Jamuan Coke dan Pepsi pada hari sama.

Peristiwa ini berkongsi tarikh dengan Pilihanraya Presiden di US. Lalu mudah kita terdodoi dari mengetahui satu sidang penting yang menentukan halatuju jangka masa panjang. Bukan pasal TPPA tapi Persidangan World Meteorological Organisation (WMO) pasal perubahan iklim dunia.

Laporan WMO amat menyuramkan.Saban tahun sejak 2011, berlambak rekod-rekod cuaca dan suhu dipecahkan; sama ada paling kering, paling basah, terpanas, tersejuk. Jauh lagi banyak dari rekod-rekod bodoh yang mahasiswa IPTA (terpaksa) buat.

Bila da tahu dan faham betapa masa depan planet ni bergantung pada laporan dan konklusi sidang WMO, lagi lah nampak tidak ada beza pun kalau Clinton menang walaupun dia guna retorik pasal climate change manakala Trump dan majoriti Parti Republikan tidak faham atau acah tak percaya demi para pemodal dalam isu ini.

Macam ni la. Adakah Obama yang kononnya presiden paling kisah pasal isu ini telah mengotakan Protokol Kyoto yang ditandatangani US 2 dekad lepas? Soalan retorikal itu la jawapan kepada pilihan absurd Coke atau Pepsi

Keputusan dan jenis langkah susulan diambil dari Laporan persidangan WMO 8 November 2016 akan menentukan nasib kita manusia. Lagu EITS yang disebut awal tadi bermain kat kepala aku sekarang. Cukup tepat menangkap mood pesimis dan suram, atau penyesalan dan perubahan – persoalan tentang jalan mana manusia mahu pergi kat simpang ini, kita tak tahu lagi.

Kalau rasa bendalah perubahan iklim remeh berbanding pegangan ideologi dan politikal ekonomi manusia dan segala “-ism”, memang sial la nasib Bumi ni.

Stephen Hawking pun pesimis. Katanya kita cuma ada 1000 tahun lagi kat Bumi:

https://twitter.com/ajplus/status/800005983611125760?s=09

Kredit khas kepada Zoharisso yang bawak balik air bebas cukai bervolume 61.2%.

Gig review-Black Jacket Calling &D.i.Y fest At The Wall 12 Nov 2016 ,Batu Pahat City-By Koye

Meriah dan hebat !,itu saja perkataan sesuai dan terbaik yang mampu aku ungkap bagi menggambarkan perasaan aku bila tamat sudah tour Black Jacket Calling bersama  DIY fest. Kali ini vanue acara di buat di Batu Pahat anjuran Faderasi Kolektif, Cukong Press juga bersama-sama kekuatan komrad-komrad The Wall.

Walaupun kehadiran crowd tidak lah seramai seperti mana di konsert maupun festival,namun segala nya tak menjadi hal, bila kawan-kawan yang datang nampaknya berjaya memberikan ‘good vibe’ pada penganjur dan band  dengan sokongan yang mantap dan terbaik.

Boleh celen la crowd di konsert-konsert besar jika nak di bandingkan,kerana di konsert besar selalunya dipenuh dek ‘homo sapiens’ yang walau pun berduit kepuk (sebab mampu beli tiket mahal dan kopak) namun sebahagian besar darinya ,pemalu-pemalu  dan tak best malah tak kurang ramai yang memang addicted dengan berperangai ‘daghat’ sibuk nak berselfie sana sini tak tahu penat .

Mahu dikata nak ‘enjoy the music’ memang tak lah, kalau mata sendiri pun masing-masing ketat dok mengadap screen phone mengupdate gambar di media sosial (stail tak menyabor).Tegar betul dengan teknologi,tak nak berehat langsung.

Aksi Bermula

Jadi ,di The Wall ,daya penarik yang perlu highlight kan adalah sikap dan penerimaan crowdnya begitu ketara berbeza dengan sambutan di bandar -bandar besar seperti di KL ataupun Penang.Mungkin pada sesiapa yang pernah ke The Wall,BP ini pasti kau dapat rasakan kebenaran kata kata aku

Crowdnya memang awsome ,sporting dan supportive nak mampos hahahaha ! ,Yang mana,boleh di katakan setiap kali ada band yang perform di pentas,mesti  pit akan penuh.Tak ada masa nak bermalu maluan ,bersombong-sombongan ,ignorant,buat hal sendiri,kerana masing-masing mahu enjoy the music and live to the fullest.

Oleh sebab itu aku akui seperti mahu tabik spring dengan crowd di The Wall,alasannya ukhwah deme memang rare dan payah nak rasa dalam scene di bandar bandar .Mungkin kot kebanyakan kita komrad ‘bandor’ rata rata dah selesa dengan feel kebandarannya sampai kelam dengan illusi ego memasing. 

Hingga pernah kedengaran di telinga pesan dari seorang komrad “Kalau kamu bukan ‘somebody’ jangan harap la deme sek-sek bandor ni nak tegur kamu.Kalau la kamu nak  tegur dulu ,50-80℅ ! risiko tak di endah nya kamu, harus rela ditanggung sendiri”.Benar atau tidak kata-kata ini hanya mereka yang merasai saja yang tahu.

Lantas, suasana di The Wall pada hari itu,walaupun dengan kehadiran umat manusia mencapai sekitar 70 ke 100 orang ,namun tidak sesekali mengagalkan suasana bahang kemeriahan di lantai mosh (mosh pit) The wall .Malah aktiviti bersama CukongPress seperti bengkel stensil dan kelas membuat buku secara D.i.Y juga mendapat kerjasama yang baik daripada crowd dan line up band yang hadir.
Ternyata yang datang bukan lah mat atau minah punkers yang bajet ‘lior’ ,bajet rock star, angkuh lagi berasa rasa dirinya begitu well known(berat nanang berok !)Tetapi adalah kalangan mereka yang bukan sekadar nak berhibur tetapi juga mahu ber aktiviti.

The Wall and The Band

“Kalau crowd best,band yang main power ke tak?”.Tanya si Qayum member aku budak Rawang  masa kami lepak di Nasi Royale Ampang semalam.

Pada dia boleh lah aku ceritakan panjang lebar,tentang band-band yang perform tempohari, tetapi dalam penulisan ini kalau aku review satu-satu,rasanya berkajang-kajang panjang boleh pergi tulisan aku nanti ! ,jadi novel,jelak karang korang baca.Jadi cukup lah aku simpulkan sedikit yang mana kesemua band main hari itu memang ‘supperrr !’

Aksi gig bermula dengan kugiran P-RM dari Kajang membuat persembahan tanpa segan silu.Mood crowd mulai bangkit di bakar keunikan music folk punk yang mesra tuk di dengar telinga .

Ramai juga yang ber sing along semasa band ini menyanyikan lagu  ‘Ini sebuah Rampasan’ bersama-sama dengan vokal lantunan PetaK Daud vokalis/gitaris P-RM .Musik semestinya memang memberi kelainan dengan kemerduan tiupan accordian juga showmanship jejaka-jejaka line up,terutamanya pemetik bass sudah cukup bisa membuat getor ke tulang rusuk gegadis.

Selepas itu,giliran Tinklemaybox pula menghidupkan suasana Seattle dengan amukan riff  grunge mereka yang kental.

Band yang di wakili oleh Nuha di posisi bass ini kedengaran lebih sempurna lagi apabila mereka memainkan cover song Aneurysme (Nirvana) dan Nicotine (Butterfingers ) yang seolah berjaya membuat crowd di lantai teruja seperti sedang berada di konsert Butterfingers dan Nirvana. Dan sememangnya mengapa aku ber imajinasi sebegini tak lain tak bukan kerana sebabkan kesan sound effect yang di setup oleh Jie gitaris Tinklemaybox  itu kedengaran begitu asli.(pandangan peribadi,kalau kau tak rasa sama, itu kau punya pasal lah)

Sesudah saja Tinklemaybox beraksi,kelibat band punk ‘barai’ dari Ampang ,yakni AyamHitam pula menguasai pentas.Ternyata mereka benar-benar berkuasa di pentas hari itu.Pada sesiapa yang pernah melihat Ayam Hitam beraksi sebelum ini,pasti sudah menjangkakan yang Ayam Hitam kali ini tetap akan datang dengan kebaraiannya.

Tidak mengecewakan,Ayam Hitam memang punk sasau.Bermula dengan lagu baru nya ‘ Kawan’ berentak ska barai, mereka berjaya membaraikan lagi crowd dengan lagu-lagu seterusnya .Sesekali musik mereka ada berbunyi crusty, kadang kala berbunyi stoner rock dan tetiba catchy macam nak menari disko.

Sungguhpun begitu, itu lah “Ayam Hitam= Barai “,namun mereka tetap menghiburkan crowdnya,malah tak kurang juga ada crowd yang sibuk rampas- merampas mic untuk menyanyi bersama.

Berakhirnya persembahan Ayam Hitam,menamatkan seketika fasa pertama Black Jacket Calling hari itu dan di sambung dengan bengkel membuat stencil dan buku secara D.I.Y yang di selia oleh komrad Ocha.

Terima kasih kepada  mereka ,bersemangat melibatkan diri dengan kelas yang di anjurkan .Setelah 15 minit berehat,acara gig di sambung semula oleh persembangan band KlabuAsap.

Sound punk rock tegar mereka kembali menggegarkan pentas lantas memanggil-manggil crowd di luar supaya masuk bertandang ke dalam pit.

Broken Tape Incident pula mengambil alih acara gig selepas itu di ikuti dengan band Kledexx yang agak menggila lebih-lebih lagi bila mereka cover lagu Bro Hymn- Pennywise.

Band dari Jerantut ini sama-sama menambahkan bahang aksi pada hari itu biarpun acara sudah sampai ke ambang kemuncak dan hanya tinggal satu band lagi yakni Acid Distortion yang bakal membuat persembahan.

Tamatnya persembahan dari Acid Distortion maka berakhirlah aksi Black Jacket Calling (BJC)  dan DiY Fest anjuran Cukong Press di vanue THE Wall yang berlangsung dengan meriah dan havoc.Terima kasih pada crowd Batu Pahat dan crowd dari sekitar Johor,Melaka,Pahang,KL yang hadir,kome memang terbaik !.Tunggu selepas ini review gigs tour Black Jacket Calling di Vanue seterusnya Kulim (Kedah) dan Dungun ( Terengganu.)

 Koye-

​BERSIH 5 DAN KEMATANGAN KAUM 99% -oleh : Hadri Shah

Barangkali, ramai diantara kita, lebih-lebih lagi bagi mereka yang petah bercakap soal ideologi dan mengimpikan perubahan dalam lanskap politik-ekonomi-sosial, pasti pernah pernah mendengar kalimat popular Karl Marx,  

“the task is not just to understand the world, but to change it”.

Namun begitu, sesakti mana sekalipun sesebuah kalimat itu, ia akan hanya tinggal sebagai sebuah kalimat – andai tiada usaha dari kumpulan manusia mengambil peluang memaknai kalimat itu dengan cara mengambil bahagian melukis warna-warna perubahan.

Tahun lepas, seminggu selesai protes Bersih 4 yang beracara selama 48jam, Sosialis Alternatif Malaysia mengadakan forum pasca Bersih bagi membincangkan idea dan hala tuju Bersih sebagai penggerak demonstrasi paling popular di kalangan masyarakat Malaysia. 
Panelis forum terdiri daripada saudara Yuva Balan selaku wakil Sosialis Alternatif, pensyarah undang-undang prolifik Azmi Sharom dan wakil Bersih, aktivis anak muda Adam Adli.
Bersih 4 menyaksikan kehadiran ramai peserta protes yang masih “hijau”. Melihat dari sisi positifnya, ia membuktikan semakin ramai individu di Malaysia mula mengimani “turun ke jalananraya” bukan lagi perilaku kriminal, bahkan ianya diakui sebagai antara prinsip kebebasan bersuara/demokrasi yang dipraktis seluruh masyarakat global. 

Tetapi, setelah 48jam berkumpul dan bermalam di Dataran Merdeka, apakah signal yang berjaya dituju kepada kerajaan Barisan Nasional?

Ketika di forum anjuran Sosialis Alternatif itu, antara perbincangan yang hangat dibincangkan ialah tentang idea gerak aksi hartal.
Mengapa hartal disebut-sebut? 

Ada dari kalangan protester menganggap Bersih sudah tidak menyengat, sudah bukan lagi menjadi aksi subversif yang mampu menggugat hegemoni Barisan Nasional. 
Jadinya, idea akan hartal timbul sebagai alternatif bagi menghantar mesej yang lebih keras kepada pemerintahan Najib Razak.

Masakan tidak, suasana Bersih 4 terlalu aman damai, ruang atmosferanya meriah dengan bunyi bunyian nyaring vuvuzela, selfie stick berlaga laga di udara merakamkan gambar sang “protester” yang berbaju kuning, tidak kurang aksi muhibbah masyarakat dipotretkan – yang berbangsa tionghua menyiram air mineral buat si beragama muslim mengambil wudhuk dan mereka jugalah yang menjadi benteng ketika sahabat muslim mereka bersolat. 
Sesekali akan kedengaran protester menjerit “bersih,bersih!”. 

Terdapat banyak gambar pemimpin opposisi yang berbaring di atas jalan dimuatnaik di media sosial berserta kapsyen-kapsyen “berjiwa rakyat”. Oh ya, Mahathir yang dahulunya menjadi punca anak muda ke jalanraya era reformasi turut hadir memberi sokongan kepada Bersih.

48 jam berlalu dengan ketenangan. Tiada idea, tiada gerak kerja memberdayakan organisasi massa, tiada partisipasi anak muda-kelas pekerja dalam membahas pelan-pelan subversif, pendek kata yang ada hanyalah rakaman gambar-gambar muhibbah peserta Bersih dan politikus pembangkang arus perdana.

Pengakhirannya, kerajaan Barisan Nasional masih merajai pemerintahan manakala parti opposisi pula semakin ditimbus selut kecelaruan. 

Setelah melalui siri-siri Bersih 1.0 sehinggalah bakal memasuki siri yang ke-lima, di manakah tahap kematangan demonstrasi Bersih?

Pertama yang perlu kita lihat, mesej Bersih yang manakah benar-benar mengganggu-gugat Barisan Nasional?
Adakah kesemua tuntutan Bersih mempunyai nilai vulgar kepada pemerintahan Najib Razak?

Apabila Bersih menuntut kerajaan yang bersih dari korupsi, adakah kelas masyarakat hanya merujuk kepada keselingkuhan Kerajaan Persekutuan? Bagaimana pula dengan kerajaan negeri seperti kerajaan PAS Kelantan yang bersama kapitalis merampas tanah orang asal atau kerajaan Pakatan Rakyat di beberapa negeri yang terkait skandal nepotisme/kronisme?

Adakah tuntutan Bersih masih relevan di mana dalam situasi ekonomi sekarang yang semakin meruncing, Bersih masih lagi menuntut hak berhimpun walaupun kini sudah memasuki siri ke-lima? 48jam protes, tiada seorang pun peserta Bersih 4 ditembak gas pemedih mata. Ini maksudnya apa?

Dan apabila Bersih menuntut pilihanraya yang adil, semestinya ia mesti melibatkan argumen-argumen elegan bagaimana menarik penglibatan kelas masyarakat. Idea pilihanraya yang bersih tidak semestinya menyingkapi langkah-langkah atau cara cara perlaksanaan sahaja malah ia berbicara soal partisipasi kelas masyarakat dalam membentuk pilihanraya yang lebih demokratik.

Soalnya sampai bila penganjuran Bersih mesti digerakkan pada hari minggu? Mengapa hari Sabtu? Mengapa tidak hari Isnin? 
Beberapa bulan lepas, 60% rakyat Poland tidak hadir ke tempat kerja pada hari Isnin demi mendesak kerajaan memansuhkan undang-undang pengguguran. Ia berkesan dalam memberi mesej yang jelas kepada pemerintah Poland. Bukankah ini waktunya yang paling sesuai bagi kesatuan kerja di Malaysia memberi didikan kepada seluruh kelas pekerja cara-caranya menjadikan kelas elit pemerintah/pemegang produksi tidak duduk senang?

Bersih bukannya satu-satu pintu untuk menjatuhkan Barisan Nasional kemudian digunakan sebagai modal politikal buat parti politik pembangkang arus perdana merampas kuasa. Kita tidak mahu semata mata menumbangkan Najib kemudian kekeringan idea untuk memperbaiki kerosakkan 58 tahun Barisan Nasional. 

Ini bukannya isu menewaskan Najib dan mengangkat opposisi, ini adalah isu perang kelas, melibatkan kaum 99% yang terdiri dari kelas pekerja, anak muda-mahasiswa melawan kaum 1% (elit pemerintah,kapitalis). 
Segala kesulitan, malapetaka yang terang-terang berlaku disebabkan kecurangan urus tadbir, rasuah, pengagihan ekonomi yang tidak adil, kronisme, agenda neo-liberal, birokrasi – semua ini tidak boleh diselesaikan dengan peralihan kuasa dari Barisan Nasional kepada Pakatan Rakyat. 
Kaum 99% mesti mula berani mengambil bahagian, berpartisipasi, merangka pelan-pelan memaksimakan demokrasi. Ini bukannya masa Kesatuan Kerja berperanan menyelesaikan hal remeh temeh masalah ahli, ia mesti mula beroperasi mendidik ahli kesatuan tentang ideologi, tentang kepercayaan untuk mencipta perubahan.

Noam Chomsky pernah ditanya seorang peserta Occupy Boston pada 22 Oktober 2011, “I’d like to ask you if, today you would advocate a general strike as an effective tactic for moving forward ; and second would you ever,if asked, allow for your voice to relay the democratically chosen will of our nation?”

Beliau langsung menjawab, 

“My voice wouldnt help. And besides, you dont want leaders; you want to do it yourselves. We need a representation, but you need to pick them yourselves and they need to be recallable representatives. We are not going to fall into some system of control and hierachy.
Chomsky menambah,

“But the question of general strike is like the others. You can think of it as a possible idea at a time when the population is ready for it. We cant sit here and just declare a general strike. Obviously, there has to be approval, agreement, and willingness to take the risks to participate on the part of the large mass of population. There has to be an organization, education, activism. Education does not mean just telling people what to believe. It means learning things for ourselves”.

Bersih mesti dimanfaatkan sepenuhnya oleh kaum 99%. Ia tidak sekadar menyatakan tuntutan, bahkan seiring dengan kematangannya, ia adalah ruang demokratik yang diterajui oleh kelas pekerja, anak muda dan mahasiswa merangka pelan pelan konstruktif untuk seribu satu perubahan.

Mengapa perlu mengharapkan hieraki kepimpinan, jika kita sudah memilki jiwa yang besar untuk bersama sama merebut semula apa yang telah dirampas?

Selepas Bersih 5, mungkin ada yang ke-enam, ke-tujuh dan siri seterusnya. Kerana jalan perlawanan menuntut masa yang panjang, yang diperlukan ialah kesabaran dan dedikasi.
 
Namun kita tidak mahu Bersih menjadi siri demonstrasi sekadar pesta di hari minggu, dek kerana hal begitu ia langsung tidak bermakna, membuang masa dan akan dikenang sebagai romantisme palsu sebuah perjuangan.

CukongPress akan kongsi apa-apa sahaja artikel ilmiah dan bagus di kongsi bersama,dan tidak akan bertanggungjawab jika ada keceluparan penulis,kata-kata kesat dan pujian pujian di tuju sesiapa.Terima kasih


 “Nak kena turun demo ke nak dapatkan perubahan?”- By Hadri Shah

​Tak jarang apabila aku mendepankan idea, pandangan dan kritikan aku dalam platfom penulisan, ramai merespon berupa bentuk soalan “habis tu, apa solusinya?” ataupun “nak kena turun demo ke nak dapatkan perubahan?”.

Seolah-olah langkah langkah penyelesaian yang depa semua tunggu-tunggukan tu boleh melukiskan pelangi di kaki langit pada esok hari.
Profesor Noam Chomsky berkali kali menceritakan zaman The Great Depression di Amerika tahun 1930an dimana kaum tertindas (kelas pekerja) sentiasa yakin akan adanya   dunia yang lebih baik walaupun keadaan mereka pada saat itu seumpama hidup di neraka.

Kepercayaan.

Itu sebenarnya yang sentiasa membakar api pemeberontakan sang tertindas.
Memberontak kerana mahukan hidup yang lebih baik. Memberontak kerana mahukan kebebasan dari perbudakkan. Memberontak kerana mahukan kesamarataan. Memberontak kerana mahukan ketidakadilan ditumpaskan.

Lalu mengapa ada kawan-kawan kita yang punya masa senggang tergamak menulis panjang panjang tips-tips berjimat di kala keadaan ekonomi-sosial yang menekan-nekan?
Macam-macam tips diberikan; dari mula menabung ke sifat mula mencintai pelaburan, menahan diri dari berbelanja walaupun pasaraya menawarkan diskaun, tukar selera fesyen dari H&M ke gedung pakaian Mydin, sehinggakan ada nasihat yang terburu buru mengarahkan kita menunggang kapcai dari mencita-citakan memandu Honda City. 
Semua itu adalah cara paling afdal mengharungi kehidupan sekarang yang semakin perit.
Pada pandangan kamu, apakah nasihat begini semua mampu menyelesaikan masalah? Apakah ini satu-saty caranya membereskan kegersangan,kesempitan yang kita tempuhi?
Mengapa kesekian kali apabila kecelakaan berlaku, sekerap itu jugalah kawan kita tu memujuk kita dengan berpuluh puluh tips yang tak masuj akal? 
Mengapa nasihat nasihat bodoh ini ditulis untuk didedikasikan kepada kita, masyarakat yang bekerja selama 8jam di pejabat pada siang hari dan kemudian menjadi pemandu Uber di sebelah malam pula?
Jadi, perlukah kita menunggu pilihanraya untuk mengubah situasi sekarang? Tidak semua perkara mampu dipulihkan dengan sekeping kertas undi. 
Kerana demokrasi “memberi undi” adalah sejenis demokrasi palsu yang menafikan partisipasi seluruh kelas masyarakat dalam mengambil bahagian dalam urusan mengurus tadbir, sebaliknya memperkasakan jangka hayat politikus elit.
Setiap idea tentang kebebasan, cita cita akan kesamarataan, keadilan, pengukuhan demokrasi mesti memerlukan keterlibatan anggota masyarakat itu sendiri.


Ianya tidak boleh berhenti di satu tahap bahkan ia mesti berombak progresif sesuai dengan perubahan yang berlaku dalam komuniti masyarakat.
Maayarakat tidak memerlukan pujuk rayu berupa tips acah-acah positif dari kawan-kawan kita tu.
Yang diperlukan masyarakat saat ini ialah kepercayaan pada diri sendiri akan hadirnya hari yang menyaksikan ranapnya kecelakaan.
Masyarakat sendirilah yang mesti sedar akan kepayahan ini bukannya datang kerana sifat malas mereka, tetapi kerana aturan sistem ciptaan kaum yang memiliki pengaruh dan kuasa wang.
Mereka mesti mula berpesan pesan akan kesabaran dalam merancang merebut semula dunia ini, bukannya berpesan pesan akan kesabaran palsu yang teramatlah meloyakan!

CukongPress akan kongsi apa-apa sahaja artikel ilmiah dan bagus di kongsi bersama,dan tidak akan bertanggungjawab jika ada keceluparan penulis,kata-kata kesat dan pujian pujian di tuju sesiapa.Terima kasih

Sembang Iblis-by Sidious

​Petang tadi aku terfikirlah pasal cerita – cerita zaman kecik – kecik dulu oleh ustaz ustazah dekat sekolah.
Satu cerita tu adalah pasal Iblis yang menjadi ketua kepada para malaikat. Iblis ceritakan dekat malaikat yang salah seorang daripada mereka satu hari nanti akan diusir dari syurga. 
Memandangkan iblis dianggap sebagai makhluk paling alim sekali oleh para malaikat, dia pun diminta untuk mendoakan jemaah – jemaah malaikat supaya tidak termasuk dalam yang akan diusir satu ketika nanti. Nak dijadikan ceritanya, iblis duk doakan jemaah – jemaah dia, tapi terlupa untuk doakan diri sendiri.
Dan seperti yang semua maklum, iblis lah yang diusir setelah tidak patuh dengan arahan sujud kepada adam.
Jadinya bila aku teringat balik kisah itu, aku pun tertanya – tanya tentang prophecy dalam kalangan orang islam. Orang islam selalu sampaikan kisah – kisah akhir zaman.. tentang yakjuj makjuj, tentang dajjal yang dikatakan sebagai anasir luar yang akan memporak perandakan kehidupan atas muka bumi. 
Lalu anak – anak orang islam membesar dengan perasaan berwaspada terhadap orang – orang bukan islam yang dianggap mempunyai kebarangkalian adalah agen – agen fitnah akhir zaman.
Kiranya kalau sebut dajjal, sebut yakjuj makjuj tu, memang automatik mindset akan default untuk merujuk kepada golongan bukan islam.
But what if, semua cerita – cerita yang disampaikan itu sebenarnya merujuk kepada si tukang bercerita itu sendiri, seperti halnya dalam kisah si iblis tadi. Pasalnya aku tengok perangai orang – orang yang mengaku islam ni makin lama makin ramai yang nak jadi makin ganas.
CukongPress akan kongsi apa-apa sahaja artikel ilmiah dan bagus di kongsi bersama,dan tidak akan bertanggungjawab jika ada keceluparan penulis,kata-kata kesat dan pujian pujian di tuju sesiapa.Terima kasih

Catatan ringkas pasal post-rock dan tajuk ni ikut stereotaip tajuk lagu post-rock panjang nak mampus (walaupun cuma dua tiga bands buat macam ni)

(oleh jon. orang lain mana?)

Aku banyak menGoogle sebelum tulis artikel ni. Boleh tahan banyak jugak artikel pasal genre yang dipanggil “post-rock”. Aku jenguk juga entri kat Wikipedia.

Sering jugak ada yang melonggokkan kesemua band yang main instrumental rock yang ada perubahan dinamik bunyi mendadak dalam lagu yang berjudul panjang dan berdurasi lagi panjang – banyak yang lebih 10 minit.

Masalahnya bukan semua so-called post-rock bands macam Tortoise yang ada elemen jazz. Atau macam Godspeed You Black Emperor! yang membikin album-,alnum berkonsep dan teater-rock. Bukan semua macam Mogwai, walaupun band ini dan Explosions In The Sky sering dianggap bands yang ” mewakili” genre ni. Mono, Toe, Envy, Isis (bukan pengganas ), serta Damn Dirty Apes dan Deepset dari Malaysia juga dicop atau dilonggok atau claim post-rock. Selalunya bands ni cuma ikut suka hati dan citarasa dan emosi dan apa saja faktor persekitaran yang mempengaruhi proses kreatif, macam genre lain pun.

Tapi semua ditampal label post-rock.

Masalah identiti jelas post-rock berpunca daripada kewartawanan malas – suka mencipta perkataan atau frasa sendiri apabila tidak faham atau malas memikirkan dengan mendalam.Inilah punca kecelaruan label ini. Paling celaka ada pula band dicop postrock hanya sebab mereka main instrumental.

Dalam evolusi, akan ada peningkatan dan pembaharuan yang tak ikut pergerakan linear atau tak ada corak yang nyata. Tak konvensyenal (ada ke perkataan ni?).

Jadi post-rock memang tak ada ciri penentu identiti yang senang kita nak cam.

Hanya sebab gitaris pakai efek reverb, atau berderet penuh pedalboardnya tak automatik menjadikan lagu postrock. Juga bukan kerana instrumental. Ada nyayian atau suara tak menjadikannya tak post-rock. Ada elemen perubahan dinamik perlahan ke laju dan keras ke lembut bukan hanya pada genre ini. Hanya sebab ada gitar akustik juga tak bermaksud tak post-rock.

Definisi post-rock bagi aku mungkin hanya boleh rasa bila dengar. Melalui rangsangan kepada deria dan minda.

Bukan hanya bunyi yang kita “dengar”. Kita akan membayangkan, berfikir, atau cuma mengelamun. Paling best – tiada maksud tetap. Semua yang mendengar bebas menafsir atau tidak menafsir.

Bila dengar pop, rock, hip hop, metal, punk, grunge, psikedelik, etc – semua tu kita boleh terus feel dia genre apa. Post-rock jugak macam ni. Cuma ada sesuatu yang lebih. Aku pun tak tahu terangkan. Mungkin sebab aku biased.

Bands macam Mogwai dan Explosions In The Sky tidak mahu dilabel post-rock. Mogwai dengan sinisnya, “Post what? Rock music is rock music“. Manakala EITS pula kata mereka tidak ambil pot sangat cuma persamaan mereka dengan Mogwai cuma pada minat kepada band Slint – band pertama yang dilabel post-rock.

Apapun, perkataan yang selalu ramai orang cakap pasal post-rock adalah epik.

Jika genre shoegaze adalah ‘the scene that celebrates itself‘, aku rasa post-rock tu ‘epic celebration of human emotions‘. Epik itu bukan terletak pada genre.

Kebosanan: pengukuhan dan perlawanannya; Taylorism, Counterculture, Ford, Punk dan dua atau tiga atau empat benda lain lagi.

image

                      oleh – jon

Ada roh yang menyelubungi segenap sudut dan ruang hidup dan manusia itu sendiri – roh kebosanan.

Manusia tidak lagi menjalani hidup yang menggembirakan dan memberi kepuasan kerana kita terikat dengan rutin harian terutamanya bekerja. Sampai dah jadi parah sangat dan melumpuhkan sifat manusia sebenar. Keterasingan atau alienation terjadi.

Salah seorang penggerak Situationist International, Raoul Vaneigem telah menulis dalam The Revolution of Everyday Life bahawa, “No more Guernicas, no more Auschwitzes, no more Hiroshimas.. Hooray! But what about the impossibility of living, what about this stifling mediocrity and this absence of passion? Let nobody say these are minor details or secondary points” – “Tiada lagi tragedi seperti Guernica,Auschwitz atau Hiroshima..Bagus lah! Tapi macam mana dengan keterdesakan hidup, kebosanan yang mematahkan semangat, kekosongan jiwa? Janganlah sesiapa remehkan benda-benda ni.”

Idea-idea daripada buku-buku Guy Debord dan Vaneigem dijadikan slogan-slogan dan grafiti yang mencantikkan dinding dan tembok sekitar Paris pada Mei ’68 yang berbunyi seperti, “Kita tidak mahu dunia yang tidak ada yang mati kebuluran sekalipun namun membawa risiko untuk mati kebosanan” dan “Kebosanan adalah anti-revolusioneri”.

Walaupun kebangkitan Mei ’68 tidak bertahan lama,dan kemudian pendukung Situationist seperti Guy Debord sendiri telah melupuskan idea-idea Situationist ke buku sejarah sekitar awal 70-an, namun counter-culture masih subuh hingga ke hari ini.

Subculture muzik punk dan genre-genre muzik yang berbaur politikal dan protes berterusan untuk menyambung semangat Mei ’68. Budaya DIY, anarko-punk, graffiti, syndicalist dan aksi anak muda lain terus menghidupkan semangat mengkritik dan melawan rutin dan penerimaan masyarakat. Melawan musuh yang melalaikan dan mendodoikan manusia dari menuntut kebebasan dan keadilan, keilmuwan dan kesenian – kebosanan.

Sejurus lepas Mei ’68, anak-anak muda proto-punk dan kemudiannya punk juga terus memekak pasal kebosanan.

Tiga tahun kemudian, Jamie Reid yang dipengaruhi oleh Situationist, telah mmbuat poster untuk lagu band Sex Pistols, “Pretty Vacant”. Poster itu ada dua buah bas bandar – di mana salah satu destinasi adalah “Nowhere” manakala yang sebuah lagi ‘menuju’ ke “Boredom”.

Seperti yang pernah dikatakan oleh pengkaji sejarah muzik Jon Savage, stail dan rentak punk pada amnya merupakan protes terhadap kebosanan. Kebosanan menjadi kata kunci dan pemangkin untuk menghidupkan semangat punk. Melawan kebosanan dan skema adalah propaganda utama punk.

The Clash turut sama membebel pasal kobosanan hidup dalam lagu ” London’s Burning” tentang televisyen, kekontangan jiwa sistem perumahan awam, dan betapa bosan nak mampus hidup ikut sistem.

Menurut History Of Boredom,  Kebosanan hidup mula digunakan sebagai tema dalam karya fiksyen dan puisi pada abad ke-18. Ketika itu adalah zaman peningkatan mendadak kapitalisme modern dan modernisme.Konsep-konsep macam birokrasi, rasionalisasi, kecekapan (efisiensi),  penseragaman (standardisation) mula bertapak maka tak hairan semua ini menjadi racun untuk membunuh kegembiraan manusia dan menggantikan dengan kebosanan.

Apabila kita merenung kembali sejarah ketamadunan dunia, kita boleh nampak makin lama kita wujud makin mendadak kebosanan diinstitusikan atau dipaksa ke dalam kehidupan seharian. Institusi adalah berlawanan dengan wujudiah manusia – yakni manusia tidak dapat bergerak dan mengambil bahagian dengan bebas, bermakna dan riang dalam kehidupan seharian.

Daya fikir, rancang dan cipta dipisahkan dengan kerja buruh atau manual labour. Konsep yang diinstitusikan ini dipanggil Taylorism sempena Frederick Taylor.

Hampir segala aspek hidup terpaksa menurut ketetapan sistem dan konstruk sosial. Contohnya mereka yang berada di paling bawah lapisan hierarki sosioekonomi – semua perasaan seperti suka, benci, marah dan segala elemen emosi peribadi –  terpaksa dipendam apabila bila bekerja.

Henry Ford yang mengajukan konsep pengkhususan kerja dalam assembly line kilang. Hari ini sekolah-sekolah menjadi kilang menghasilkan manusia yang membosankan yang terus menambah kebosanan semua orang. Individualiti dan kreativiti diketepikan atas sebab mementingka  kecekapan.

Vladimir Lenin sendiri seorang peminat konsep Taylorism yang tidak Sosialis. Dia menekankan penerapan konsep ini dengan organisasi pentadbiran Soviet Union – konsep pecah dan perintah atau divide and rule.

Sedang Ford dan Taylor masih mengukuhkan idea dan konsep kebosanan mereka, gerakan-gerakan radikal terutamanya Industrial Workers of the World (The Wobblies) yang mula bergerak tahun 1915. The Wobblies menggunakan taktik sabotaj.  Seperti Situationist enam puluh tahun kemudian, mereka juga menggunakan slogan, puisi dan sastera, lawak, parodi, kartun dan segala macam kreativiti dalam aksi mereka.

Walaupun teori dan taktik yang digunakan dari The Wobblies ke Situationist ke anarko punk hingga ke hampir apa saja countercultureadalah  sama – yang membezakan adalah penambahbaikan, pembaharuan dan penerusan- evolusi. Mereka tidak berminat dengan penyembahan mayat Lenin. Tidak mempertahankan bulat-bulat teori dan falsafah tanpa mengikut peredaran zaman. Tak macam pentaksub Leon Trotsky.

Masyarakat yang kontang dan membunuh keseronakan, yang menerap dan mengukuh kebosanan sebagai rutin kehidupan adalah pembunuh perkembangan tamadun manusia.

Pesta DIY berbentuk muzik, seni lukis,teater, kerja tangan, street art atau apa saja hanya akan menarik minat lebih banyak orang turt serta di samping melakukan aktivisme. Kebosanan adalah anti-revolusioneri jika lawan kepada kebosanan juga adalah membosankan.

“If I can’t dance, I don’t want to be a part of your revolution” – Emma Goldman