Kerohanian (Spiritualiti)  – oleh Kafir RB

Jangan silap. Kerohanian atau spirituality bukan (hanya) pasal dan untuk agama dan keagamaan. Rohani adalah satu dari berlambak perkataan yang maksudnya sering disalahanggap atau didominasi maksud tertentu je. Agama itu sendiri bukan hanya pasal kerohanian, tapi ni topik lain. Jadi aku bukan nak tulis pasal agama atau Tuhan. Untuk kebanyakan orang, kerohanian adalah sembahyang atau pergi ke masjid, gereja, kuil, tokong dan lain-lain rumah ibadat agama. Jangan salah-sangka, aku tak persoalkan atau sangkal pun kerohanian yang macam ini. Sebab tak ada pun ketetapan tentang macam mana kerohanian itu patut berlaku atau dilakukan.

Semua orang memang ada kerohanian. Tak kira melibatkan keagamaan atau tidak. Mendengar atau bermain muzik pun memuaskan rohani. Bersukan pun. Seks pun walaupun sering dilabel keseronokan jasmani je. Apa-apa pun boleh jadi kerohanian untuk tuan punya badan masing-masing.

Se-skeptik mana pun seseorang itu, pasti akan memikirkan ada macam sesuatu yang jauh lebih “besar” atau “hebat” dari segala yang nyata, dari segala yang kita boleh rasa dengan semua deria kita. Atheis pun ada kerohanian. Sains pun. Memikir dan mengkaji alam adalah kerana manusia punya rohani. Kerohanian ini yang mendorong kita untuk mencari makna dan tujuan hidup. Tidak ada jawapan atau kebenaran nyata pun untuk semua dan tiap orang selain hidup dan mati. Dalam masa selepas kelahiran dan sebelum kematian, kita yang (cuba) gapai dan capai niat dan halatuju sendiri.

Fikrah akal manusia akan sentiasa bertanya, menanya, mempersoal dan menyoal. Kita akan yakin, tak yakin, percaya dan tak percaya. Semua kerana didorong oleh rohani masing-masing. Sebab tu manusia skeptik pun ada rohani. Tapi kita hanya mampu menafsir melalui deria kita. Deria-deria kita hanya mampu bergantung kepada pengalaman atau sejarah – corak/bentuk/pengulangan. Hatta nak meramal yang belum berlaku atau masa depan pun macam tu juga.

Jadi itu la dia. Aku cuma highlight pasal maksud perkataan rohani.

Pasal Utopia

By Kafir RB

(Tulisan ni boleh kira kesinambungan dari Kebosanan )

image

Mencari Utopia dan ‘dunia yang lain’ (otherworldly) bukan angan-angan baru manusia. Banyak teks-teks dan sastera purba hingga ke novel cinta hari ini berkisar pencarian ini.

Dari Atlantis ke Big Rock Candy Mountain, Kokayne/Kokaigne ke Kerajaan Prestor John, Kerajaan Langit Ayah Pin ke dunia ketuanan bangsa Aryan, idea Nirvana Buddhisme ke konsep Syurga agama-agama Ibrahim, dari kapitalisme ke anarkisme – semua ini sama je.

Kesemua nak mencari ketenangan dan kesenangan abadi. Hanya isi yang berlainan. Bingkai sama.

Aku kena jujur. Menghadiri acara yang dikendalikan oleh golongan kiri – terutama mereka yang berkiblatkan Marxist-Leninism amatlah membosankan.

Aku quote serangkap dari surat terbuka kepada Ralph Nader, politikus Parti Hijau dan calon ketiga pilihanraya Amerika tahun 2000 yang kini tenggelam.

Nader and the Greens abstemiously turned their backs on people’s reasonable and deeply human longings for abundance, joy, cornucopia, variety and mobility, substituting instead a puritanical asceticism that romanticizes hardship, scarcity, localism and underdevelopment — a traditionalism that blinds us to the possibility of utopia. I see in this complex, vestiges of an Old Left/New Left puritanism, a continuing quest for a kind of a faux working-class authenticity and a reaffirmation of the Protestant Ethic. Max Weber’s The Protestant Ethic and the Spirit of Capitalism continues to have much to tell us about puritanical asceticism.

Aku nak tambah. Karl Marx sendiri berkata utopia komunis adalah apabila kita mampu lebih beriadah dan berekreasi dari bekerja. Begitu juga Emma Goldman yang tidak mahu gerakan revolusi yang tidak menggembirakan. Memang kita harus berpijak pada realiti. Tapi idealisme tidak boleh mati.

Kenapa kapitalisme terus membelenggu kita? Mengapa ramai orang Amerika terpedaya dengan manifesto kempen Donald Trump?

Sebab konsumerisme, anak kepada kapitalisme kini dan orang macam Trump memenuhi desakan kalbu manusia – bayangan utopia. Hakikatnya orang lebih teruja dengan tayangan kekayaan Trump berbanding solidariti gaji minima oleh Komrad Arutchelvam PSM.

Aku sendiri tidak mahu tulis panjang-lebar tulisan percuma ini sebab aku ada kerja lain yang mampu kasi fulus. Atau jual kat korang. Makin jauh aku dari utopia kalau aku tak peduli nak cari makan.

Nabi Muhammad merampas harta perang sebab apa?

Manusia hanya betul-betul bersatu bila nak makan. Kapitalisme dan golongan pemodal faham benda ni. Sebab tu kapitalisme tampak lebih “organik” berbanding Marxisme.

Memang Marxisme dan Anarkisme jauh lebih humanist dan saintifik berbanding kapitalisme. Tapi takkan la wujud konstruk institusi agama dan ketuhanan kalau logik dan fakta itu yang sebenar-benarnya penggerak utama survival manusia.

Utopia adalah kegembiraan dan kesenangan. Mustahil manusia mencipta tapai, arak dan muzik kalau naluri kita mahu meratap dan pilu dan sengaja menyusahkan hidup kita sendiri.

image

[Artikel] The Moon Is Down

image

Oleh Kafir RB

Ini bukan tulisan BI. Tajuk je. Sebab aku degil. BM tetap aku anggap bahasa yang lebih sesuai  untuk anak semua bangsa sini. Penguasaan BI even among the English-speaking urbanites isn’t much to shout about. At best, rigidly textbook-like and stingy on nuance. Having said that, I won’t even bother zipping up my nonexistant flame-proof suit.

So I digressed.

Minggu lepas fenomena Supermoon. Serentak aku teringat dua benda. The Moon Is Down. Nama lagu band Explosions In The Sky (EITS) yang dicilok dari tajuk novel John Steinbeck.

Terus-terang, sastera klasik da lama aku tinggalkan. Terus-menerus lagi terang- benderang, dulu aku baca buku yang ni pun sebab terjumpa buku tu kat kedai buku terpakai. Murah punya pasal.

Tapi sekali lagi aku dah lari sikit ni.

Aku bukan nak cerita EITS mahupun pasal militari. Bukan jugak nak review buku Steinbeck tu. Maaf la, seorang non-writer macam aku tulis ikut flow apa dalam kepala otak. Pergi mampus dengan susunan dan tema.

Karya John Steinbeck yang ini kurang popular. Ramai orang hanya kenal/baca buku Grapes of Wrath.

Sejak dua minggu ni habis viral sedunia pasal The Simpsons kononnya ‘ramal’ dengan tepat kemenangan pilihanraya Donald Trump 16 tahun lepas. Kecoh pasal placard ‘Donald J Trump for President’ dalam video Rage Against The Machine tahun 1999 untuk lagu ‘Sleep Now In The Fire‘.

Macam-macam jenis spektra dilemparkan kepada kita. Termasuk Supermoon yang di-overhyped. Manusia makin tahu banyak maklumat, makin bercelaru fikiran. Teralih pandangan kita.

Tapi untuk aku, yang banyak bantu fahamkan aku pasal situasi dunia – apa yang sudah, sedang dan akan berlaku dalam jangka masa sederhana ni, hanya sebuah karya tidak berapa popular dari Steinbeck. Terutamanya pasal propaganda yang “baik”.

Rata-rata orang anggap propaganda membawa maksud buruk je. Hampir semua orang akan kata ia manipulasi jahat semata-mata.

Dalam buku tu, sebuah kampung fiksyen di  negara fiksyen yang mengambil sikap neutral tatkala Eropah berperang, ditawan dengan mengejut oleh tentera fasis. Demokrasi yang mereka yakini memberi kebebasan mutlak diasak tiba-tiba oleh autokrasi.

Novel Steinbeck ini walaupun ditulis sebagai propaganda untuk meraih sokongan masyarakat kepada tentera pihak Bersekutu semasa Perang Dunia Ke-2, namun Steinbeck dengan licik memesongkannya dengan elemen-elemen tersirat.

Kalau ada propaganda yang lari dari stereotaip, dan berniat positif,  contoh terbaik barangkali novel ini.

Steinbeck memesongkan propaganda jahat perang menjadi propaganda keamanan. Keamanan yang kita mahu tidak akan hadir tanpa konflik dan chaos. Orang kiri kata kontradiksi melahirkan yang baru – sama ada for better or for worse.

Bahagian awal cerita ni agak ” farcical“. Naratif peperangan dan kematian diceritakan oleh penulis semacam tidak tragik dan hampir macam komedi gelap.

Aku rasa filem Malaysia, Lelaki Harapan Dunia seolah mencedok elemen dari The Moon Is Down; komedi gelap tentang level bangang yang kita manusia yang kononnya benda hidup teragung mampu capai dan sarat dengan Murphy’s Law. Aku rasa la. Hanya yang tulis cerita, lakon layar dan pengarah yang maha mengetahui benar atau falasi apa yang aku agak ni.

Steinbeck memanipulasi cerita yang sepatutnya serius menjadi lawak. Kedua-dua pihak tentera dan orang-orang kampung membuat benda bangang dalam situasi panik.

Dia menganjing perang dan kebebalan manusia yang anggap keamanan itu hak mutlak yang datang tak perlu dipertahan mahupun diperoleh.

Watak-watak tentera fasis meminta tolong selepas cedera bertempur. Secara sinis, ini menggambarkan mereka juga manusia yang memang manusia macam kita semua. Bukan manusia Aryan yang konon ada ketuanan (supremacy) ke atas bangsa manusia lain. Mereka dan juga Jamal Hidung Merah a.k.a Jamban Kebal tidak kebal.

Kita juxtapose-kan dengan situasi dunia mutakhir ni. Terlalu banyak persamaan.

Kerana tidak kira kita ini polis atau rakyat biasa, orang urban atau kampung, pengundi BN atau pengundi PR/PH, pengundi Trump atau pengundi Clinton, mat rempit atau LGBTQ – kita semua mangsa sistem; ketamakan dan keangkuhan kuasa dan ekonomi.

Ada satu lagi peristiwa berlaku pada 8 November 2016. Barangkali lebih penting dari spectacle Jamuan Coke dan Pepsi pada hari sama.

Peristiwa ini berkongsi tarikh dengan Pilihanraya Presiden di US. Lalu mudah kita terdodoi dari mengetahui satu sidang penting yang menentukan halatuju jangka masa panjang. Bukan pasal TPPA tapi Persidangan World Meteorological Organisation (WMO) pasal perubahan iklim dunia.

Laporan WMO amat menyuramkan.Saban tahun sejak 2011, berlambak rekod-rekod cuaca dan suhu dipecahkan; sama ada paling kering, paling basah, terpanas, tersejuk. Jauh lagi banyak dari rekod-rekod bodoh yang mahasiswa IPTA (terpaksa) buat.

Bila da tahu dan faham betapa masa depan planet ni bergantung pada laporan dan konklusi sidang WMO, lagi lah nampak tidak ada beza pun kalau Clinton menang walaupun dia guna retorik pasal climate change manakala Trump dan majoriti Parti Republikan tidak faham atau acah tak percaya demi para pemodal dalam isu ini.

Macam ni la. Adakah Obama yang kononnya presiden paling kisah pasal isu ini telah mengotakan Protokol Kyoto yang ditandatangani US 2 dekad lepas? Soalan retorikal itu la jawapan kepada pilihan absurd Coke atau Pepsi

Keputusan dan jenis langkah susulan diambil dari Laporan persidangan WMO 8 November 2016 akan menentukan nasib kita manusia. Lagu EITS yang disebut awal tadi bermain kat kepala aku sekarang. Cukup tepat menangkap mood pesimis dan suram, atau penyesalan dan perubahan – persoalan tentang jalan mana manusia mahu pergi kat simpang ini, kita tak tahu lagi.

Kalau rasa bendalah perubahan iklim remeh berbanding pegangan ideologi dan politikal ekonomi manusia dan segala “-ism”, memang sial la nasib Bumi ni.

Stephen Hawking pun pesimis. Katanya kita cuma ada 1000 tahun lagi kat Bumi:

https://twitter.com/ajplus/status/800005983611125760?s=09

Kredit khas kepada Zoharisso yang bawak balik air bebas cukai bervolume 61.2%.

Sembang Iblis-by Sidious

​Petang tadi aku terfikirlah pasal cerita – cerita zaman kecik – kecik dulu oleh ustaz ustazah dekat sekolah.
Satu cerita tu adalah pasal Iblis yang menjadi ketua kepada para malaikat. Iblis ceritakan dekat malaikat yang salah seorang daripada mereka satu hari nanti akan diusir dari syurga. 
Memandangkan iblis dianggap sebagai makhluk paling alim sekali oleh para malaikat, dia pun diminta untuk mendoakan jemaah – jemaah malaikat supaya tidak termasuk dalam yang akan diusir satu ketika nanti. Nak dijadikan ceritanya, iblis duk doakan jemaah – jemaah dia, tapi terlupa untuk doakan diri sendiri.
Dan seperti yang semua maklum, iblis lah yang diusir setelah tidak patuh dengan arahan sujud kepada adam.
Jadinya bila aku teringat balik kisah itu, aku pun tertanya – tanya tentang prophecy dalam kalangan orang islam. Orang islam selalu sampaikan kisah – kisah akhir zaman.. tentang yakjuj makjuj, tentang dajjal yang dikatakan sebagai anasir luar yang akan memporak perandakan kehidupan atas muka bumi. 
Lalu anak – anak orang islam membesar dengan perasaan berwaspada terhadap orang – orang bukan islam yang dianggap mempunyai kebarangkalian adalah agen – agen fitnah akhir zaman.
Kiranya kalau sebut dajjal, sebut yakjuj makjuj tu, memang automatik mindset akan default untuk merujuk kepada golongan bukan islam.
But what if, semua cerita – cerita yang disampaikan itu sebenarnya merujuk kepada si tukang bercerita itu sendiri, seperti halnya dalam kisah si iblis tadi. Pasalnya aku tengok perangai orang – orang yang mengaku islam ni makin lama makin ramai yang nak jadi makin ganas.
CukongPress akan kongsi apa-apa sahaja artikel ilmiah dan bagus di kongsi bersama,dan tidak akan bertanggungjawab jika ada keceluparan penulis,kata-kata kesat dan pujian pujian di tuju sesiapa.Terima kasih

Camus, Mitos Sisyphus, Takde Maknanya Semua

image

     Oleh – jon

Albert Camus punya idea utama dan asas falsafah adalah “hidup ini tidak ada makna dan ketetapan”.  Nothing matters. Kosong. Zero. Zilch. Nil.

Metallica kata “Nothing Else Matters” sebab dorang tu nihilist. Nihilist masih kisah satu benda. Ok, Metallica, Nietzsche dan nihilism tu nanti punya artikel.

Sebagai makhluk yang mempunyai 2 benda yang tak ada kat makhluk lain – kemampuan berfikir dan sifat melawan arus atau mampu menolak konstruk, kita semua mahu tahu mengapa, kenapa, bagaimana kita datang. Macam mana alam semesta ini berfungsi. Siapa pengarah filem epik alam ini? Atau ada ke sang pencipta atau tidak?

Manusia killjoy (potong stim) macam Camus nak kita teroka kemungkinan kita ini datang tak bermakna pun. Perosak planet ini je mungkin. Dia mencampakkan hujah yang berlawanan kepada arus penerimaan orang/manusia sejak sebelum bergelar homo sapiens lagi – yang kita ni special dan wujud atas sebab tahap dewa dan kita pemerintah bumi terpilih.

Jadi hamba. Makan. Minum. Tidur. Seks. Hutang. Mati. Ni je. Camus cakap kita hidup sebab kita hidup.

Segala makna, segala sistem, segala konstruk adalah cubaan-cubaan yang dah gerenti akan gagal sebab hidup ini tiada makna dan semua cubaan mewarnai dunia ini dengan makna hanya akan gagal juga akhirnya. Sebab kita akan mati. Jadi jangan runsing sangat.

Kadang-kadang kita rasa “weh, apesal benda ni jadi mcm ni”. Rupa-rupanya memang seadanya absurd. Tak masuk akal. Memang tak ada sebab.

Camus mengajak kita untuk menerima yang dunia ini seadanya dan sememangnya absurd. Jangan cuba mencari makna. Jangan cuba meletakkan sebab. Itu semua hanya harapan.

Sisyphus ni silap dia macam da tulis kat perenggan atas. Dia cuba membuat manusia hidup selama-lamanya. Dia dihukum oleh para dewa/tuhan dan dia terus melakukan kerja yang sama berulang dan ulang semula. Tapi Sisyphus tak kisah. Dia seakan gembira buat kerja sama berulang kali tanpa memberontak. Para dewa memberitahunya dia buat kerja sia-sia tak bermakna.

Bila tahu dan sedar, Sisyphus memilih untuk chill dan hadap saja ketidaktentuan hidup yang absurd, tidak ada makna melainkan dari pilihan dan aksi sendiri.

Aku personally agak kurang gemar eksistensialisme (wujudiah) cabang absurdism Camus. Kalau nak tepat, absurdism tu boleh kira banyak pengaruh eksistensialisme dan nihilism walaupun Camus menolak nihilism. Bukan sebab aku menolak tapi manusia tetap rasa dia hidup, maka dia wujud. Juga falsafah ni bila hanya berdiri sendiri tanpa pengukuh (e.g sains,seni) adalah absurd.

Reviu filem: Idiocracy (2006)

image

Memandangkan hari ini final Piala Malaysia, aku teringat masa final tahun lepas (2015) kita orang di #RB tengah tonton filem Idiocracy. Kebetulan aku ada ternampak link artikel pasal ulangtahun ke-10 filem ni. Setahun yang lepas aku tunggu orang Kajang tu bawa batang betik. Setahun kemudian masih lagi nichts.

Ok, tak ada kaitan dengan artikel.

Idiocracy ni komedi. Bagi aku tragicomedy – lawak gelap. Lepas tu boleh bayangkan juga lah kemungkinan situasi macam dalam filem tu terjadi.

Aku teringat satu artikel aku baca beberapa bulan lepas entah kat mana. Kat vox.com mungkin atau slate.com. Entah. Lupa. Artikel tu pasal penguasaan bahasa dan kosakata calon-calon Presiden Amerika.

Agak terkejut seorang pelakon kayu macam Ronald Reagen yang belajar tak berapa tinggi, punya punguasaan bahasa lagi tinggi dari Barack Obama. Tak payah lah sebut pasal Donald Trump.

Aku bukan nak kata penguasaan bahasa itu kayu pengukur ilmu dan daya berfikir tapi ada lah juga faktor dia, bukan?

Filem Idiocracy ni pasal manusia kian lama kian bodoh – dan aku yakin ni memang betul. Sama macam aku yakin negara ni sedang menuju untuk jadi macam Pakistan.

Rata-rata kita manusia rasa yang kita makin pandai. Makin maju. Makin progresif. Menuju übermensh (manusia unggul). Filem ni bagi jari tengah kat keangkuhan itu.

Cuba namakan satu penciptaan manusia yang betul-betul signifikan sejak 25 tahun lepas? Internet? Konsep awal Internet pun sebenarnya wujud sejak 60an.

Krik, krik… Kan?

Feel-bad comedy yang nak kita tahu kita makin bangang. Tengok lah sendiri, aku bukan nak tulis sinopsis sini.

Trailer:

https://m.youtube.com/watch?v=eLRuTImZYGc

-Jon

Cerita Bajet nak menang Pilihanraya

​Tak pernah sekalipun aku komen atau tulis pasal pembentangan perbelanjaan (bajet) kerajaan.

Bukan kerana aku pemegang no. ahli pemuda Umno kawasan Damansara, tetapi kerana bagi aku, dalam negara bangsa-kapitalis, perbelanjaan yang dirangka adalah manifestasi penjaminan kebajikan untuk kaum elit yang terhasil dari pengkerahan terhadap kelas masyarakat yang sebahagian

besarnya datang dari kelas pekerja. Jadi, tak perlu tulis panjang-panjang
Atau mungkin aku tak menulis kerana aku bukan “ahli” dalam urusan hal-ehwal bajet. Sebabnya ada orang pesan, nak komen, nak kritik, nak sanjung sesuatu perkara biarlah “ahli-ahlinya” saja yang terlibat. Kita yang bukan “ahli” elok duduk diam-diam saja.

Tapi lepas baca artikel pasal Henry Giroux dalam portal Daily News Mcmaster University, aku kata dalam hati pergi jahanamlah ahli ke bukan ahli.

DTak pernah sekalipun aku komen atau tulis pasal pembentangan perbelanjaan (bajet) kerajaan.

Bukan kerana aku pemegang no. ahli pemuda Umno kawasan Damansara, tetapi kerana bagi aku, dalam negara bangsa-kapitalis, perbelanjaan yang dirangka adalah manifestasi penjaminan kebajikan untuk kaum elit yang terhasil dari pengkerahan terhadap kelas masyarakat yang sebahagian besarnya datang dari kelas pekerja. Jadi, tak perlu tulis panjang-panjang.
Atau mungkin aku tak menulis kerana aku bukan “ahli” dalam urusan hal-ehwal bajet. Sebabnya ada orang pesan, nak komen, nak kritik, nak sanjung sesuatu perkara biarlah “ahli-ahlinya” saja yang terlibat. Kita yang bukan “ahli” elok duduk diam-diam saja.
Tapi lepas baca artikel pasal Henry Giroux dalam portal Daily News Mcmaster University, aku kata dalam hati pergi jahanamlah ahli ke bukan ahli.
Daily News menulis,Henry Giroux believes it’s the job of a scholar to make a difference in the world. “A writer should cause trouble,” says Giroux, a public intellectual, outspoken cultural critic, teacher and researcher who, through his prolific body of work, has brought scholarly ideas into the public realm and provoked societal debate on some of the most urgent social issues of the past 30 years.

Nak tunggu CEO, tok penghulu, ustaz-ustazah, Pencetus Ummah, alamatnya kita semua terpaksa bertenang dan kemudian terus buat-buat lupa dengan bahagian-bahgian penting yang mempengaruhi kehidupan seharian.
Aku bekerja dalam lingkungan inistitusi kewangan, maka apa yang ditulis di sini merupakan respon seorang yang datang dari kelas pekerja. Selepas kalian selesai membaca, bolehlah kalian menggelabah berhujah-balas, menentang atau memberi idea,pandangan yang lebih baik.
Portal mysumber.com menyenaraikan ringkasan intipati kandungan bajet 2017 yang dibentang semalam. Di antara kandungan yang menarik perhatian aku ialah dalam bab “Menghargai Khidmat Bakti dan Jasa Penjawat Awam dan tentunya bab “Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M),
Kemudahan pembiayaan untuk beli komputer diperluaskan meliputi pembelian smartphone. 
Had pinjaman sehingga RM5,000 setiap 3 tahun Kerajaan memutuskan bahawa had pinjaman pembelian motosikal akan dinaikkan dari RM5,000 kepada RM10,000 

Kelayakan pinjaman perumahan dinaikkan dari serendah-rendah RM120,000 kepada RM200,000, pinjaman paling tinggi dari RM600,000 ke RM750,000

BR1M kepada isi rumah dalam senarai e-Kasih & berpendapatan bulanan di bawah RM3,000 dinaikkan dari RM1,050 & RM1,000 kepada RM1,200 

BR1M kepada isi rumah berpendapatan RM3,000 hingga RM4,000 akan dinaikkan dari RM800 kepada RM900 

Bagi individu bujang berpendapatan bawah RM2,000, BR1M akan dinaikkan dari RM400 kepada RM450

Untuk kemudahan pembiayaan dari hal beli komputer-smartphone-pembelian motorsikal sehinggalah kepada kelayakan pinjaman perumahan, kerajaan di bawah pimpinan Al Fadil Najib Razak sebenarnya menggalakan kelas pekerja untuk terus berhutang dan menyambung keseinambungan pergantungan kepada institusi perbankan.
Nilai BR1M turut dinaikkan mengikut kelayakan masing masing sepertimana yang dibentangkan Najib Razak.
Soalnya, jika tema bajet tahun 2017 ialah Menjamin Perpaduan dan Pertumbuhan Ekonomi, Menghemah Perbelanjaan Inklusif, Mensejahtera Kehidupan Rakyat Seluruh, mengapa kelas pekerja diberi galakan untuk menambah peluang berhutang? Jika inilah temanya untuk mensejahtera kehidupan rakyat seluruh, kenapa pentingnya untuk memberi BR1M?
Aku tanyakan seorang Ustazah yang menjadi ‘presenter’ dalam Orientation Training yang aku hadiri minggu lepas, jika masalah ekonomi diurus tadbir dengan cara pengagihan yang adil, elemen kesamarataan dimartabatkan, hieraki dalam sistem ekonomi yang mempertahankan kebajikan elitis dihapuskan, mengapa kita perlu bergantung kepada sistem perbankan?
Aku turut memberikan contoh, di Australia, tempoh pinjaman kenderaan paling panjang dalam lingkungan tiga hingga ke lima tahun, berbeza di sini, kita mengabdikan diri selama sembilan tahun menanggung perit berhutangkan sebuah kereta Viva.
Tidak bermoral jika aku katakan kelebihan ada pada Australia, kerana dalam iklim dunia yang dicemari kapital, Australia bukanlah sebuah negara yang terhindar dari pencemaran laba. Bezanya, kita dapat melihat pengurangan tahun pinjaman antara dua negara yang boleh jadi pada tanggapan kita, apa yang ditawarkan di Australia lebih baik.
Di akarnya, kelas pekerja menghadapi dan menanggung beban ekonomi yang dipacu kapitalisma. Upah bulanan yang diterima dipaksa dialirkan kepada aturan hidup yang ditentukan sistem anti-manusiawi. Alih-alih, kerajaan cuba melegakan kita dengan peluang berhutangkan sebuah rumah meski kita semua tahu harga masalah utamanya ialah nilai sebuah tanah yang semakin melambung tinggi kerana tiadanya kontrol total dari pemerintah. Isunya ialah jika diberi peluang pinjaman dipermudahkan, harga rumah tetap akan menjadi semakin mahal, dan kita akan sentiasa terperuk dalam beban hutang selama tiga puluh lima tahun (tempoh pinjaman)  kepada institusi perbankan.
Melucukan, pinjaman turut diberi kepada sesiapa yang ingin membeli sebuah smartphone dan komputer, nampak benar kelas pekerja/masyarakat tidak mempunyai kuasa membeli selain dari kuasa berhutang!
Sama seperti peluang pinjaman, BR1M bukanlah solusi kepada hutang isi rumah. Mungkin nilai yang diterima dapat menolong segolongan kelas, tetapi apakah fungsinya dalam jangka masa yang panjang? Kenaikkan ini hanyalah manisan kepada kita setelah berlakunya skandal rasuah, ketirisan dan kecelaruan pemerintahan di bawah pentadbiran Barisan Nasional.
Perdana Menteri Malaysia yang sering selalu menasihati rakyatnya untuk bersederhana tidak lupa memberi cadangan kepada kelas pekerja yang memiliki pendapatan isi rumah kurang dari Ringgit Malaysia empat ribu sebulan mencuba menjadi pemandu Uber. Kata dia, sekurang kurangnya, dengan Uber, mereka berpeluang menambah pendapatan sebanyak Ringgit Malaysia seribu lima ratus sebulan. Dengan cara ini, Najib Razak ingat hutang-piutang kita dengan bank akan segera beres gamaknya.
Tahukah kalian, bekerja lebih masa atau bekerja lebih dari satu pekerjaan bercanggah dengan prinsip perjuangan kelas pekerja? Ia adalah bentuk jenayah yang memberi manfaat serta keuntungan kepada golongan pemodal dan syarikat koporasi besar. Bekerja lebih dari satu pekerjaan juga adalah salah satu eksploitasi ke atas atas kaum pekerja. Atas aturan ekonomi yang memihak kepada mereka dan membelakangi hak kita,  kelas pekerja terpaksa mengorbankan masa kepada perkembangan diri sendiri, keluarga dan aktiviti sosial lain.
Apa yang aku cakapkan ini bukan nak menghasut kalian untuk tidak buat over time selepas pukul enam petang, atau menyuruh kalian berhenti berniaga nak tambah pendapatan, namun ini lah kenyataannya. 
Memang betul kita kena berniaga, kena buat Uber, kena jadi agen insurans, kena jual itu jual ini, kena fikir macam macam cara nak menyelesaikan urusan keperluan hidup selepas diasak bertubi-tubi polisi ekonomi.
Tetapi tak salahkan kalau kita buka ruang berfikir untuk sedar akan malapetaka yang sedang kita pikul ini? Mengapa untuk ke sekian kali setelah menyelesaikan tanggungjawab membayar cukai, kederat yang ditukar ganti kepada pemegang produksi, bebanan demi bebanan tetap ditendang ke atas kita semua? Lagi jahanam, demi membereskan keperluan asasi, dalam bajet baru-baru ini, kita dipermudahkan kerajaan untuk berhutang walaupun masalah dasarnya tidak dibereskan.
Lainlah kalau kamu bersetuju dan merasa lega dengan bajet sebegitu , bolehlah kamu menambah koleksi hutang beli motor buat ulang alik balik ke pejabat dari Seremban ke Kolumpo!aily News menulis,

Henry Giroux believes it’s the job of a scholar to make a difference in the world. “A writer should cause trouble,” says Giroux, a public intellectual, outspoken cultural critic, teacher and researcher who, through his prolific body of work, has brought scholarly ideas into the public realm and provoked societal debate on some of the most urgent social issues of the past 30 years.

Lainlah kalau kamu bersetuju dan merasa lega dengan bajet sebegitu , bolehlah kamu menambah koleksi hutang beli motor buat ulang alik balik ke pejabat dari Seremban ke Kolumpo!
-kredit kepada penulis Hadri Shah-

#CukongPress akan kongsi apa-apa sahaja artikel ilmiah dan bagus di kongsi bersama,dan tidak akan bertanggungjawab jika ada keceluparan penulis,kata-kata kesat dan pujian pujian di tuju sesiapa.Terima kasih