​PEMAKNAAN “BERJIWA RAKYAT” DAN NASIONALISME – OLEH HADRI SHAH

​Pemaknaan “berjiwa rakyat” sama maksudnya dengan nilai pemaknaan nasionalisme.
Sudah rasanya tidak nyaman apabila kita tidak mengakui siri sebagai seorang nasionalis, lagi lagi dalam praktis-praktis harian yang tidak bersulam patriotis. Bimbang saja dikenali sebagai petualang, atau tidak bersikap bangga akan keberkatan nasional.

Sifat nasionalis diulang ulang sehinggakan menjadi intipati penting dalam tubuh badan seseorang. Kerana dengan itu, nasionalis dan patriotis itu dilihat mensejahterakan.

Beli barangan buatan nasional misalnya antara definasi seorang nasionalis. Bangga dengan produksi barangan lokal. Dengan mengkomsum barangan lokal itu adalah caranya mensejahterakan ekonomi negara. Itulah yang mereka bilang. Itulah yang diajarkan negara-bangsa. 

Tetapi, soalan paling fundamental, siapa sebenarnya yang disejahterakan? Pembeli, pekerja di bahagian produksi atau pemilik produksi? 

Sama juga halnya dengan definasi nasionalis apabila mempertahankan sebuah parti berbasiskan bangsa. Kebimbangan jelas terpancar apabila andai tidak dijaga parti yang memperjuangkan nasib bangsa maka besar kemungkinan nasib bangsa itu boleh berantakan, pupus ditindas bangsa lain. 

Apa benar begitu?
Setiap kali pertabalan agung atau sultan dan raja, masyarakat disebar momokan agung ini baiknya begini, sultan itu alimnya begitu, raja itu pula zuhud peribadinya. Maka yang dipertontonkan kepada masyarakat adalah sifat sifat peribadi paling mulia dan mereka tersuci kerana darah kuning mereka seringkali diceritakan memiliki jiwa seperti seorang rakyat biasa.

Cuba ingatkan kembali, sultan negeri manakah yang tidak pernah dikatakan tidak berjiwa rakyat? 

Rasanya seperti tidak pernah ada bukan? Semuanya berjiwa seperti kita; berjiwa seorang rakyat biasa. Kononnya.
Hanya kerana kasut seliparnya, hanya kerana dia bersama kita di saf hadapan ketika solat subuh, hanya kerana dia lebih gemar makan nasi bungkus, hanya kerana dia menaiki basikal tua mengelilingi kampung bertemu rakyat jelata, hanya kerana dia datang secara tiba tiba bermotosikal kapcai ke kawasan kampung, hanya kerana dia menaiki bot tatkala memenuhi tuntutan jadualnya melawat kawasan banjir, hanya kerana dia berbicara soal rasuah dan ketirisan dalam pentadbiran nasional – mudah sekali anggapan kita; itulah dia, seorang raja berjiwa rakyat.

Dan seolah satu ajaran penting, dari satu mulut ke mulut lain, kita berbisik kepada rakan taulan bahwa inilah dia sang sultan yang akan memihak kepada kita. Inilah sultan pemimpin dunia-akhirat kita. 

Akhirnya, seluruh masyrakat mengakui raja itu mempunyai peranan penting dalam kehidupan mereka, sedangkan mereka lupa, institusi monarki bernyawa atas usaha keras kederat kelas masyarakat pada setiap jam, pada setiap hari. Mereka lupa yang membiayai raja adalah mereka sendiri. 

Lalu bagaimana seorang pemimpin dikatakan memayungi rakyatnya hidup bermewah mewahan dibawah biayaan jutaan rakyat?
Mereka juga lupa, raja, si pemimpin yang mereka agungkan sangat itu tidak dipilih mereka, malah monarki mencurangi sifat demokrasi, tidak dipilih majoriti rakyat. Mereka (golongan monarki)  ditabal kerana darah kesultanan yang mengalir dalam batang tubuh.

Inilah maksud hegemoni seperti yang Gramsci syarahkan. Ia adalah satu bentuk pendominasian dari satu individu ke atas kumpulan masyarakat. Ini adalah prinsip terancang; kepercayaan yang mempengaruhi struktur sosial yang mengukuhkan status quo.

Status Quo disini ialah monarki,terdiri dari sultan, raja , agung dan kaum kerabatnya. Masyarakat percaya, kaum monarki mesti ada kerana siapa yang akan menjaga nasib bangsa, nasib agama tanpa monarki? 

Sehinggakan kita mempercayai bulat-bulat tanpa Sultan, bangsa kita menjadi tidak tentu arah, hilang pedoman hidup. Setiap gerak geri, tingkah laku, pemikiran kita secara tidak langsung dipenjara di balik jeriji-jeriji feudal. 
Sedarkah masyarakat terpalit feudal, sultan,agung, raja dan kaum kerabatnya di negara ini tidak pernah diaudit perbelanjaan mereka? Tidak pernah sekali pun urusan, pentadbiran mereka dijelaskan secara detail kepada publik? 
Bukankah ini hak kita untuk mengetahui perbelanjaan mereka, apa yang mereka buat, apa yang belum lagi mereka laksanakan?

Yang kita dengar dan lihat saban tahun ialah, ucapan-ucapan lapuk mereka 

“melayu harus bersatu, kembali kepada agama, quran dan sunnah”. 

Mereka mungkin menaiki motor masuk ke kampung-kampung tapi mereka jugalah yang memiliki seleksi kereta mewah dan lori Transformer. Mereka mungkin kelihatan zuhud, tapi lihat sendirilah kediaman mereka di Jalan Duta. Mereka memberi sokongan terhadap perlaksanaan hukuman hudud tapi ironinya mereka membiarkan perampasan tanah orang asal. Cara hidup mereka sama sekali berbeza dengan kelas masyarakat, mereka tidur nyenyak di mahligai mewah,sedangkan ramai yang tidak berumah, tidur di bawah dataran masjid.

Itukah maksudnya “Sultan berjiwa rakyat?”
Di perenggan pertama menyaksikan kenyataan persamaan antara erti nasionalisma dan baris ayat ” sultan berjiwa rakyat”.

Ertinya,

Nasionalisma penting buat kaum elit-borjuis demi keamanan kepentingan politik, sosial ekonomi. Manakala “sultan berjiwa rakyat” penting untuk menjaga status quo, juga menjaga kebajikan politik, struktur sosial-ekonomi monarki.

Cuma yang menyedihkan baris ayat “sultan berjiwa rakyat” diseru seru sendiri oleh masyarakat kelas biasa. 
Nyatalah, masyarakat sendiri yang tidak mahu membebaskan diri mereka dari perhambaan sejak zaman jurasik lagi.
-By Hadri Shah-
CukongPress akan kongsi apa-apa sahaja artikel ilmiah dan bagus di kongsi bersama,dan tidak akan bertanggungjawab jika ada keceluparan penulis,kata-kata kesat dan pujian pujian di tuju sesiapa.Terima kasih

Kehadapan Perwakilan Umno- oleh Calvin Ohsey

Kepada hadapan perwakilan UMNO Se-Malaysia yang mengampu Presiden UMNO Najib Razak, maaflah kalau tulisan saya ini agak rasis. Tapi nak bersuara juga. 

Tak tahan saya tengok kebodohan melampau kamu semua canangkan dalam satu perhimpunan parti yang berlagak dirinya “Tuan” tetapi sebaliknya “hamba“. Orang bukan Muslim dan bukan Melayu dah menderita lebih lama jika dibandingkan 70 tahun  penubuhan UMNO. 

Kapitalisme tidak salah 100%. Yang salah adalah kronisme dan korupsi yang membelenggu sistem kapitalisme di Malaysia selama ini. Orang kaya dalam Malaysia memang majoriti bukan “Melayu”. Tapi proksi kepada sesetengah orang “Melayu”. Jeng jeng….

Orang “Melayu” di PAU tak perlulah dabik tetek nak perjuangkan bangsa sendiri kononnya ditindas itu dan ini. Sedangkan yang menjahanamkan orang “Melayu” itu pun adalah orang “Melayu” dalam PAU sendiri. Entah mereka “Melayu” tulen atau “Melayu” Perlembagaan Perkara 160(2) pun aku boleh pertikaikan. Jumlah “Melayu” di Malaysia yang majoriti adalah 

Bangsa mahupun kaum lain seperti “Cina” yang hanyalah 23.4% dan bangsa “India” yang hanya 7% menguasai ekonomi lebih daripada bangsa Bumiputera “Melayu” dan “lain-lain” adalah disebabkan kegagalan Dasar Ekonomi Baru 1970. 

Dasar rasisme ini langsung tidak memberdayakan orang Bumiputera untuk memperkasakan ekonomi mereka. “Empowerment” dan “Paradigms Shift” adalah kunci. Sebaliknya dasar ini memanfaatkan golongan bukan Bumiputera. 

“They learn the hard way. And some even money and success as their end.”

Bagaimana pula dengan Bumiputera “Sabah dan Sarawak“? Celakalah ketuanan “Malaya” yang dipimpin oleh “UMNO”. 

Rakyat Sabah dan Sarawak yang laungkan “Sabah for Sabahan” dan “Sarawak for Sarawakian” pun tak sedar diri selepas 53 tahun membentuk “Persekutuan Malaysia” bukan “Malaysia” semata-mata pun adalah fasis yang tak berapa kritikal dengan isu serta realiti politik semasa. Maaflah selagi kita bergantung pada pemimpin BN Sabah dan Sarawak, selagi itulah kita beri UMNO kuasa untuk memerintah. 

Akta Petroleum 1974: Hasil Minyak Sabah dan Sarawak diserahkan kepada syarikat Petronas menyebabkan Sabah dan Sarawak hanya menerima royalti 5%.

Akta Persekutuan Perkara 1 (2): Taraf Sabah dan Sarawak yang merupakan wilayah berdaulat bersama Malaya diubah menjadi salah satu negeri dalam Malaysia. Menyebabkan kuasa autonomi ke atas Sabah dan Sarawak dilemahkan. 

Siapa salah? Pemimpin Sabah dan Sarawak sendiri jadi alat UMNO. 

Bangsa Bumiputera “lain-lain” yang membentuk 12% penduduk Malaysia  bukan sahaja tidak diberi perhatian secukupnya. Namun “Orang Asli” Sabah dan Sarawak lebih bernasib baik jika dibandingkan dengan “Orang Asli” di Malaya. Bezanya, kami dilayan seperti Bumiputer “second-class” namun tak seteruk “Orang Asli” yang kelihatan Bumiputera “third-class”

Mereka taklah segagah majoriti bangsa Cina dan sesetengah bangsa India untuk “learn the hard way” tapi mereka jenis “don’t ever mess with us” punya mentaliti.  

Indigenous people” atau “Orang Asal” bukan tak mahu memajukan diri mereka sendiri. Mereka dah hidup sebati dengan alam sekitar. Sebab itu, mereka tak ambil “port” pasal polisi dan “politaik” semasa. Selagi tanah, hutan dan sumber asli tak dikacau, mereka tak memberontak. 

Bila diganggu macam mana nak “cari makan”? Berbeza dengan generasi muda dan orang Asal urban, mereka kerja makan gaji dan berniaga. Mereka ini yang ambil “port” pasal “politaik” dan “polisi“. Sebab itu yang akan mengganggu gugat punca rezeki mereka. 

Sebagai kesimpulan, 2 perkataan ini perlu dijadikan renungan: “Empowerment” dan “Paradigms Shift” ini akan membebaskan kita daripada diperhambakan secara kejam dalam sistem. 

Nak ubah sistem boleh. Tapi semua orang kena setuju dan bekerjasamalah. Kalau masih nak pertahankan hak Bumiputera, sampai kiamat belum tentu berubah. Orang “politaik” suka sebab ini modal mereka cari makan. 

Yang lebih penting adalah keberlangsungan hidup, jadilah insan merdeka dan tak mementingkan diri sendiri. Nescaya, aman? Mudah-mudahan.

Take a beer!

Aloha snackbar!

(sambil cium keris kontot)
~Calvin Ohsey

CukongPress akan kongsi apa-apa sahaja artikel ilmiah dan bagus di kongsi bersama,dan tidak akan bertanggungjawab jika ada keceluparan penulis,kata-kata kesat dan pujian pujian di tuju sesiapa.Terima kasih